Search This Blog

Wednesday, June 10, 2020

APA ITU KERAJAAN 2?

1. Kerajaan secara umumnya terbahagi kepada 3 bentuk. Pertama adalah kerajaan beraja. Dalam kerajaan beraja, raja akan mengetui jentera kerajaan dalam membentuk kerajaan dan mnelaksanakan dasar-dasar kerajaan. Kalau kita melihat beberapa contoh negara beraja, rakyatnya hidup dengan makmur dan adakalanya mewah. Kita boleh melihat kerajaan Brunai dan Nagara-negara Arab.
2. Keduanya adalah kerajaan komunis. Dalam kerajaan ini kepimpinan utama negara datangnya dari satu badan senat yang akan memilih pemimpin agung. Kemudia barisan kabinet dibentuk untuk membuat polisi dan melaksanakan polisi. Kalau kita lihat, banyak negara komunis hari ini menguasai dunia secara diam. Ini kerana, polisi yang dibuat mudah untuk dilaksanakan. China dan Korea Utara contohnya, kedua-dua negara ini ketika ini sedang mengusai dunia melalui ekonomi (China) dan teknologi nuklear (Korea Utara).
3. Paling banyak dalam dunia adalah negara demokrasi. Dalam negara demokrasi proses memilih pemimpin akan menjadi lebih sukar daripada proses memimpin itu sendiri. Proses pemilihan pemimpin akan berlaku melalui beberapa proses, dari peringkat kepartian daerah sehingga ke parti pusat. Kemudian setiap parti akan memilih calon untuk dipilih oleh rakyat. Pemilihan rakyat inilah yang dikenali segala pilihanraya.
4. Ketika proses pilihanraya, diadakan kempen. Bagi negara maju diadakan debat dan beberapa peringkat pilihanraya. USA contohnya mengadakan pilihanraya presiden, senat dan kerajaan tempatan. Pilihanraya hanya proses untuk memilih pemimpin dan bukannya proses untuk menentukan dasar negara. Maka ketika kempen calon yang hendak dipilih akan membuat pelbagai penawaran polisi kepada rakyat.
5. Dalam penawaran polisi ini, calon akan mengambilkira kemampuan negara melalui 2 perkara yang rakyat sedia serahkan kepada kerajaan. Pertama adalah kebebasan individu dan kedua adalah peratusan pendapatan atau cukai. Semakin banyak yang ditawarkan dalam bentuk material, semakin banyak rakyat perlu korbankan pendapatan. Semakin banyak yang ditawarkan dalam bentuk bukan material, semakin banyak rakyat perlu serahkan hak kebebasan diri.
6. Kalau kita perhatikan perbezaan antara India dan China kita akan nampak dengan jelas apakah perbezaan di antara komunis dan demokrasi. Kedua-dua negara inimempunyai bilangan penduduk yang padat. China boleh bangun dalam bidang ekonomi dalam tempoh masa yang singkat dan India kekal dengan tahap ekonomi yang sama selama bertahun-tahun.
7. Saya tidak maksudnya yang kerajaan komunis itu bagus. Sebaliknya saya mahu jelaskan, apa jua kerajaan, polisi itu yang menjadi tunjang pembangunan negara dan rakyat. Rakyat perlu faham apa yang ditawarkan adalah menuntut pengorbanan dari rakyat sendiri.
8. Dalam masa yang sama, rakyat perlu bebas dari sebarang pergantungan subsidi. Keterikatan subsidi yang mendesak akan menjadikan negara tersebut lemah longlai. Venezuela adalah contoh yang paling ketara.
Bersambung......

Tuesday, June 9, 2020

APA ITU KERAJAAN?

1. Saya berpeluang mendengar syarahan secara tidak langsung daripada seorang yang sangat bijak menyusun perkataan menjadi makna yang mudah difahami. Beliau pernah bekerja dengan Tun M dan mempunyai deretan deretan pengalaman menguruskan PM dan Menteri.
2. Beliau jelaskan dalam sebuah negara, setiap individu akan melaksanakan peraturan berdasarkan kehendak masing-masing. Maka, setiap orang dalam negara tersebut akan sentiasa bercakaran dengan orang lain. Apabila ini terjadi, maka pembentukan negara tersebut tidak akan terhasil.
3. Maka, seorang individu perlu diangkat menjadi ketua. Ketua tersebut pula akan memilih sekumpulan manusia lain untuk membantu beliau. Kumpulan inilah yang dipanggil KERAJAAN.
4. Tindakan pertama kerajaan adalah menggubal peraturan. Untuk menggubal peraturan tersebut, kerajaan meminta rakyat menyerahkan beberapa kebebasan individu. Sebagai contoh, rakyat perlu menyerahkan kebebasan bersuara untuk kerajaan menggubal undang-undang anti hasutan. Tanpa penyerahan sebahagian hak kebebasan bersuara, kerajaan tidak mungkin dapat melaksanakan undang-undang tersebut.
5. Seterusnya kerajaan perlu menyediakan kemudahan untuk rakyat. Untuk menyediakan kemudahan tersebut, kerajaan memerlukan sumber kewangan. Maka, rakyat perlu menyerahkan sebahagian daripada pendapatan mereka kepada kerajaan. Ini dinamakan cukai. Semua kemudahan yang dibangunkan melalui cukai, tidak boleh dikenakan bayaran sekiranya rakyat menggunakannya. Sebagai contoh, rakyat boleh menggunakan kemudahan jalanraya tanpa sebarang bayaran kerana jalan raya dibina melalui duit pungutan cukai.
6. Seterusnya, kerajaan perlu menjana pendapatan sendiri untuk mengurangkan beban rakyat membayar cukai. Maka, kerajaan bertanggungjawab menguruskan sumber negara. Contohnya, kerajaan membuat pelaboran ke atas hasil petroleum, perlombongan dan pembalakan. Hasil ini akan diurus oleh kerajaan untuk terus mempercepatkan kemajuan sesebuah negara. Kerajaan boleh membangunkan infrastruktur negara dengan hasil ini. Rakyat yang menggunakan infrastruktur ini perlu membayar apabila menggunakan kemudahan tersebut. Sebagai contoh, bayaran tol ketika menggunakan lebuhraya.
7. Ada masanya kerajaan mengalami kekurangan dana untuk menguruskan negara. Maka, kerajaan perlu membuat hutang. Hutang tersebut perlu diurus dengan baik supaya hasil daripada hutang tersebut akan berlipat kali ganda daripada nilai hutang tersebut. Sebagai contoh, kerajaan berhutang RM100 juta untuk membangunkan universiti. Graduan universiti tersebut akan mempercepatkan proses memajukan negara. Seterusnya menyumbang kepada hasil cukai negara. Katakan selepas 5 tahun universiti tersebut berjaya mengeluarkan 10,000 orang graduan. Untuk tempoh 10 tahun kemudian, jumlah graduan yang dikeluarkan adalah 100,000 orang. Jila seorang graduan membayar cukai RM3000 setahun, maka hasil cukai sahaja adalah RM300 juta. Kerana itu, hutang negara akan dibayar melalui hasil cukai negara.
8. Ada juga pembangunan yang perlu dibuat tanpa mendatangkan hasil kepada negara. Pembangunan ini terpaksa dibuat untuk mensejahterakan rakyat. Sebagai contoh, pembangunan penjara. Rakyat yang berpotensi untuk menganggu kesejahteraan orang lain perlu diasingkan. Maka, penjara adalah solusi terbaik untuk ini. Dalam sebuah negara 1% daripada rakyatnya beroptensi untuk dipenjarakan. Kerajaan terpaksa membangunkan negara walaupun proses ini tidak membawa kesan langsung kepada negara.
9. Kerajaan pula perlu mempunyai anggotanya dan jenteranya. Maka, kerajaan melantik anggotanya dan dinamakan kakitangan kerajaan. Kakitangan kerajaan berbeza dengan rakyat. Rakyat yang hendak menjadi kakitangan kerajaan perlu menyerahkan hampir 100% kebebasan kepada kerajaan. Di Malaysia penyerahan kebebasan ini dinamakan Perintah Am. Apabila ini berlaku, maka kerajaan dan kakitangannya akan bekerja dengan objektif yang sama.
10. Banyak lagi yang saya boleh kupaskan. Saya memilih untuk menulis secara bersiri. Baca dan terus baca di blog ini.

Bersambung.....