Search This Blog

Thursday, January 17, 2013

DOA BUAT ISLAM MALAYSIA


  1. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kami memohon petunjukMu atas 99 nama yang Engkau khabarkan kepada kami juga dengan nama-namaMu yang lain yang Engkau rahsiakan kepada seluruh makhlukMu.
  2. Ya Malik, Ya Qudus, Ya Mukmin, Kau rahmatilah seluruh Umat Islam di Malaysia khususnya yang sedang dilanda pepecahan ini. Kau kembalikanlah zatMu ke atas seluruh kami semoga kami hidup sejahtera sebagai sebuah keluarga yang bernaung benar-benar di bawah kuasaMu Ya Allah.
  3. Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar, ketika ini ada musuh-musuh kami yang menghina namaMu, menghina agamaMu, menghina kitabMu, kami memohon kepadaMu Ya Allah, Kau tunjukkanlah kebenaranMu kepada golongan ini. Kau tunjukkanlah kuasaMu ke atas golongan ini. Semoga kuasa dan kebenaranMu mampu membuatkan penghina-penghina Islam di Malaysia mendapat balasanMu di dunia dan di akhirat.
  4. Ya Mutakabir, Ya Khaliq, Ya Bari, sesungguhnya Kau yang mencipta segalanya di alam ini. Kau ciptakanlah bala yang amat pedih kepada penghina agamaMu, kepada penghina namaMu, dan kepada penghina QuranMu. Semoga dengan balaMu, Ya Allah, Islam akan terus terpelihara dan subur dan bumi Malaysia yang bertuah ini.
  5. Ya Musawwir, Ya Qahhar, sesungguhnya telah ada umatMu di negara ini yang telah mempergunakan agamaMu dan namaMu untuk mencari keuntungan dunia. Kau berikanlah hidayah dan petunjuk yang jelas kepada golongan ini. Semoga petunjukMu yang jelas akan menghilangkan segala kekeliruan umat Islam di negara yang kami cintai ini.
  6. Ya Alim, Ya Qabidh, berilah petunjuk kepada kami untuk membuat pemilihan yang tepat dalam menentukan pemerintahan bumi mulia ini. Kau bukalah hati dan fikiran kami supaya pilihan kami adalah pilihan yang tepat. Pilihan yang dapat meneruskan kesinambungan kegemilangan Islam di bumi barakah ini.
  7. Ya Rafi', Ya Mu'izz, kau angkatlah darjat pemimpin sebenar di Malaysia. Pemimpin yang ikhlas untuk menjadi pemimpin kepada kami. Pemimpin yang akan membawa rahmat dan keberkatanMu. Pemimpin yang adil dan bijak dalam menguruskan bumi bertuah ini.
  8. Ya Muzil, kau berikanlah penghinaanMu kepada pemimpin yang berpura-pura. Pemimpin yang hanya berjuang untuk membawa agenda peribadi. Pemimpin yang akan menggadaikan apa sahaja untuk mendapatkan kemenangan dunia. Sesungguhnya, penghinaanMu akan memerdekakan kami daripada semua kekeliruan ini.
  9. Ya Allah, selamatkan kami di dunia dan akhirat. Selamatkanlah kami dari azab api nerakaMu. Teduhkanlah kami di Padang Mahsyar. Selamatkan kami ketika meniti titian SiratulMustaqim. Tempatkanlah kami di syurgaMu bersama orang-orang yang beriman.
  10. Amin Ya Allah. Amin Ya Rahman. Amin Ya Rahim.

No comments: