- Utusan Malaysia semalam melaporkan Azizudin tidak kisah jika perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 diboikot oleh penyokong NS dan Terengganu. Alasan yang dikemukakan adalah "Ini sebuah negara Demokrasi". Mari kita fikir DEMOKRASI ALA FAM.
- B. Sathiananthan bekas jurulatih Kelantan digantung 6 bulan kerana mengkritik pengurusan FAM dan pertandingan liga. Maka DEMOKRASI ALA FAM - tidak boleh dikritik. Bangangkan.
- Menteri Belia, Timbalan Presiden FAM dan peminat merayu agar FAM mengkaji semula harga tiket perlawanan akhir. Mengkaji dan menurunkan adalah dua perkara berbeza. FAM menolak secara total. Bukan menolak untuk menurunkan harga tetapi menolak untuk mengkaji. DEMOKRASI ALA FAM - buat keputusan tanpa kajian lanjut. Bengong.
- Alasan yang diberikan FAM adalah kedua-dua negeri bersetuju dangan harga RM50. Saya nak tanya, siapa yang percaya dengan alasan itu. Saya rasa, FAM memaksa kedua-dua persatuan negeri tersebut bersetuju, jika tidak persatuan negeri akan didenda. Paksaan dalam membuat keputusan - DEMOKRASI ALA FAM..Hampehhhh
- Banyak lagi kalau nak tulis tentang hempehhhhhnya FAM. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah membuka mata orang-orang dalam FAM untuk melihat keadilan. Jika mereka masih menutup mata ke arah keadilan....semoga Allah memberi balasan yang setimpal.
JOM BOIKOT PILA MALAYSIA DAN LIGA 2012
No comments:
Post a Comment