Search This Blog

Sunday, June 14, 2015

RAMADAN 2015


  1. Biasanya sepanjang Ramadan saya akan menulis cerpen bersiri yang berteraskan masyarakat Islam di Malaysia. Saya akan memberhentikan semua penulisan saya yang lain.
  2. Untuk tahun 2015, saya juga akan mengulang perkara yang sama. Maka secara automatiknya saya akan memberhentikan penulisan saya mengenai RMK-11.
  3. Untuk tahun-tahun yang lalu saya telah menulis beberapa siri cerpen. Antaranya ialah Pak Imam Gilakan Syurga. Kesemua tulisan saya sebenarnya adalah berdasarkan pengalaman saya yang secara langsung masuk ke dalam masyarakat.
  4. Untuk tahun 2015, saya akan meluaskan skop cerpen saya. cerpen pada tahun ini akan bercerita mengenai seorang pemimpin yang sangat rapat di minda kita.
  5. Saya percaya dunia hari ini telah mewujudkan masyarakat yang membenci kerajaan. Siapa juga yang menjadi kerajaan akan dibenci oleh masyarakat.
  6. Walaupun bukan semuanya begitu, namun kebanyakkan masyarakat membenci kerajaan. sebabnya mereka akan cari, atau akan cipta, atau akan rika. Yang penting jika mereka benci kerajaan, mereka juga mahu orang lain membenci kerajaan.
  7. Yang lebih ekstream akan merakasakan diri mereka hero jika mereka membenci kerajaan. Kemudahan media baru menyesakkan lagi fenomena ini. Kritik lebih berpusat daripada mencari salah. Bukan lagi membina, sebaliknya meruntuhkan agama, bangsa dan negara.
  8. Platform untuk mencari salah akan menghalalkan semua perkara. Ada yang guna agama. Ada yang guna bangsa. Ada yang guna hak bersuara. Ada yang guna pengalaman lama. Nyatanya, tidak seorangpun menggunakan hak berfikir.
  9. Maka untuk tahun ini, siri cerpen saya bertajuk..POLYTIKUS BERKOPIAH USANG. Satu kritik sosial yang akan menemui pembaca mulai 16 Jun 2015. 
  10. Saya ucapkan selamat berpuasa. Semoga Ramadan tahun ini akan menyebabkan kopiah usang kita diguna semula.

No comments: