Search This Blog

Monday, July 2, 2012

MENANTI PRU2012- MENILAI PENAMATAN KPPA


  1. Hari ini adalah hari kedua perkhidmatan awam tanpa KPPA. Penamatan perkhidmatan KPPA sebenarnya membawa pendapat pro dan kontra. Ada yang bersimpati dengan KPPA dan ada yang mengambil langkah berkecuali. Majoriti penjawat awam bersimpati dengan penamatan perkhidmatan KPPA ini.
  2. KPPA adalah seorang pemimpin utama dalam perkhidmatan awam. Yang perlu dinilai adalah KPPA, bukannya Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Jika kita hendak menilai Tan Sri Abu Bakar, maka Tan Sri hendaklah dinilai sebagai KPPA. Amat besar bezanya Abu Bakar sebagai Abu Bakar dengan Abu Bakar sebagai KPPA.
  3. G.R.Ledlow & MN Copolla (2011) jelas menyatakan pemimpin tidak lebih dan tidak kurang mengenai kemampuan seseorang untuk mempengaruhi orang lain. Maka seorang pemimpin tertinggi dalam perkhidmatan awam memunyai tanggungjawab utama untuk mempengaruhi 1.6 juta penjawat awam yang lain untuk menerima perubahan.
  4. Seorang pemimpin yang hebat akan berjaya mempengaruhi orang lain untuk menerima satu dasar sekalipun dasar itu sebenarnya salah. Sebaliknya seorang pemimpin yang lemah tidak akan berjaya mempengaruhi orang lain untuk menerima sesuatu dasar sekalipun dasar tersebut amat baik. Pemimpin akan menjadikan satu dasar itu hebat, bukannya dasar yang akan membuat pemimpin itu hebat. Penilaian ke atas seorang pemimpin utama sektor awam sepatutnya berlandaskan kepada kenyataan ini.
  5. Perubahan yang utama pada tahun 2011 adalah berubah daripada SSM kepada SBPA. SBPA adalah satu dasar jangka panjang yang maha hebat. Bagi penjawat awam yang berfikir, pasti SBPA menjadi pilihan mereka. Usah fikirkan pandangan CEUPACS. SBPA akan menjadikan pendapatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari semua skim perkidmatan setaraf JUSA dalam SSM. 
  6. Untuk Kumpulan Sokongan pula, SBPA akan menjadikan pendapatan kumpulan sokongan setaraf Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam SSM. Maka, secara jangka panjangnya, SBPA adalah satu skim yang tiada tolok bandingnya untuk penjawat awam di Malaysia. SBPA adalah satu dasar yang amat baik.
  7. Hakikatnya, satu dasar yang baik dari sudut jangka panjang akan menjadi satu dasar yang paling lemah untuk jangka masa pendek. Sama juga, golongan yang malas berfikir akan selalu memetingkan jangka masa pendek. Dan SBPA pun terbatal dengan sendirinya.
  8. Kalau kita lihat semua pekeliling SBPA ditandatangani oleh KPPA. Maka KPPA adalah menjadi penyumbang utama kepada dasar SBPA ini. KPPA sepatutnya mempengaruhi 1.6 juta penjawat awam untuk menerima SBPA berdasarkan kesan jangka panjang yang baik. Namun, di sini KPPA telah gagal. Kegagalan perlaksanaan SBPA bermaksud kegagalan kepimpinan utama sektor awam. 
  9. Dalam era ekonomi baru, pemimpin tidak boleh gagal walaupun sekali. Kegagalan akan dibayar dengan harga yang mahal. Malah, sebagai pemimpin, kegagalan akan merentap semua kegemilangan sebelum ini.
  10. Saya ulangi para 4... pemimpin yang hebat akan berjaya mempengaruhi orang lain untuk menerima satu dasar sekalipun dasar itu sebenarnya salah. Sebaliknya seorang pemimpin yang lemah tidak akan berjaya mempengaruhi orang lain untuk menerima sesuatu dasar sekalipun dasar tersebut amat baik...untuk kita fikirkan bersama...ADIOS

No comments: