1. Puasa dah nak habis dah ni...
2. Sabtu ni raya akan tiba..
3. Pada yang jauh, bila balik memandu elok-elok.
4. Yang dekat tak balik mana-mana, tolonglah tengok-tengok rumah jiran.
5. Yang dah bayar zakat fitrah tu alhamdulillah.
6. Yang belum tu, masa ada lagi...jangan pula dok lupa..
7. Puan-puan mesti tengah segah makan kuih, pening pilih langsir.
8. Tuan-tuan mesti tengah senak kira fulus, tengok bajet bulan depan.
9. Budak-budak jangan dok leka main mercun...
10. Mak ayah tolong la jenguk-jenguk anak tu dok boom boom.
11. Orang tua kat kampung tengah jengah-jengah pintu pagar.
12. Pada yang dapat bonus RM250 kira ok la.
13. Pada yang tak dapat, jangan pulak berhenti kerja.
14. Persiapan buat awal-awal, kalau jumaat ni gerenti kena sembelih.
15. Daging dah jadi RM20, ayam tua dah jadi RM11.
16. Lemang ketupat kalau rajin buat, malas beli jelah...sebatang jer
17. Yang baca blog ni...terima kasih
18. Yang bagi komen...terima kasih kuasa dua.
19. Adat beraya, nak minta maaf ni, zahir dan batin.
20. Maaf pun takpe, tak maaf pun takpe...
21. Pada saya semua saya maafkan..
22. Pada rakan-rakan bloggers pun tak lupa..
23. Rakan sekerja di MoF, PDJ, JIM, dan INTAN tak mungkin di lupa..
24. Rakan sekolah SMTB, STM, SK Sg Tinggi...tetap di hati saya..
25. Rakan siswa di UTM, UPM dan UUM...ada di mata dan hati juga...
26. Orang Trong dan Orang Jelebu pun sama..
27. Satu je saya nak kata...mungkin juga dua
MAAF ZAHIR BATIN DAN SELAMAT HARI RAYA
Search This Blog
Wednesday, September 16, 2009
Thursday, September 10, 2009
Masyarakat Atas Bara
Hari ini masyarakat kita mula keliru akibat dikelirukan oleh orang-orang yang berjuang atas kepentingan sendiri. Saya masih ingat ketika calon Pakatan Rakyat DUN Sikamat datang untuk berkempen pada PRU yang lalu di depan SK Sikamat. Saya melihat ramai orang telah mula terpengaruh dengan cakap-cakap beliau. Lantas saya ajukan dua soalan:
1. Jika PR menang di NS, siapakah yang akan menjadi MB?
2. Jika PR kalah, siapakah yang akan menjadi ketua pembangkang?
Jawapan yang saya terima adalah seperti berikut:
1. Kesemuanya akan ditentukan oleh oleh pucuk pimpinan.
Saya bertanya lagi....
1. Siapakah pucuk pimpinan PR?

1. DSAI ( Bukan dari PAS atau DAP)
Saya bertanya soalan terakhir...
1. Mengapa you berhenti dari jawatan BPR dan bekerja di syarikat swasta?
Jawapan yang saya terima adalah...
1. Peluang kenaikkan pangkat dalam kerajaan amat terhad.
Maka, saya meramalkan calon tersebut akan kalah. Malangnya calon tersebut telah menang dengan majoriti tipis mengalahkan YB asal dari BN. Saya sendiri hairan bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Pada pendapat saya PR tidak bersedia sepenuhnya untuk mentadbir negeri berdasarkan calon yang dipilih. Namun, sebenarnya bukan kemenangan PR tetapi kekalahan BN. BN kalah kerana meletakkan calon yang bukan dipilih oleh ahli UMNO dan BN kawasan. Bagitulah seterusnya terjadi di Ampangan, Paroi, dan beberapa buah DUN lain. Pemilih mahukan calon lain, pucuk pimpinan parti khususnya peringkat negeri meletakkan calon lain. Akibatnya NS hampir jatuh ke tangan PR...dan jika itu terjadi terjadi, pasti NS akan menerima MB sebenar daripada DAP dan MB boneka daripada PKR. Sila lihat Selangor dan Perak.
Justeru, saya menyeru dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, satu pungutan suara dibuat ke atas para pemilih untuk menentukan calon mereka. Pucuk pimpinan UMNO hanya perlu menyenarai pendek beberapa nama calon yang berpotensi. Biarlah kali ini akar UMBI yang menentukan. Tidak ada salahnya kalau calon tersebut bukan orang Tok Mat, asal sahaja calon tersebut orang UMNO. Biarlah kalau beliau menentang Tok Mat, asal beliau digemari rakyat. Hasilnya tentulah kemenangan di Bagan Pinang. Pada saya sebagai rakyat, lebih mulia jika MB diturunkan oleh ahli UMNO daripada diturunkan oleh parti lawan. Lihat saja Terengganu dan Perlis. Selagi BN mendapat mandat, rakyat akan mendapat berkat. Jika perkara ini dapat dilakukan, pasti pilihanraya kecil ini menjadi KPI kepada BN.
Ingatlah wahai pemimpin BN, jika AKAR UMBI MENGELUH, PASTI ORANG ATAS BERPELUH-PELUH.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya.

Subscribe to:
Posts (Atom)