- Kalau diambilkira faktor bilangan penjawat awam di Malaysia yang hampir mencecah 1.6 juta orang, maka kesan undian yang dibuat oleh penjawat awam mempunyai impak yang besar ke atas PRU di Malaysia.
- Daripada jumlah 1.6 juta penjawat awam, 38% adalah terdiri daripada golongan pendidik, sementara 18% pula datangnya daripada Kementerian Kesihatan. Bilangan ketiga besar datangnya daripada Kementerian Pengajian Tinggi.
- Bilangan penjawat awam di tiga kementerian ini sahaja akan membawa hampir 60% daripada kekuatan keseluruhan penjawat awam. Dari segi umur pula, 100% penjawat awam telah layak mengundi kecuali bagi yang terlupa berdaftar sebagai pemilih.
- KSN telah berubah dari Tan Sri Sidek kepada Dato' Seri Ali Hamsa. Dua individu yang berbeza watak, rupa paras, fizikal, dan hampir segala-galanya. Ali Hamsa lebih dikenali sebagai 'the great marketer' dengan menggandakan nilai FDI hampir 1000 kali ganda. Satu rekod yang pasti akan memeningkan kepada Ketua Pengarah baru UKAS.
- Pertambahan FDI secara lansung akan mewujudkan peluang pekerjaan yang besar. Pertumbuhan ekonomi dan kadar eksport akan bertambah. Dari segi jasa, hanya dengan menilai sumbangan beliau semasa di UKAS, jasa beliau menyamai sumbangan 60% kakitangan sektor awam di Malaysia.
- KPPA menjadi isu yang sukar untuk dielak. Penamatan perkhidmatan KPPA secara 'sudden death' pastinya menjadi tanda tanya bukan sahaja kepada seluruh penjawat awam, bahkan kepada seluruh rakyat di Malaysia.
- Faktor kegagalan SBPA sebenarnya bukan menjadi faktor penyumbang utama. Keberkesanan SBPA hanya boleh diukur melalui Suruhanjaya Penambahbaikkan Sektor Awam. Seandainya, cadangan penambahbaikkan yang disyorkan oleh Suruhanjaya setara dengan SBPA, maka KPPA sebenarnya memang banyak berjasa.
- Apabila keputusan sudah dibuat, maka perbincangan tentang mengapa dan kenapa KPPA ditamatkan menjadi tidak lagi relevan. Yang menjadi persoalan utama adalah SIAPAKAH BAKAL KPPA mulai Julai 2012.
- Khabar angin menamakan tiga nama wanita. Khabar lain pula menambah dua nama lelaki. Maka, khabar-khabar ini harus dinilai bukan dari sudut gender, sebaliknya dari segi nilai kemimpinan yang perlu ada pada bakal KPPA sehingga mampu menarik 1.6 juta pengundi penjawat awam memilih BN dalam PRU 2012.
- Jika wanita dilantik hanya untuk mencipta sejarah, kita bimbang PRU nanti akan mencipta sejarah yang lebih besar. Sejarah itu nanti mungkin akan membawa Malaysia 20 tahun kebelakang. Fikirkanlah dengan matang....ADIOS
Search This Blog
Sunday, July 1, 2012
MENANTI PRU 2012 - KESAN KSN DAN KPPA BARU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment