Search This Blog

Friday, December 18, 2009

TAHNIAH PINGAT EMAS BOLASEPAK SUKAN SEA 2009

1. Agak membimbangkan bila kita melihat Malaysia cuma mampu dapat 40 emas di Laos.
2. Namun emas ke-40 nilainya terlalu tinggi. Emas itu datangnya dari bolasepak setelah menunggu selama 20 tahun.
3. Bolasepak sukan yang menjadi mangsa belasahan seluruh masyarakat Malaysia. Dihina, dikritik, diherdik, dicaci.....namun akhirnya dipuji jua.
4. Dipuji kerana kehebatan penjaga gol...Sarbini Alawee yang terbang menepis tandukan yang jika gagal pasti Malaysia ketinggalan 1-0. Lu hebatlah Sarbini.....respect untuk Sarbini.
4. Kehebatan dan ketengan suami Rita dibahagian pertahanan memang mengkagumkan. Lebih hebat dari Bung Mokhtar Raden memikat siputih tembam yang gebu yang menjadi idaman seluruh Dato' 50an....termasuk aku...pehhhhhh
5. Kehebatan Tuan Gurusamy mengemudi barisan tengah...lebih hebat dari Tuan Guru Nik Aziz mengelecek para pemimpin kecil dan sederhana PAS isu menantu dan tajaan haji... Vanakkam Tuan Guru.
6. Kelincahan pacaran Ayu Raudah yang masuk sekejap saja dah membuatkan Vietnam mencicit-cicit macam kejar anjing dan kucing di Senawang. Selamat tahun baru hijrah untuk lu....
7. Keseluruhannya semua hebat....menang di tempat orang. Dua tahun lagi Piala Asia kita angkut...pastu dalam 10 tahun lagi....kita main kat Piala Dunia kot. Insyaallah saya hidup lagi.
8. Harap pengkritik jangan patah hati.....terus kritik...kerana kritik itu sebenarnya rezeki dan rahmat Allah untuk penduduk bumi lindungan Ar-Rahman ini.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Hidup Bolasepak....Hidup semangat rakyat Malaysia

No comments: