Search This Blog

Thursday, March 21, 2013

EVOLUSI PARTI ISLAM 6


  1. "Ribuan ahli PAS sedang bingung dengan perubahan sikap pemimpin mereka. Bagaimanapun ada sesuatu yang menghalang mereka dari membuat teguran. Majoriti ahli PAS berpegang kepada daripada mendatangkan mudarat yang besar, biar kekal mudarat yang kecil. Oleh itu diam, tutup mulut. Kalau bising-bising dekat luar, jadilah nasib seperti Dato' Dr. Hasan Ali yang dihumban keluar dari tingkap PAS." (CN Al-Afghani, Kafirkah Aku? M/s 3).
  2. Apa yang dimaksudkan tentang perubahan sikap pemimpin mereka adalah jalinan kerjasama rapat di antara pemimpin PAS dengan DAP dan PKR. Sehingga penasihat utama parti pemyambut hari jadi di rumah penentang Islam tegar. 
  3. Jalinan kerjasama ini sebenarnya membunuh asas dan kebenaran perjuangan Islam dalam parti. Islam telah berubah-ubah. Diubah kepada kebajikan. Kemudian diubah lagi kepada menyokong perlembagaan. Esok mungkin diubah lagi menjadi apa-apa lagi. Hilang Islam yang sebenar dalam perjuangan.
  4. Teguran menjadi dosa besar dalam parti Hasan Ali, Ustaz Nasa, CN Al-Afghani sendiri dan ramai nama-nama besar lain digantikan dengan nama-nama lain seperti Abby Abadi, Aishah, Hairy Othman, dan Bok Lokman. Darjat golongan ini diangkat lebih tinggi daripada darjat Ulamak yang mahu terus menegakkan Islam dalam perjuangan parti.
  5. Kebajikan itu sebenarnya terlalu besar. GRO juga memerlukan kebajikan. Kaki botol, kaki judi, kaki betina, kaki kelab, dan LGBT amat memerlukan kebajikan. Kebajikan mengikut kacamata dan ukuran mereka. Lantas, kebajikan diacuankan mengikut gabungan parti paling dominan dalam PR iaitu DAP.
  6. Apa pula kebajikan yang Umat Islam dapat? Tidak ada. Masjid gagal ditambah. Universiti Islam porak poranda. Pentadbiran masjid dan surau kacau bilau. Itu agenda siapa? Mengapa parti ini diam dan gagal membetulkan semua ini?
  7. Maka frasa biar kekal mudarat kecil memang benar-benar berlaku dalam parti ini. Mudarat kecil terus terkumpul. Terkumpul dan terus terkumpul. Hasilnya kesan mudarat kecil itu telah 100 kali ganda daripada satu mudarat besar. Mengapa masih diam?
  8. Apabila ada cerita yang parti ini akan keluar dari PR, beribu pengikut PAS bersyukur. Malah ada yang buat Solat Sunat dan Sujud Syukur. Itu sebenarnya berita palsu di twitter dan facebook. Cepat-cepat pemimpin parti menafikannya. Mana ada kebenaran mendengar suara akar umbi?
  9. Pemimpin parti sebenarnya tidak langsung mengambil tahu pendapat akar umbi. Pandangan, persepsi, pendapat, dan perasaan akar umbi dipandang sepi. Pemimpin terus leka dalam angan-angan kemenangan dan menawan Putrajaya. 
  10. Maka saya jangkakan, kemenangan nanti akan menambah parah kepada akar umbi. Akar umbi akan terus menjadi 'melukut di tepi gantang'. Sokongan padu yang akar umbi berikan akan dibalas dengan nilai 'kebajikan yang salah ukurannya.' ADIOSSSS

No comments: