Selepas satu minggu sekolah dibuka Malaysia dikejutkan dengan isu Sekolah Menengah Seremban Jaya yang memisahkan pelajar lelaki dan perempuan dalam proses pendidikan termasuk mengasingkan laluan, penggunaan tangga, kantin, bilik darjah, dan tempat latihan sukan. Soalnya, apakah salah jika seorang pengetua melaksanakan kreativitinya? Kita lihat begini, jika pengasingan tidak boleh dilakukan, mengapa masih ada sekolah satu jantina seperti TKC, SDAR, STAR, dan sebagainya yang sabah tahun mendabik dada sebagai sekolah yang mampu mencatat keputusan cemerlang. Sekolah harian pulan seperti Convent dan King...(warisan penjajah).. mampu mencatatkan keputusan cemerlang berbanding sekolah harian lain yang mengamalkan sistem bercampur. Kalau kerajaan boleh melaksanakan dasar ini, mengapa pengetua tidak boleh melaksanakan setelah melihat keberkesanannya.
Saya percaya, kaedah untuk mendidik berbeza mengikut jantina. Pelajar perempuan lebih memerlukan kelembutan sementara pelajar lelaki memerlukan pendekatan yang lebih tegas. Pada saya adalah lebih mudah mengajar satu jantina daripada dua jantina dalam satu-satu masa. Begitu juga dengan tabii manusia, lelaki lebih kasar, dan wanita penuh dengan kelembutan. Jadi saya merasakan langkah pengetua SMK Seremban Jaya tersebut adalah satu langkah yang paling bijak.
Saya juga telah mengambil masa selama satu minggu untuk mencari dasar yang jelas di semua laman web yang berkaitan dengan pendidikan Malaysia termasuk Kementerian Pendidikan dan Semua Jabatan Pelajaran Negeri. Jika, dasar tidak boleh memisahkan pelajar adalah penting, pasti dasar ini terdapat dalam laman web tersebut. Malangnya, tiada satupun laman web yang berkenaan menyatakan mengenai dasar tersebut.
Pada saya, bercampur tapi tidak bercampur ini bukan satu isu. Fenomena ini hanya menunjukkan bagaimana mudahnya Jabatan Pelajar Negeri (JPN) diperbudakkan oleh seorang ibubapa, bagaimana lemahnya siasatan yang dilakukan oleh JPN tanpa susul periksa, lemahnya kepimpinan dalam JPN, dan bagaimana sepatutnya JPN patut ditadbir oleh bukan guru. Guru-guru yang berada di JPN baru berubah dari menunjuk kuasa kepada berkongsi kuasa dan dari mencari salah kepada membetulkan salah. Sentiasa ingat, di mana pun anda, anda masih seorang guru...tak lebih dari itu.
Jika anda ingin memberi pendapat, saya mengalu-alukan pendapat anda.
Search This Blog
Monday, January 21, 2008
Friday, January 4, 2008
YURAN TAMBAHAN SEKOLAH; BAJA PEMBENTUKAN RASUAH
Saban tahun apabila sesi persekolahan bermula, heboh di sana-sini mengenai kenaikkan yuran persekolahan. Tahun 2008 menjadi petanda bahawa arahan kerajaan mudah dipermainkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Tatkala kerajaan bertegas menghapuskan yuran persekolahan dalam baget 2008, 26 juta rakyat Malaysia ditipu oleh pentadbiran sekolah dengan mengenakan yuran tambahan yang hampir 100% meningkat. Nyata sekali, para pendidik Malaysia sebenarnya tidak sebulu dengan kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional. Terutama sekali, kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah.
Yuran yang disumbangkan oleh orang awam akan diakaunkan di bawah Akaun Sumbangan Wang Awam (SUWA). Wang ini di bawah kawalan Pengetua/Guru Besar dan seorang guru kanan sekolah. Pihak Odit Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri amat jarang melakukan odit ke atas akaun ini. Maka, pentadbiran sekolah, akan sewenang-wenangnya membelanjakan wang tersebut. Sebagai contoh, jika pihak sekolah membuat pembelian terus pelbagai barangan seperti pasu bunga, kertas, dan alattulis, harga barangan tersebut akan dinaikkan sehingga 100%.
Pelik. Satiap tahun peruntukan untuk penyelenggaraan sekolah akan meningkat. Peruntukan dalam bajet tahunan negara untuk tujuan yang sama juga akan bertambah. Dan setiap tahun juga, yuran persekolahan akan bertambah. Ini satu gambaran bahawa pihak pengurusan sekolah begitu lemah dalam mengurus tadbir kewangan. Semakin bertambah, semakin tidak cukup. Senario ini boleh mewujudkan satu persoalan besar. Ke mana hilangnya wang yang diberi? Dibelanjakan atau diguna sendiri?
Untuk mengatasi masalah ini, adalah dicadangkan pihak pengurusan sekolah membentangkan laporan kewangan akaun SUWA dan laporan kewangan PIBG secara terperinci dalam mesyuarat agung PIBG. Ketelusan adalah gambaran amanah. Ibubapa yang membayar perlu dan mempunyai hak untuk mengetahui ke mana dan untuk apa wang yang diminta dibelanjakan. Seandainya pihak sekolah takut untuk membentangkan laporan ini, maka, Badan Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan yang wajar.
PIBG hari ini gagal dalam melaksanakan amanah yang diberikan. PIBG hanya menjadi alat untuk pentadbiran sekolah, khususnya Pengetua/Guru Besar mencari sumber kewangan tanpa mengetahui ke mana dana tersebut dibelanjakan. Lebih malang, PIBG hari ini buta akan konsep DERMA. Nilai derma bukanlah pada angka, tapi pada darjah keikhlasan sipenderma. Jika penderma mengeluh sambil menderma, keberkatan dalam derma yang sepatutnya menjadi ibadah menjadi beban pemangkin dosa. Saya menyeru PIBG kembali kepada konsep DERMA bilamana ada seorang yang hanya mendermakan seteguk air kepada anjing yang dahaga yang diceduk dengan kasut diberi balasan syurga, tapi ada yang menderma seluruh hartanya tercampak ke neraka. Kesemuanya adalah kerana perbezaan darjah keikhlasan.
Saya juga menyeru KPPM untuk mengawal tingkahlaku kakitangan pendidikan supaya apa yang dilakukan oleh pendidik ini selari dengan agenda kerajaan. Jangan kerajaan cadangkan lain, sekolah laksanakan lain. Akibatnya sekolah akan menjadi agen pemburuk kerajaan. Sekolah adalah tempat rakyat Malaysia mengatakan bahawa kerajaan BN adalah penipu. Saya yakin, kerajaan BN mahukan yuran sekolah dihapuskan pada tahap 100 peratus. Seandainya perkara begini terus berlaku, maka suatu hari nanti KPPM tidak boleh lagi dipilih dari kalangan guru.
Kepada rakyat Malaysia, sudah sampai masanya kita menggunakan kuasa kita untuk mengajar dan pendidik para pendidik agar menjadi warga yang bertanggungjawab kepada masyarakat. Guru telah terlalu lama terperangkap dalam dunia yang lemah segala bentuk ilmu pengurusan. Guru-guru biasa telah lama dijajah oleh Pengetua/Guru Besar. Kita selaku ibubapa, tindakan kita perlu untuk membebaskan mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)