Search This Blog

Monday, January 21, 2008

Bercampur Tapi Tidak Bercampur; Isu Atau Dijadikan Isu

Selepas satu minggu sekolah dibuka Malaysia dikejutkan dengan isu Sekolah Menengah Seremban Jaya yang memisahkan pelajar lelaki dan perempuan dalam proses pendidikan termasuk mengasingkan laluan, penggunaan tangga, kantin, bilik darjah, dan tempat latihan sukan. Soalnya, apakah salah jika seorang pengetua melaksanakan kreativitinya? Kita lihat begini, jika pengasingan tidak boleh dilakukan, mengapa masih ada sekolah satu jantina seperti TKC, SDAR, STAR, dan sebagainya yang sabah tahun mendabik dada sebagai sekolah yang mampu mencatat keputusan cemerlang. Sekolah harian pulan seperti Convent dan King...(warisan penjajah).. mampu mencatatkan keputusan cemerlang berbanding sekolah harian lain yang mengamalkan sistem bercampur. Kalau kerajaan boleh melaksanakan dasar ini, mengapa pengetua tidak boleh melaksanakan setelah melihat keberkesanannya.

Saya percaya, kaedah untuk mendidik berbeza mengikut jantina. Pelajar perempuan lebih memerlukan kelembutan sementara pelajar lelaki memerlukan pendekatan yang lebih tegas. Pada saya adalah lebih mudah mengajar satu jantina daripada dua jantina dalam satu-satu masa. Begitu juga dengan tabii manusia, lelaki lebih kasar, dan wanita penuh dengan kelembutan. Jadi saya merasakan langkah pengetua SMK Seremban Jaya tersebut adalah satu langkah yang paling bijak.

Saya juga telah mengambil masa selama satu minggu untuk mencari dasar yang jelas di semua laman web yang berkaitan dengan pendidikan Malaysia termasuk Kementerian Pendidikan dan Semua Jabatan Pelajaran Negeri. Jika, dasar tidak boleh memisahkan pelajar adalah penting, pasti dasar ini terdapat dalam laman web tersebut. Malangnya, tiada satupun laman web yang berkenaan menyatakan mengenai dasar tersebut.

Pada saya, bercampur tapi tidak bercampur ini bukan satu isu. Fenomena ini hanya menunjukkan bagaimana mudahnya Jabatan Pelajar Negeri (JPN) diperbudakkan oleh seorang ibubapa, bagaimana lemahnya siasatan yang dilakukan oleh JPN tanpa susul periksa, lemahnya kepimpinan dalam JPN, dan bagaimana sepatutnya JPN patut ditadbir oleh bukan guru. Guru-guru yang berada di JPN baru berubah dari menunjuk kuasa kepada berkongsi kuasa dan dari mencari salah kepada membetulkan salah. Sentiasa ingat, di mana pun anda, anda masih seorang guru...tak lebih dari itu.

Jika anda ingin memberi pendapat, saya mengalu-alukan pendapat anda.

No comments: