Search This Blog

Sunday, July 6, 2008

MANFAAT DARIPADA KENAIKKAN HARGA MINYAK

Saya percaya ramai rakyat Malaysia begitu marah ketika kerajaan BN menaikkan harga minyak pada tahap yang boleh dikatakan 'gila babi'. Dalam rancangan Hujah di TV9 nyata YB Sri Gading gagal menandingi kehebatan YB Mahfuz dalam mengemukakan hujah-hujah yang bernas. Begitu juga pertemuan di antara YB Sallehuddin dan YB Sahrir, nyata wakil-wakil BN terpukul "KO" paling tidakpun 'TKO'. Cuma YB Sabery melalui TV1 ternyata menunjukkan kematangan dan tahap kecerdikan yang tinggi ketika mempertahankan hujah BN.

Saya juga begitu marah dengan kenaikkan harga petrol ini. Marah itu berkisar pada harga negara pengeluar yang tidak munasabah. Kemudian marah itu bertukar kepada masa kenaikkan yang seolah-olah menipu rakyat. Namun kini, saya mula merasa faedah daripada kenaikkan harga petrol tersebut. Jalanraya mula tidak sesibuk dulu. Malah kenderaan yang dulunya meluncur laju di lebuhraya kini telah bergerak mematuhi had laju. Akhbar perdana pula telah kurang melaporkan kes-kes kemalangan maut. Jika sebelum ini, Lebuhraya Seremban -KL mencatatkan hampir 2 kemalangan setiap hari, kini bilangan kemalangan hanya 2 selepas harga petrol dinaikkan hingga ke tarikh ini. Bukankan ini satu rahmat. Wang hilang nilainya jika dibandingkan dengan jumlah nyawa yang dikorbankan di jalanraya.

Memetik kata YB Sabery, BN tidak memilih populariti, sebaliknya memilih untuk bertanggungjawab. Berdasarkan keputusan PRU12, BN sememangnya tidak lagi popular. Adalah satu tindakan yang tepat untuk tidak mengejar populariti. Sebaliknya tindakan untuk melaksanakan tanggungjawab adalah satu tindakan yang paling wajar. Untuk melaksanakan tanggungjawab, BN tidak memerlukan tarikh perlaksaan yang tertentu. Sebagai pemerintah, BN sebenarnya tahu bila tanggungjawab itu perlu dilaksanakan. Maka saya amat bersetuju dengan YB Sabery, dikala penguasaan kerusi hilang hampir 40%, BN perlu menjadi sebuah parti yang penuh bertanggungjawab sebagai pelaburan penting dalam PRU13.

Rakyat hari ini telah menerima hakikat bahawa harga minyak tidak akan turun. Langkah yang paling berkesan adalah mengubah cara hidup. Dan kita lihat, memang cara hidup rakyat Malaysia mula berubah. Segala akan mengambilkira kesan kos dan penjimatan. Kita bukan lagi menjadi pembeli yang sembrono, sebaliknya pola pembelian rakyat Malaysia mula ke arah pembelian berhemah mengikut keperluan. Kadeah dan amalan pembelian ini sebenarnya telah diamalkan oleh masyarakat Jepun selepas bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Hasilnya, Jepun menjadi antara kuasa ekonomi dunia yang unggul ketika ini. Tidak mustahil, jika amalan ini terus dilaksanakan, Malaysia akan menjadi KUASA PERDAGANGAN DUNIA PADA 2020. Pada saya, perubahan ini adalah hasil daripada perlaksaan tanggungjawab BN yang ikhlas dalam mentadbir Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia.

Justeru saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada PM dan Keseluruhan barisan kabinet yang telah berjaya mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap methodologi berbelanja. Saya juga menyokong Cabaran Perdebatan YB Sabery kepada DSAI. Jika tiada yang berani menjadi moderator, saya menawarkan diri saya sebagai moderator perdebatan tersebut. Jika DSAI benar-benar ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat Malaysia, saya juga turut mencabar beliau untuk menyahut cabaran tersebut. Jika tidak, saya simpulkan Perjuangan DSAI adalah bersifat peribadi. Percayalah perjuangan peribadi akan gagal juga akhirnya.

Bagaimana pula pendapat anda???????

No comments: