Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 19


  1. Saya sentiasa mencari talian Internet ketika ini. Rakan-rakan menghubungi saya hanya melalui Wassap. Itulah kecanggihan dunia hari ini. Semuanya kerana usaha kerajaan yang begitu gigih membangunkan negara. Walaupun ketika ini, saya tidak berada di Malaysia, saya masih mampu berhubung dengan rakan-rakan di Malaysia.
  2. Dalam Wassap ada dua soalan yang begitu popular ditujukan kepada saya. Pertama, mengapa saya tidak bersara sekarang, dan kedua, apa saya akan lakukan apabila saya bersara nanti?
  3. Sebenarnya saya tidak boleh bersara sekarang. Bukan kehendak saya, namun saya mempunyai ikatan kontrak untuk terus bekerja dengan kerajaan sehingga tahun 2017. Ini disebabkan ketika saya membuat PhD, saya ditaja oleh Kerajaan. Malah, semenjak dari tingkatan satu, saya menerima biasiswa dari Kerajaan sehingga ke peringkat PhD.
  4. Saya ambil satu contoh penerima biasiswa dari tingkatan satu sehingga PhD dan kemudian aktif dalam PAS kononnya untuk menegakkan Islam di Malaysia. Beliau kini telah keluar PAS selepas menjadi ADUN dan EXCO. Beliau kini sedar, PAS hanya berjuang untuk kemenangan pilihanraya dan menjadi tempelan dalam kerajaan PR di beberapa buah negeri. Lebih dahsyat, PAS hanya menggunakan agama Islam untuk membuat rakyat keliru dan kemudian mengundi PAS dan PR. 
  5. Kerana saya tidak mahu 'menyesal kemudian', saya tidak memilih untuk menyokong PAS dan PR. Malah sebenarnya saya tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik di Malaysia. Saya menulis tentang politik, kerana saya mahu semua rakyat sedar tentang erti politik sebenar di Malaysia. Saya tidak mahu rakyat dibodohkan dengan agenda politik bersifat peribadi.
  6. Sehingga kini saya kekal dengan umur persaraan 55 tahun. Saya tidak memilih untuk melanjutkan usia persaraan sehingga 56, 58, atau 60 tahun. Pada saya, selepas 55 tahun, saya punya agenda yang besar untuk umat Islam di Malaysia. 
  7. Saya hanya mahu menjadi penulis. Menulis novel untuk tatapan pembaca. Dalam blog ini juga saya mula menulis. Saya menulis novel dan cerpen bersiri. Saya juga bercadang untuk menulis semua pengalaman penjawat awam yang hebat setelah mereka bersara. Individu pertama yang ada dalam perancangan saya Dato' Dr. Ismail bin Alias dan Dato' Mohd Jamal bin Kamdi.
  8. Perancangan kedua saya adalah untuk menjadi penternak. Setiap tahun saya uruskan korban di peringkat surau saya. Saya dapati, harga lembu sentiasa naik. Kalau dulu satu bahagian hanyalah RM250. Namun kini, harganya telah mencecah ke RM450 satu bahagian. Akibatnya, ramai umat Islam gagal untuk menjalankan ibadah korban.
  9. Saya bertekad hanya akan menjual lembu korban pada harga RM2100 atau RM300 satu bahagian. Saya harap dengan harga sebegini, lebih ramai umat Islam akan dapat menjalankan ibadah korban. Saya dapati jika sesuatu kariah tersebut banyak yang mengambil bahagian dalam ibadah korban, masalah sosial kurang berlaku di situ.
  10. Dengan menjadi penternak juga, saya berpeluang untuk menunaikan zakat ternakan. Jika sekarang saya hanya menunaikan zakat pendapatan dan zakat fitrah, maka mungkin selepas tidak lagi menjadi penjawat awam, peluang saya untuk menjadi Melayu dan Muslim semakin besar. Saya percaya, pembaca juga mempunyai perancangan dan niat suci selepas bersara. ADIOSSS

12 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya saya tidak boleh bersara sekarang. Bukan kehendak saya, namun saya mempunyai ikatan kontrak untuk terus bekerja dengan kerajaan sehingga tahun 2017. Ini disebabkan ketika saya membuat PhD, saya ditaja oleh Kerajaan. Malah, semenjak dari tingkatan satu, saya menerima biasiswa dari Kerajaan sehingga ke peringkat PhD.

Anda mengakui bahawa anda adalah penerima biasiswa dari tingkatan atu sehinggalah ke peringkat PHD. Tetapi kalau kita imbas kembali tulisan saudara bertajuk Menanti PRU 2012 - Kesan naik pangkat bertarikh 7 Julai 2012 di perenggan 9 : Perhatikan, kerajaan tidak pernah menawarkan biasiswa untuk PTD. Sebaliknya berlambak biasiswa untuk jawatan lain seperti guru, doktor, jurutera, dan lain-lain jawatan. Untuk PTD sememangnya tidak pernah wujud. Ini sebabnya. Kerajaan mahukan hanya yang benar-benar cemerlang diambil untuk mengekalkan PTD adalah Cemerlang di kalangan terbaik.

Jelas sekali anda manusia lidah bercabang dan hipokrit..

Anonymous said...

hahaha memang dasar manusia hipokrit. Tulisan sebelum ini mengatakan bahawa kerajaan tidak pernah menawarkan biasiswa untuk PTD.. tetapi tulisan kali ini pula menyatakan bahawa dia membuat PHD atas biasiswa kerajaan..

apa nak jadi dengan manusia penipu bertaraf dr ni.. mudah-mudahan Allah membuka hatinya untuk kembali kepada kebenaran dan sentiasa bercakap benar daripada terus berbohong....

Anonymous said...

Bodoh bin bahalul. Maksud Dr ni, PTD Ken a bersaing dgn perkhidmatan lain utk dapat biasiswa. Kalau dpt memang PTD tu hebat. A pa la ko ni bongok Sgt.

Anonymous said...

Anonymous said...
Bodoh bin bahalul. Maksud Dr ni, PTD Ken a bersaing dgn perkhidmatan lain utk dapat biasiswa. Kalau dpt memang PTD tu hebat. A pa la ko ni bongok Sgt.

December 12, 2012 2:51 AM

.....................................
ko sama bahlul dengan dr yang ada phd ni.. hujah dan fakta macam budak tadika.. takda kebijaksanaan. pandai mengampu dan menjilat jer...

Anonymous said...

dipetik daripada surat pembaca dalam sebuah akhbar perdana...

"Untuk pengetahuan, kami telah pun berkhidmat dengan kerajaan hampir 3 tahun, dan amat menyedihkan ada diantara kami (PTD Kontrak) telah pun ditamatkan kontrak oleh SPA malah boleh dikatakan rata-rata kini telah tamat kontrak dan bergelut dengan perjuangan mencari pekerjaan baru di luar sana.
Sesekali pedih terasa dihati, segala apa yang telah nyatakan oleh PM dan TPM tidak diendahkan oleh pihak-pihak tertentu kerana sehingga kini rayuan, ihsan dan keprihatinan yang kami pohon dari pelbagai pihak tidak dipedulikan bahkan semua pihak membisu diam seribu bahasa. Malah lebih mendukacitakan, apabila pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tetap dengan keputusan tidak akan melantik kami secara tetap dengan alasan kami perlu melepasi ketiga-tiga peringkat syarat lantikan yang telah ditetapkan.
Kami merasakan alasan tersebut yang sangat remeh, kerana sudah tentulah kami akan dan sentiasa sangat-sangat bersedia mengikuti apa sahaja syarat lantikan PTD sebagaimana yang disepatutnya. Cuma, kami berharap pengalaman sebagai PTD Kontrak dalam tempoh tiga tahun itu diambil kira, yang mungkin boleh dijadikan asas untuk mengecualikan syarat lantikan sebagai PTD."

woi ko ni ptd bahlol ke.. tak paham ke term kontrak.. apa kes pulak ko nak pengecualian tiga tahap kelayakan menjadi ptd.. kalau skim lain ptd boleh tindas dan tamatkan kontrak apa pulak keistimewaan puak2 ko nak diserap tetap sedangkan ko gagal ujian dan saringan pac.. memang ptd hari ini dah bahlol dan bodoh.. kalau jpa tunduk pada tekanan ptd bahlol ni.. skim-skim lain dalam perkhidmatan awam akan memberontak dan berpiket menentang ptd..

Anonymous said...

hahaha.. bila dah diserap tetap mulalah mendakwa diri tu hebat, terbaik, cream of the cream, tulang belakang kepada pembangunan negara dan berlagak sombong.. lepas tu rancang dan laksana dasar-dasar yang ntah apa2 dan bodoh macam ptd ni.. lepas tu habis jawatan-jawatan utama diorang datang dan sapu.. skim lain yang dah lama dan masuk melalui tapisan dan saringan spa diketepikan begitu sahaja.. dasar ptd yakjuj dan makjuj..

Anonymous said...

"Untuk pengetahuan, kami telah pun berkhidmat dengan kerajaan hampir 3 tahun, dan amat menyedihkan ada diantara kami (PTD Kontrak) telah pun ditamatkan kontrak oleh SPA malah boleh dikatakan rata-rata kini telah tamat kontrak dan bergelut dengan perjuangan mencari pekerjaan baru di luar sana."

macam nak pecah perut aku baca beb.. bukankah ptd tu selalu mendakwa bahawa mereka hebat dan bijak serta berkebolehan dalam segenap aspek.. yang ko bergelut dengan perjuangan mencari pekerjaan baru tu apasal pulak.. kalau dah hebat sangat ko takkan bergelut mencari pekerjaan... hahahaha dah terkena ke muka PTD balik.. padan muka... woi skim perkhidmatan lain takkan kesian dengan ptd yang dah berpuluh tahun menindas skim lain dalam perkhidmatan awam..

Anonymous said...

"Sesekali pedih terasa dihati, segala apa yang telah nyatakan oleh PM dan TPM tidak diendahkan oleh pihak-pihak tertentu kerana sehingga kini rayuan, ihsan dan keprihatinan yang kami pohon dari pelbagai pihak tidak dipedulikan bahkan semua pihak membisu diam seribu bahasa. Malah lebih mendukacitakan, apabila pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tetap dengan keputusan tidak akan melantik kami secara tetap dengan alasan kami perlu melepasi ketiga-tiga peringkat syarat lantikan yang telah ditetapkan.
Kami merasakan alasan tersebut yang sangat remeh..."

kahkahkah.. cuba ko tanya kat ptd bertaraf dr ni.. dia setuju tak ptd kontrak diserap tetap sedangkan mereka gagal ujian dan tapisan sebagi ptd...

Anonymous said...

alasan yang sangat remeh.. woi ko ingat ko ptd kontrak ko boleh break the rule.. apa sangat keistimewaan ko sampai ko nak pengecualian sedangkan ko gagal tapisan kemasukan ptd..

Anonymous said...

kalau isu ptd, ramai gila yang komen x puas hati ngan ptd... kesian gak ptd ni dihina sedemikian rupa.. tapi saya rasa memang patut pun mereka ni dihina atas kerja-kerja durjana mereka menindas penjawat2 awam sejak sekian lamanya.. baru sekarang P.A di malaysia ni bersatu dan berani bersuara...

Anonymous said...

korang komen banyak2 pun akhirnya kena delete juga oleh dr ptd yang pengecut.. dia hanya mahu orang membaca tulisan mindanya tetapi takut membaca dan menyampaikan minda majoriti rakyat malaysia yang memberi komen di ruangan ini..

Anonymous said...

isu PTD nampaknya menjadi isu hangat juga. Kehangatannya agak lebih dari kehangatan politik apabila majoriti penjawat awam bersatu menyuarakan ketidak puasan hati dan kebencian terhadap PTD yang selama ini menindas penjawat awam. Kalau kita kaji, kita boleh mengambil sikap ‘conclusive’ yang sesuatu perundingan dan persetujuan di antara dua pihak untuk melakukan perkara yang tidak baik dan kotor akhirnya akan terbongkar juga, walaupun sesulit mana pun rundingan itu di buat. Bermuafakat untuk kerja yang tidak baik akhirnya pasti akan terbongkar. kerja-kerja durjana PTd selama ini sudah terbongkar dan majoriti penjawat awam hilang keyakinan dan tidak lagi percaya kepada PTD..