Search This Blog

Tuesday, July 15, 2008

DEBAT HARI INI MEMERINTAH, ESOK MINYAK TURUN - SATU ULASAN

Saya amat tertarik dengan debat di antara Penasihat PKR dengan Menteri Penerangan Malaysia. Saya percaya sekurang-kurangnya 75% rakyat Malaysia menonton debat tersebut. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan debat tersebut. Paling utama debat tersebut telah berjaya dikawal oleh Oleh Johan Jaafar dengan begitu baik. Saya juga percaya semua yang menonton debat tersebut telah menentukan pemenang masing-masing.

Yang menarik perkatian saya ialah kedua-dua pendebat cuba mempertahankan hujah mereka untuk mengelak inflasi. Apa itu inflasi? Secara mudahnya inflasi terjadi disebabkan permintaan melebihi penawaran. Dalam erti kata lain, jika rakyat sesebuah negara mempunyai lebihan wang yang banyak, maka harga barangan akan meningkat disebabkab pola pembelian yang tidak dapat dikawal. Ahli ekonomi bersetuju bahawa punca utama inflasi adalah pertumbuhan yang tinggi dalam pengaliran wang (high growth of money supply). Ini bererti, inflasi akan menyebabkan pendapatan perkapita rakyat meningkat dan dalam masa yang sama menurunkan kuasa beli rakyat.

Hanya ada 6 penyebab inflasi iaitu indeks harga pengguna (IPc), indeks harga pengeluar (IPp), indeks kos sara hidup (ISh), indeks harga komoditi(IHk), KDNK diflator (KDNK), dan Indeks harga barangan asas (terutamanya minyak ). Secara akademiknya, harga minyak yang rendah menyumbang 7% kepada kadar inflasi negara dan harga minyak yang tinggi akan menyumbang 100% kepada pertumbuhan kadar inflasi negara. Alasan saya mudah, daripada 6 faktor penyumbang tersebut, jika harga minyak turun, faktor lain tidak akan meningkat. Sebaliknya jika harga minyak meningkat mendadak, lima faktor lain akan meningkat. Keadaan ini akan meningkatkan inflasi secara mendadak. Jadual di bawah menunjukkan hubungan tersebut.

Harga Minyak

Turun

Naik Mendadak

IPc

Kekal

Naik mendadak

IPp

Kekal

Naik mendadak

ISh

Kekal

Naik mendadak

ISk

Turun

Naik mendadak

KDNK

Naik

Turun mendadak

Inferen

Kekal

Naik mendadak


Kesimpulannya inflasi ini disebabkan oleh pengguna iaitu rakyat dan pengusaha. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengawal inflasi. Maka, adalah menjadi satu kesalahan besar kepada kerajaan jika menjadi penyebab inflasi dan meminta rakyat mengawal inflasi. Ini disebabkan di Malaysia kerajaan adalah 1 dan rakyat ada 28 juta. Jadi kerajaan wajib menjadi pembuat keputusan...keputusan tersebut hendaklah bijak....

Dalam bahagian kedua artikel ini akan menyentuh cara berkesan mengawal inflasi di Malaysia. Saya menjemput pembaca yang budiman untuk mengemukakan komen anda...

No comments: