- JPA dah pun keluarkan satu pekeliling baru tentang kenaikkan satu KGT tambahan bermula 1 JULAI 2013.
- Ertinya gaji kita pada bulan Julai nanti akan naik satu KGT bagi Gred 1-54. Bagi Gred JUSA akan naik 9%. Bagi Gred Turus akan naik 8%.
- Maka bagi yang gajinya naik pada Januari atau April, maka, dapatlah golongan ini satu KGT tambahan. Ertinya tahun 2013 dia akan dapat 2 KGT. Pada Jun gaji katakan RM1000.00. KGT katakan RM90. Maka mulai Julai penjawat awam ini akan dapat gaji baru iaitu RM1090.00.
- Bagi yang gaji naik bulan Julai, dapat terus dua KGT. Kalau gaji sama, maka gaji baru adalah RM1180.00.
- Bagi yang naik gaji bulan Oktober, maka dapatlah gaji baru RM1090.00. Pada bulan Oktober dapat lagi satu KGT. Maka gaji pada Oktober adalah RM1180.00.
- Bagi JUSA dan Turus, tak perlu lah cerita kot. Memang la gaji kumpulan ini besar. Namun nak dapat JUSA bukan senang. Apa lagi Turus. Kadang-kadang JUSA dan Turus ini hanya impian kepada sesetengah penjawat awam.
- Pada tahun 2014 nanti, kita akan dapat KGT seperti biasa. Kalau Gred 54, kenaikkan gaji bulan Januari, maka dapatlah satu lagi kenaikkan iaitu RM320.00. Campur elaun dan campur semua saya jangkakan Gred 54 boleh cecah RM11,000.00 ke RM12,000.00.
- Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional lain untuk Gred 44-52 bolehlah cecah di antara RM5,000.00 ke RM9,000.00. Itu campur semua elaun la. Bukan gaji semata-mata.
- Bagi Kumpulan Sokongan, bolehlah dapat di antara RM1,500.00 hingga RM6,000.00. Itu pun campur elaun dan semua pendapatan la. Lagipun, amat sukar untuk kita membezakan penggunaan gaji dan elaun dalam perbelanjaan harian.
- Kalau kita tengok balik, nampak gaji penjawat awam macam tinggi sangat. Namun sebenarnya jumlah ini adalah setimpal dengan bebanan dan tanggungjawab. Rakan-rakan yang sama-sama saya membuat ijazah sarjana dan kedoktoran telah menerima lebih RM30 ribu sebulan di sektor swasta, namun saya hanya menerima separuh daripada pendapatan mereka. Namun saya tetap bangga berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Malah, saya tahu, saya dilahirkan untuk menymbang dalam sektor awam. ADIOSSSSS
Search This Blog
Monday, June 17, 2013
GAJI BARU JULAI 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment