Hari ini (Rabu, 13 Feb. 2008) Parlimen Malaysia dibubarkan atas perkenan Yang Dipertuan Agong. Hampir semua orang tahu Pak Lah akan memilih tarikh ini walaupun beliau cuba menafikannya. Isu siapa menang pilihanraya bukanlah satu isu besar. Dengan kemakmuran, kemantapan ekonomi, kestabilan politik, dan kemewahan negara, BN pasti dengan mudah mendapat undi majoriti 2/3. Yang lebih menarik, ialah muka baru yang sedang meningkat naik, KJ. Persoalannya di mana KJ akan diletakkan, atau di mana KJ memilih untuk menghilangkan wang pertaruhan lawannya. Di bawah ini disertakan Parlimen yang paling disebut-sebut akan dipilih KJ iaitu: A. Rembau B. Putrajaya C. Shah Alam D. Seputeh Sekiranya para blogger bersetuju, sila sertakan komen anda dalam blog ini. Analisa akan dibuat sebaik sahaja penamaan calon diumumkan. Selamat mengundi. Dr. Zainal |
Search This Blog
Wednesday, February 13, 2008
Di mana KJ bertanding?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment