Search This Blog

Monday, February 9, 2009

KELAKARNYA POLITIK LOMPAT MELOMPAT

Saya tidak pernah tertarik dengan perkembangan politik tanahair. Saya sekadar mengundi. Saya juga tidak pernah gagal untuk mengundi. Ketika saya mengundi saya mengundi calon. Saya tidak sesekali mengundi berdasarkan parti politik yang bertanding. Hujah saya, parti politik itu hilang makna jika penerajunya hilang arah. Saya membezakan parti politik melalui calon yang bertanding. Sebagai contoh jika Tun Che Det mewakili DAP saya tetap akan mengundi beliau. Sebaliknya jika Karpal mewakili BN saya tetap tidak akan membazirkan undi saya untuk beliau. Maka, pada saya jika calon yang undi melompat parti, saya kira itu okey. Ini kerana saya mengundi beliau, bukannya parti yang beliau wakili. Sehingga PRU13, peranan saya dalam politik tanahair hanya setakat itu.
Namun, kemasukkan KJ, kembalinya DSAI, pemilihan UMNO, skandal sex MCA, dan macam-macam lagi membuatkan saya mula tertarik dengan dinamika politik Malaysia. Bila orang mengatakan BN semakin lemah, saya melihat sebaliknya. Pada saya UMNO semakin gagah di bawah pimpinan Pak Lah. UMNO sahaja telah hampir boleh membentuk majoriti mudah. Perkembangan ini bagus untuk menjaga kepentingan Melayu. Namun gabungan BN yang lain; MCA, MIC dan Gerakan tidak memberi sebarang sumbangan. Saya melihat fenomena ini menunjukkan masyarakat bukan Melayu di Malaysia masih yakin dengan pimpinan BN, tetapi golongan ini sudah muak dengan pimpinan bangsa sendiri. MIC contohnya, sudah dipimpin oleh Samy semenjak saya belum bersekolah sehingga saya memiliki Ph.D. Saya yakin bila berlaku perubahan pucuk pimpinan, BN akan kembali kukuh.
Lain halnya dengan pakatan rakyat(PR). Bila DSAI lepas, pakatan kembali kuat. Namun hanya untuk seketika. Pakatan rakyat dibentuk hanya untuk mengalahkan BN, sedangkan BN dibentuk untuk memajukan Malaysia. Maka objektif PR amat mudah dicapai, cipta satu isu, lemahkan BN dan komponennya, bertambahlah kerusi PR. Namun selepas itu apa? Apa dan apa? Kalau BN sudah kalah di Kedah, Selangor, P. Pinang, Perak, dan Kelantan apakah PR akan terus merancang untuk menakluki NS, Melaka, Johor, Terengganu, Perlis, Sabah, dan Sarawak? Itu sajakah kerja PR???? MEMBAZIR UNDI RAKYAT. Rakyat mengundi bukan untuk mengalahkan BN tetapi untuk kemajuan negara agar nanti manfaatnya akan memudahkan 27 juta rakyat Malaysia. Kalau sekadar untuk mengalahkan BN, tak perlu mengundi, lompat sahaja parti.
Tak sampai setahun memerintah Perak, berlaku lompat sana, lompat sini. Yang parahnya rakyat. Pegawai kerajaan. Kesian Dr. Rahman, masa di INTAN muka berseri balik ke Perak, nak senyum pun payah. Yang melompat mesti ada alasan. Adun PKR mesti hilang kepercayaan kepada DSAI. Apa nak hairan. Karpal pun hilang kepercayaan kepada DSAI. Berapa ramai akli PKR di Perak. PR menang sebab PKR dapat tempat baik. Yang kerja keras PAS dan DAP. Manakan Karpal tak hangin satu badan. PKR buat hal. MB PAS hilang kedudukan. DAP dapat apa????Habuk pun tarak. Maka amat logik kalau Karpal hangin satu badan.
Dr. Zam pun bukan koman. Best student UIAM. Ada Ph.D lagi. Berapa kerat sangat orang politik ni ada Ph.D. Saya secara peribadi sokong Dr. Zam....orang pandai jadi MB. Apa nak kecoh. Kalau Nizar handal sangat, buat IQ test dengan Dr. Zam. Tengok siapa yang layak. Berani potong jarilah, Dr. Zam akan menang punya. Satu yang saya menyampah dengan Nizar ni ialah cakap tak serupa bikin. Ingat Nizar, kita ni orang Melayu. Kalau Sultan kata blah...blah jelah. Tak malu ke? Tak kan sultan kau Ngeh Ko Ham kot. Tak pun DSAI. Saya berani ramalkan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, UMNO mesti menang besar.
Untuk Dr. Zam, kembalikan kegemilangan Perak. Padam sejarah hitam 10 bulan diperintah oleh PKR dan DAP yang berMBkan PAS. Hidup Melayu di Perak. Makin lama makin gagah. Makin dikutuk makin gah. Biar tanpa pejabat, tanpa Toyota Camry, tanpa PA, tanpa pengikut setia membabi buta....terus majukan Perak. Pesanan juga, jangan terlalu sibuk dengan pemilihan UMNO, jangan abaikan Melayu Perak, dan jangan lama sangat jadi MB.
PERAK TERUS MAKMUR,
MELAYU TERUS SUBUR,
PEMIMPIN JANGAN TAKBUR,
ANTI MELAYU TERUS TERKUBUR

2 comments:

Anonymous said...

Tak ada PHD bukannya x pandai...
ada PHD bukannya semua pandai...
kepandaian dalam kehidupan, bukan sahaja dari otak yg pandai, tapi akal yg pandai membuat pertimbangan yg betul. Ada orang, x gi sekolah pun, tapi akal dia bagus...baik jadi x pandai,..tapi berakal daripada pandai tapi akalnya???...hehehe..jawablah sendiri

drzainal said...

50% bersetuju dengan pendapat anda.