Search This Blog

Monday, November 9, 2009

TAHNIAH NEGERI SEMBILAN

Menjadi juara Piala Malaysia bukanlah mudah. Gelaran ini menjadi idaman setiap pasukan negeri. Setelah tiga kali mencuba dalam masa 9 tahun, Negeri Sembilan akhirnya menjadi juara juga. Perlawanan akhir selalunya tidak cantik. Begitu juga perlawanan antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Tidak cantik. Malah tidak cantik langsung. Namun, tidak ada seorang penontonpun yang mahu melihat permainan yang cantik, sebaliknya 85 ribu penonton mahu melihat jaringan gol. Negeri Sembilan menjaringkan tiga gol, sementara Kelantan hanya satu. Maka, Juaralah Negeri Sembilan, sementara Kelantan walaupun kalah, tetapi masih lagi menjadi Naib Juara.

Namun, naib juara tidak memadai buat penyokong SERAMBI MEKAH yang ditarbiyahkan oleh TOK GURU yang kononnya terus ke syurga. Antara onar yang dilakukan oleh penduduk SERAMBI MEKAH ialah:
1. Membakar mercun (tradisi DAP menghalau hantu)
2. Membaling botol air ke padang (tradisi PKR dalam PRK)
3. Membakar kain rentang ( tradisi PAS terhadap UMNO)
4. Membakar kerusi ( tradisi PR Perak kehilangan kuasa)
5. Merobohkan pagar stadium ( tradisi Kelantan tulen)
6. Membaling mercun kepada penyokong NS di LRT ( tradisi PR terkini)
7. Membaling air kencing kepada penyokong NS ( tradisi syaitan)
8. Merompak duit penyokong NS di kawasan TPM ( tradisi iblis)
9. Membanjirkan tandas awam ( tradisi jahiliah)
10. Menjual tiket di pasaran gelap (tradisi kapitalis)
11. Memenuhkan surau ketika solat (heran sembahyang tp syaitan)
12. Macam-macam lagilah, maklumkan orang KELANTAN

Tapi sebenarnya bukan penyokong Kelantan sahaja yang bersalah. Golongan yang turut bersalah adalah:
1. Penyokong NS kerana terlalu berdisiplin
2. Pepimpin Kelantan kerana gagal mendisiplinkan rakyatnya
3. Halim Napi kerana melepaskan 3 gol
4. Inderaputra kerana hanya menjaringkan satu gol
5. KSN kerana takut untuk memeriksa penyokong Kelantan
6. Polis kerana lembab dan penakut untuk menangkap penyokong Kelantan yang salah
7. FAM kerana tak boleh disalahkan langsung
8. KASTAM kerana membiarkan mercun diseludup
9. Piala Malaysia kerana merebutkan piala itulah Kelantan banjir onar

Untuk mengatasi perkara seperti ini berulang adalah dicadangkan:
1. Tiada sebarang perlawanan Liga, Piala FA, dan Piala Malaysia dijalankan di Kelantan
2. Tiada seorangpun penyokong Kelantan dibenarkan masuk stadium sepanjang musim depan
3. Kelantan harus segera ditadbir oleh BN
4. FAM harus memperketatkan keselamatan perlawanan akhir
5. KAFA tidak sepatutnya didenda, sebaliknya penyokong yang bersalah
6. Jangan letakkan anggota polis, sebaliknya tentera. Polis penakut sangat.
7. Jangan letakkan anggota polis, sebaliknya tentera. Polis penakut sangat.

Cuba-cuba fikirkan....

No comments: