Search This Blog

Saturday, November 17, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 9


  1. Dalam artikel saya yang lalu, terdapat komen yang berbunyi begini; "jangan biarkan PTD terus melakukan maksiat. Apa tindakan terhadap Ketua Pengarah tersebut??? Kalau orang bawahan atau daripada skim lain pasti sudah dikenakan tindakan tatatertib atau digantung tugas.. Tapi Ketua Pengarah tersebut???? Dasar hipokrit PTD...."
  2. Ada juga komen yang berbunyi begini; "Pemimpin seperti ini tarafnya lebih rendah daripada binatang.. kesian para doktor yang mempunyai ketua (bukan doktor)bertaraf hina daripada binatang..."
  3. Walaupun komen tersebut langsung tidak kena dengan artikel yang disiarkan, namun saya tetap menjawab untuk tujuan mendidik. Mengajar orang yang berasa bijak tentang maksud sebenar kebijaksanaan. Atau boleh juga dalam bahasa mereka mengajar mereka tantang erti kebahlullan. 
  4. Saya jawab begini;"Kepada yang mengemukakan komen, untuk makluman anda Ketua Pengarah bukan semuanya PTD. Dari 1941 - 2012, Ketua Pengerah Kesihatan adalah Pegawai Perubatan. Beliau juga merupakan Ketua Perkhidmatan untuk Perkhidmatan Kesihatan dan Pergigian Malaysia. Beliau juga merupakan Pengarah Negeri, Pengarah Kesihatan Mental, Timbalan Ketua Pengarah, dan Jawatan Akhir adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Saya bagi pihak anda memohon maaf kepada semua PTD di seluruh dunia atas fitnah anda yang bersifat sembrono ini. Nasib baik juga anda tidak menggunakan nama sebenar, jika tidak nampak sangat individu dalam perkhidmatan anda begitu terhad ilmu tentang negara sendiri. Terima kasih."
  5. Kalau kita melihat trend memfitnah membabi buta sebegini adalah ajaran parti pembangkang. Maka, saya simpulkan golongan yang memberi komen dalam artikel lalu adalah anggota parti yang berkenaan. Dalam gabungan parti tersebut, ada sebuah parti yang membudayakan fitnah dan bahasa kurang ajar. Golongan ini percaya, semakin banyak mereka memfitnah, semakin mereka dianggap hero. Semakin mereka kurang ajar, mereka semakin dekat dengan Putrajaya.
  6. "Ahli UMNO ditangkap khalwat dengan isteri orang. Ada orang kata dia ni ahli UMNO.. ada sesiapa boleh mengesahkan?.. tetapi perangai dia ni pun sama dengan pemimpin UMNO. PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat. Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan." (http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/11/ahli-umno-ditangkap-khalwat-dengan.html)
  7. Sebagai bukti saya sertakan satu artikel media penyokong pembangkang tentang apa yang dinamakan fitnah. Pada mereka, semua yang jahat, semua yang kotor, semua yang jahanam adalah UMNO. Walhal, semua maklum semua kakitangan kerajaan tidak boleh terlibat aktif dalam politik kerajaan sebaliknya bebas aktif dalam politik pembangkang,
  8. Dalam perkhidmatan awam pula, PTD menerima nasih yang sama dengan UMNO. Asal khalwat mesti PTD. Asal rasuah mesti PTD. Asal salah mesti PTD. Maka, PTD telah menempa nama disyurga sebagai golongan yang sering difitnah.
  9. Apa persamaan di antara PTD dan UMNO. Persamaannya adalah mudah. Orang yang paling banyak berjaya, orang yang paling kuat bekerja, orang yang paling bijak, orang hebat yang banyak menyumbang untuk pembangunan negara sentiasa dibenci, difitnah, dan dianaiya. Namun, atas dasar kehebatan, tidak kredibiliti atas fitnah tersebut. Malah, orang yang memfitnah nampak sangat kebahlullannya.
  10. Apa pula persamaan pemberi komen dengan pembangkang. Banyak sangat. Namun boleh diringkaskan. Mereka ibarat 'kera mendapat bunga'. ADIOSSS

4 comments:

sahabat muhammad said...

biasa la yg buruk tu semua org umno..yg baik semua org PAS ..mcm la org PAS semua baik.

Anonymous said...

Setuju dengan Sahabat Muhammad

Anonymous said...

HIDUP UMNO !!!!! dulu, kini, selamanya ...

Anonymous said...

UMNO PEMBELA ISLAM DI MALAYSIA. PAS PEMBELA PKR DAN DAP DI DUNIA DAN NERAKA