Search This Blog

Thursday, September 10, 2009

Masyarakat Atas Bara

Hari ini masyarakat kita mula keliru akibat dikelirukan oleh orang-orang yang berjuang atas kepentingan sendiri. Saya masih ingat ketika calon Pakatan Rakyat DUN Sikamat datang untuk berkempen pada PRU yang lalu di depan SK Sikamat. Saya melihat ramai orang telah mula terpengaruh dengan cakap-cakap beliau. Lantas saya ajukan dua soalan:
1. Jika PR menang di NS, siapakah yang akan menjadi MB?
2. Jika PR kalah, siapakah yang akan menjadi ketua pembangkang?

Jawapan yang saya terima adalah seperti berikut:
1. Kesemuanya akan ditentukan oleh oleh pucuk pimpinan.

Saya bertanya lagi....
1. Siapakah pucuk pimpinan PR?

Jawapan yang saya terima adalah seperti berikut:
1. DSAI ( Bukan dari PAS atau DAP)

Saya bertanya soalan terakhir...
1. Mengapa you berhenti dari jawatan BPR dan bekerja di syarikat swasta?

Jawapan yang saya terima adalah...
1. Peluang kenaikkan pangkat dalam kerajaan amat terhad.

Maka, saya meramalkan calon tersebut akan kalah. Malangnya calon tersebut telah menang dengan majoriti tipis mengalahkan YB asal dari BN. Saya sendiri hairan bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Pada pendapat saya PR tidak bersedia sepenuhnya untuk mentadbir negeri berdasarkan calon yang dipilih. Namun, sebenarnya bukan kemenangan PR tetapi kekalahan BN. BN kalah kerana meletakkan calon yang bukan dipilih oleh ahli UMNO dan BN kawasan. Bagitulah seterusnya terjadi di Ampangan, Paroi, dan beberapa buah DUN lain. Pemilih mahukan calon lain, pucuk pimpinan parti khususnya peringkat negeri meletakkan calon lain. Akibatnya NS hampir jatuh ke tangan PR...dan jika itu terjadi terjadi, pasti NS akan menerima MB sebenar daripada DAP dan MB boneka daripada PKR. Sila lihat Selangor dan Perak.

Justeru, saya menyeru dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, satu pungutan suara dibuat ke atas para pemilih untuk menentukan calon mereka. Pucuk pimpinan UMNO hanya perlu menyenarai pendek beberapa nama calon yang berpotensi. Biarlah kali ini akar UMBI yang menentukan. Tidak ada salahnya kalau calon tersebut bukan orang Tok Mat, asal sahaja calon tersebut orang UMNO. Biarlah kalau beliau menentang Tok Mat, asal beliau digemari rakyat. Hasilnya tentulah kemenangan di Bagan Pinang. Pada saya sebagai rakyat, lebih mulia jika MB diturunkan oleh ahli UMNO daripada diturunkan oleh parti lawan. Lihat saja Terengganu dan Perlis. Selagi BN mendapat mandat, rakyat akan mendapat berkat. Jika perkara ini dapat dilakukan, pasti pilihanraya kecil ini menjadi KPI kepada BN.

Ingatlah wahai pemimpin BN, jika AKAR UMBI MENGELUH, PASTI ORANG ATAS BERPELUH-PELUH.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya.

No comments: