Search This Blog

Sunday, May 5, 2013

MAKNA KEPUTUSAN PRU13; SIRI 2


  1. BN menang di 133 Parlimen, dan 275 DUN. Rakyat Johor, Sabah, dan Sarawak masih mempercayai sepenuhnya sumbangan dan pemerintahan BN. Negeri-negeri lain yang semakin maju khususnya Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Pulau Pinang, mula menolak BN sepenuhnya kerana rakyat di negeri-negeri ini telah muak dengan pembangunan.
  2. Kelantan danTerengganu pula merasakan BN adalah anti Islam. Kerana itu, rata-rata penduduk di negeri tersebut menolak kakafiran yang mereka rasakan ada pada UMNO dan BN. Sebenarnya orang Kelantan dan Terenagganu menolak BN.
  3. PAS hanya menang 21 kerusi Parlimen dan 85 kerusi DUN. Kelantan dan Terengganu menjadi penyumbang utama kepada PAS. Alasannya sama dengan Per. 2. Bagi negeri-negeri di mana Masjid tidak dibenarkan berpolitik, PAS tewas sepenuhnya. 
  4. Bagi DUN, Kelantan, Terengganu, dan Selangor menjadi penyumbang utama kepada PAS. Yang menariknya, semua tokoh utama PAS terkorban dalam PRU13. Namun, tiga negeri ini akan menjadi sumber kewangan utama PAS untuk masa hadapan.
  5. PKR menang 30 Parlimen dan 49 DUN. Kemerosotan yang mendadak. Kekuatan PKR nampak terserlah di Selangor. Ini kerana di Selangor penduduknya boleh menerima apa sahaja bentuk kemajuan dan pemodenan sama ada dari segi fizikal, akhlak, perubahan porla norma kehidupan dan seribu macam perkara pelik lain. Jika bukan kerana Selangor, PKR pasti akan berkubur dalam masa 2 tahun lagi.
  6. DAP sangat cemerlang. Tahniah kepada seluruh bangsa Cina yang bersatu hati memberikan undi kepada DAP tanpa rasa ragu-ragu. DAP menyapu bersih semua kawasan yang majoriti penduduknya Cina.
  7. DAP menang 38 Parlimen dan 98 DUN. Maka dengan rasminya DAP menjadi kuasa kedua politik di Malaysia. Kuasa yang akan membawa semua tekanan kepada Kerajaan BN. Amat mustahil PAS dan PKR menjentik DAP dalam sebarang keputusan.
  8. Tanpa mengira negeri, di mana sahaja ada ramai Cina, DAP akan bertanding. Letak sahaja calon Cina. Pasti menang. Isunya saya sendiri tidak pasti. Yang pasti melalui porla kemenangan saya merasakan mungkin DAP menggunakan ikatan 'UNDI CINA UNTUK CINA'.
  9. DAP akan menjadi Ketua Pembangkang di 8 negeri dan akan memerintah di 2 negeri. Dalam maksud lain, suara DAP akan menggegarkan 10 buah negeri. Hebat DAP. Tahniah kepada semua orang yang memilih untuk mengundi DAP sama ada secara langsung atau tidak langsung.
  10. Namun saya rasakan DAP akan tetap melantik Melayu sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen atau DUN. DAP akan memperkudakan seramai mana Melayu asal sahaja keuntungan diperolehi oleh mereka. Saya percaya DAP yakin untuk memerintah Malaysia selepas PRU 15 nanti. ADIOSSSS

No comments: