Search This Blog

Saturday, June 18, 2011

ALI BABA NAK KE PUTRAJAYA 1

"Kita mesti pandu laju. Kita potong saja semua kereta yang slow tu. Lembab. Bila nak sampai?", itu adalah motto Ali Baba. Ali Baba dulu pernah memandu kereta nombor dua hebat di Malaysia. Kereta itu besar sungguh. Hitam berkilat. Kukuh. Lebih besar dari bas ekspress yang laju semacam tu. Ali Baba bawa ramai orang dalam kereta tersebut. Semuanya jantan yang comel-comel. Kalau ada betina pun, betina yang kaki ampu, kaki angguk, atau yang kaki boleh pakai depan belakang. Ali Baba tak kisah, janji mulut mesti bau syurga. Gerak laku tak ada orang yang tahu. Hati simpan segala surat neraka. Kalau orang tau, Ali Baba alih cerita.

"Mr. Ali, kita ni laju sangat!", tu kata Zamin, barua merangkap orang kanan Ali Baba.
"Kalau tak laju bila nak sampai nak sampai? Kau ni lembab la Zamin." Ali Baba selalu menongkah kata Zamin, sambil menepuk pinggul bini Zamin, Lacuridar. Senyum sahaja betina tu. Makin ditepuk, makin lebar pinggul betina tu. Makin ingin betina tu rasa nak menonggeng. Zamin diam sahaja. Zamin pun dah bosan dengan Lacuridar. Masa berseronok dengan Zamin, selalu merengek-rengek nama Ali Baba. Potong betul fikir Zamin.

Dalam kereta terkini Ali Baba ada macam-macam binatang. Ada binatang yang nak makan tuan. Ada yang nak tikam tuan. Ada yang nak makan sesama binatang. Ada yang sekejap bau neraka, sekejap bau syurga. Peliknya semua binatang tersebut boleh berkata-kata. Lagi pelik, semua kata binatang itu menjadi lagu indah marhaen di bumi Malaysia. Binatang-binatang tersebut selalu menyanyi.
"Ali..oh Ali...jom kita....bakar..negeri ini!". Lagu tersebut berdendang ratusan kali. Ali Baba akan tersenyum puas bila mendengar lagu itu. Pada Ali Baba, lagu itu tanda setianya semua binatang-binatang itu terhadap Ali Baba.

Dulu ada binatang-binatang tersebut yang amat benci akan Ali Baba. Ada seekor tu yang berbadan besar, kalau menyalak pecah satu dewan, kalau berbisik senget satu padang, pada binatang itu Ali Baba berbau najis. Tapi, Ali Baba pandai. Ali Baba tukar najis jadi makanan yang paling lazat. Ali Baba hidangkan hari-hari. Ali Baba kata, siapa yang jamah makanan ini akan jadi orang besar. Berebut-rebut semua binatang melahap hidangan Ali Baba. Dari benci jadi sayang. Dari sayang terus puja. Dari puja tunduk hormat. Pada semua binatang dalam kenderaan Ali Baba, Ali Baba bukan boss, bukan dewa, tapi tuhan. Kalau bukan tuhan pun, Ali Baba, adalah anugerah tuhan yang paling seksi.

"Mr. Ali Baba....jaga-jaga kat depan ada selekoh tajam!!!!" jerit Zamin.

Bersambung....

No comments: