Search This Blog

Tuesday, March 26, 2013

ADILKAH BERKEMPEN DI RUMAH ALLAH?


  1. Bila saya menerbitkan artikel semalam, hit blog saya naik mendadak. Ada rakan-rakan yang menghubungi saya mengucapkan syabas dan tahniah. Ada yang mengatakan saya berani. Berani kerana mengeluarkan pendapat secara terbuka untuk 28 juta rakyat Malaysia. Hentamlah, saya tidak kisah.
  2. Sepanjang menjadi pengundi bukan saya tidak pernah memberikan undi saya kepada calon PAS. Saya pernah. Malah, saya pernah memberikan undi saya kepada calon DAP. Selebihnya kepada calon BN.
  3. Saya mengundi PAS kerana pada masa calon calon Parlimen PAS adalah ustaz dari kampung saya. Malah saya berkempen kepada rakan-rakan saya untuk mengundi ustaz tersebut. Bukan apa, hanya untuk mengelak ustaz tersebut hilang wang pertaruhan. Hilang juga. Kalah teruk kepada calon BN.
  4. Saya juga mengundi calon DAP kerana dia bukan Cina. Calon BN adalah calon MCA yang saya tidak suka. Tidak pernah turun kawasan Melayu. Tidak pernah melawat dan mengambiltahu masalah orang Melayu. Pada saya biar dia kalah, baru partinya dapat pengajaran. Hasilnya calon MCA tersebut kalah. 
  5. Saya tidak rugi apa-apa. Calon DAP yang menang juga lagi tidak pernah melawat kawasan Melayu. Lebih teruk, YB DAP tersebut, hanya 3 atau 4 kali bersuara di Parlimen. Saya rela. Saya memang tahu, mustahil YB DAP akan melawat dan bertanyakan khabar pengundi Melayu. Namun, bakal calon MCA dalam PRU13 mula mendekati dan memahami kehendak pengundi Melayu. 
  6. Di DUN saya hanya mengundi BN. Malah saya rasa amat tidak adil untuk sesiapa sahaja menggunakan Rumah Allah untuk berkempen. Secara langsung atau secara tidak langsung. Paling celaka apabila seseorang menggunakan gelaran Ustaz untuk meraih untung politik. Paling barua apabila seorang ustaz menghina pemimpin Islam dan Melayu tetapi tetap mengambil upah wang ceramah. Wang tersebut datangnya dari seluruh kariah, bukan penyokong sebuah parti sahaja.
  7. Paling bangsat seorang Ustaz mengeluarkan hukum tanpa Nas dan rujukan sahih. Sekadar pendapat kosong. Apalagi tidak membenarkan pendengar bertanya. Dayus, penakut, dan penuh sifat kemunafikan.
  8. Banyak hujahnya sebenarnya mudah dipatahkan. Video kabur tidak boleh dijaja. Itu hanya konon-konon. Kisah Najib dan Altantuya langsung tidak ada video. Mengapa pembangkang jaja. Malah Najib dah angkat sumpah laknat. Mengapa pembangkang tidak percaya. Najib masih sihat. Apa tu, Ustaz ni ajarkan ilmu yang benar atau ilmu mendajalkan Umat Islam.
  9. Parti perjuangkan Islam..konon. Kalau betul parti tu perjuangkan Islam mengapa Allah tak reda kemenagan dah dekat 60 tahun. Allah maha mengetahui. Alah beri satu negeri selama 22 tahun. Mana kehebatan Islam di situ. Mengapa negeri lain Allah beri sepenggal sahaja? Bukankah itu Allah nak tunjukkan kepada Umat Islam keburukan parti tersebut semata-mata. Mengapa Allah bukakan hati pemimpin parti tersebut untuk bekerjasama dengan DAP? Bukankah Allah nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia kebenaran yang hakiki.
  10. UMNO anti Islam? Berapa banyak program yang UMNO buat untuk Islam? Berapa ramai wanita yang bertudung selepas 1957? Berapa banyak Ustaz yang dilahirkan oleh UMNO? Berapa ramai Umat Islam yang berharta? Bukankah harta adalah jihad paling tinggi? Apa parti Ustaz buat? Jangankan masjid, tiang surau pun tak pernah beli. Derma masa ceramah dah berbilion dapat. Orang bodoh bolehlah dibangangkan, tetapi saya tidak. Saya telah ditaja oleh Kerajaan semenjak Tingkatan Satu hingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran. ADIOSSS..

No comments: