Search This Blog

Loading...

Sunday, March 24, 2013

JADUAL GAJI BARU SST


  1. Ramai rakan saya bertanyakan mengenai perkara ini. Semua seperti tidak sabar untuk mendapatkan jumlah gaji baru yang akan diterima menjelang Julai 2013. Semua bertanya mengenai jumlah, kaedah pengiraan, dan apa perbezaan dengan gaji sedia ada.
  2. Maklumat lengkap boleh didapati di www.jpa.gov.my. Pergi ke bahagian pekeliling, dan tekan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013. Download dan baca. Namun membaca pekeliling menuntut satu skill pemahaman yang tinggi. 
  3. Perbezaan pertama adalah Gaji baru menjadi sebaris. Sebelum ini untuk gred lantikan ada tiga baris isitu P1, P2, dan P3. Untuk gred kenaikkan pangkat ada dua baris iaitu P1 dan P2. Gaji baru hanya sebaris iaitu Min-Max mengikut gred.
  4. Perbezaan kedua adalah Nilai Max. Gaji baru nilai Max bertambah 3 KGT atau tiga kenaikkan gaji tahunan berdasarkan gaji akhir di P3 bagi gred lantikan dan P2 bagi gred naik pangkat gaji sebelum ini.
  5. Sebagai contoh, bagi Guru Gred DG44, gaji akhir dahulu adalah RM6372.54, maka gaji akhir sekarang adalah RM7122.54. Bertambah RM750.00. Itu gaji akhir, lambat lagi untuk kita nikmatinya.
  6. Untuk tahun 2013, apa yang akan kita dapat? Ertinya gaji kita yang ada sekarang, akan terus dibawa ke dalam jadual gaji baru. Jika gaji anda sekarang RM5455.35, maka gaji baru anda anda adalah juga RM5455.35. 
  7. Menjelang Julai, anda akan dapat dua KGT. Bagi gred DG44, anda akan dapat pertambahan gaji sebanyak RM500.00. Ertinya gaji Julai anda akan menjadi RM5955.54. Itu perubahan jangka pendek yang akan DG44 perolehi.
  8. Dalam kata lain, anda hanya ada ruang sebanyak RM1167.00 untuk sampai ke gaji Max iaitu RM7122.54 atau anda hanya ada 5 kali KGT atau lima tahun perkhidmatan. Jika anda berusia 45 tahun, anda akan sampai gaji Max pada usia 50 tahun.
  9. Selepas anda mencapai gaji Max, anda masih ada 10 tahun baki perkhidmatan. Jangan bimbang, KGT anda akan berasaskan 3% setahun. Sepuluh (10) tahun bermakna 30%. Secara terkumpul berbanding nilai, nilai peratusan akan mencecah 37%.
  10. 37% daripada gaji Max iaitu RM7122.54 akan membawa nilai RM2635.34. Maksudnya gaji akhir DG44 adalah RM7122.54+RM2635.34 iaitu RM9757.88. Banyak kan! Nilai ini adalah bersamaan dengan gaji Max bagi DG54. Jika anda tidak faham, sila tinggalkan soalan anda di bahagian komen. ADIOSSSS

22 comments:

mizainal said...

Assalam nak tny..klu gaji DG41 plak mcmne?tahun nie kenaikan 2 kalikn?so tahun 2014 nnt ada x kenaikan?

Ibnu 'Uthman said...

Kat pekeliling tu tertulis Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia. Masih lagi SSM. Dah keluar ke pekeliling SST?

drzainal said...

2013 dapat 2 kgt. 2014 dapat kgt macam biasa. Semua skim sama. Pekeliling SST akan dikeluarkan nanti.

nur widuri said...

kalau kes yg dapat kenaikan pangkat dari dg41 ke dg44 utk thn 2013. macamana perkiraan gaji pokok baru utk julai 2013? adakah dikira terus daripada gaji akhir semasa di dg41 + rm500? sbb p.tadbir kata, beliau tidak mendapat skim yg baru.... t.kasih.

drzainal said...

Perkiraan KGT akan dikira berdasarkan gred jawatan sebelum Julai 2013. Jika dapat DG44 selepas Julai, maka KGT 2013, berdasarkan gaji DG41 semasa. Selepas penyelarasan, penjawat awam tersebut sebenarnya lebih untung.

www.arzone_71.blogspot.com said...

A'kum..saya baru mendapat pengesahn DG41 dgn seian gaji bermula 2 Jan 2013, dan telah juga mendapat DG34 mulai 1 Jan 2013. Kemushkilannya beza gaji baru DG34 dengan gaji terbaru lantikan DG41 hanyalah RM60 sahaja ..benarkah begitu? Adakah perbezaan sekiranya seseorang yg mendapat lantkan DG41 dari gred sebelumnya DG32 tanpa mendapat DG34 terlebih dahulu?

drzainal said...

DG41 adalah kumpulan pengurusan dan profesional sementara DG34 adalah Kumpulan Sokongan 1. Perbezaan gaji adalah tidak begitu ketara di antara dua kumpulan ini. Perbezaan utama adalah dari segi moboliti kerjaya, kemudahan elaun, dan model pembangunan insan. Formula yang digunakan adalah GAJI KAKITANGAN AWAM TIDAK BOLEH KURANG DARIPADA GAJI SEBELUMNYA.

adaNUR said...

Salam DrZainal,
saya mahu bertanya,jika gaji saya DG41 pada disember 2012 $3061.19,
Januari 2013 saya DG44,berapa gaji pokok saya pada januari 2013?

Terima kasih

drzainal said...

Gaji anda akan dikira pada skala gaji yang paling hampir. Jika gaji 44 lebih kecil, anda akan diberikan satu KGT di gred 44. Back pay akan dikira mulai tarikh anda memangku atau disahkan. Konsepnya mudah, gaji tidak boleh turun tanpa sebab.

adaNUR said...

Ok, tq

Bila Bride+Groom berceloteh said...

Salam
Adakah jadual gaji di myschoolchildren.com valid.saya baru terima dg44 pd thn 2013 dan gajinya ialah rm3761.19,gaji terakhir di dg41 ialah rm3511.19 tapi saya tak jumpa gaji dg44 yg terbaru dalam jadual.masih tak faham pengiraannya.

Bila Bride+Groom berceloteh said...

One more question on behalf of my friend..katakan thn ni dpt dg44 2013 back dated januari 2013 dan gaji terakhir di dg41p2 ialah rm3446.68.utk gaji baru,adakah akan dpt kgt di dg44 juga?gaji di dg41 adalah kgt 2 kali yang diterima thn ini.gaji dg44 belum terima krn baru terima.

Soalan 2.
Kenapa ada perbezaan gaji utk degree dlm dan luar negara?

drzainal said...

Untuk jadual gaji yang paling tepat sila lawati www.jpa.gov.my

Jika anda naik pangkat dari gred 41 ke gred 44, gaji baru anda adalah gaji akhir di gred 41 ditambah dengan 1 KGT di gred 44

Tiada perbezaan gaji berdasarkan tempat. Tetapi ada perbezaan gaji berdasarkan disiplin ijazah.

Bila Bride+Groom berceloteh said...

DR,
Ada rakan yang belajar di usa/uk tapi gaji lebih rendah dan diiktiraf sbg ijazah am.sebelum ini,ijazah dari Mesir mengalami nasib yang sama tapi setelah diperjuangkan di JPA,ijazah mereka dianggap setaraf dgn ijazah universiti tempatan.Harap dapat diberi pencerahan tentang perkara ini.

t said...

Dr, gred saya DG41 P10.. gaji i hanya naik 1 KGT masa Julai.. Jumlahnya Rm3286.19.. Akan tetapi gerak gaji i jatuh pada bulan Oktober. So, yg ni mmg betul kan? Gaji i patut naik sehingga RM3511.19 pada bulan Oktober. Saya juga akan naik pangkat DG44 bulan 10, so berapakah gaji saya ya?

rizwan said...

Assalam dr..sy nk tnya cara kiraan gaji kenaikan pangkat gred dg41 ke gred dg44 pd thun 2013.tarikh pergerakan gaji asal adalah januari..tarikh kenaikan pangkat januari 2013..

adakah gaji semasa dg41+225+225?
atau gaji semasa 41+225+250?
atau gaji semasa dg41+250+250?

maaaf tnya sbb kiraan xsama antara gaji sy dgn kawan sy

MUSLIM MD ISA said...

Assalam Dr.

Saya nak tnya berapa lama tempoh yg diambil selepas isi borang kenaikan pangkat utk ke DG44.Berapa elaun kenaikan DG 44 berbanding DG 41.
Terima kasih Dr

Anonymous said...

Kementerian pendidikan tidak mengiktiraf kelayakan akademik atau dalam kata lain sijil dan sistem pengajian tinggi yang dihasilkannya sendiri. Mungkin bidang pendidikan lebih kepada untuk menjana sumber pendapatan negara, bukan untuk menghasilkan cendekiawan yang seharusnya diberi tugas setaraf dengan kemampuan berfikir yang seharusnya telah terjana melalui sistem pendidikan yang dilaksanakan (adakah sistem pendidikan kita tidak berkualiti dan menyeluruh sehingga kementerian pendidikan sendiri tidak menghargainya?). Ada juga yang berpendapat mereka yang berpendidikan tinggi perlu diberi tugas yang lebih kerana gaji mereka lebih. Kalau begitu semua kerja dari tukang kebun dan perkeranian beri pada mereka. Seharusnya yang difikirkan aras dan kualiti tugas bukannya jumlah tugas semata. Masalah timbul bila yang di atas tidak cukup ilmu cuba membuat keputusan, arahan dan kesimpulan. Dalam politik kelayakan akademik sibuk dinilai sebagai ukuran walhal didalam bidang pendidikan dimana guru sebagai tugas yang diklasifikasikan sebagai profesional tidak dinilai secara profesional. Apa kriteria yang boleh diukur sebagai profesional? Mereka yang diklasifikasi sebagai profesional ini adakalanya payah memberi cadangan kerana kuasa lebih besar dari ilmu. Bahayanya orang yang tidak berilmu diberi kuasa. Kalau tidak bahaya sekali pun perkembangan agak lembab. Cikgu diploma buat cara student diploma (spoon feed) buat saja apa yang disuruh, jangan pandai-pandai berfikir sendiri. Mungkin itu yang diperlukan oleh orang atasan. Mereka yang menurut perintah..

Anonymous said...

DG 34 kumpulan sokongan, DG 41 kumpulan profesional. Tetapi dalam kementerian pendidikan kumpulan sokongan selalunya bos. Kerani sekolah lagi bos besar. kalau murid melihat pejabat kerani dengan guru mesti mereka lebih bercita-cita menjadi kerani berbanding guru. Sebabnya? fikir le sendiri. Kearah menjadikan guru profesion pilihan utama..

drzainal said...

Maka, golongan pendidik harus berjuang untuk mendapatkan hak mereka sendiri. Perjuangan ini hendaklah dimulakan di peringkat sekolah dengan diketui oleh pemimpin sekolah. Tranformasi tidak boleh dilakukan dalam masa satu hari, tetapi boleh dicetuskan dalam masa satu hari. Jadi, mulakanlah.

drzainal said...

Saya suka pada komen pertama bertarikh 17 Julai. Bidang pendidikan sebenarnya sangat penting kepada negara. Namun, cara mengukur pencapaian pendidikan harus berbeza dengan mengukur pencapaian peperiksaan. Saya amat tidak bersetuju, pencapaian peperiksaan dijadikan kayu pengukur utama. Sebaliknya pendidikan yang baik akan menjamin kesinambungan kehidupan lestari kepada setiap warganegara.

Anonymous said...

Musykil pasal kenaikan gaji.....
Sy mungkin akan dapat dg44 dari dg41 pd 1.10.2014.
Sy nak tahu pengiraan kenaikan gaji sy dibuat dr dg41 ke 44 tesebut dikira