Search This Blog

Friday, December 18, 2009

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

Selamat tahun baru Hijrah saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang Islam serta yang bukan Islam umumnya semoga kita terus berjaya dalam apa jua yang kita ceburi. Ucapan khusus ditujukan kepada senarai berikut dengan harapan:
1. PM Najib Tun Razak - moga mampu menang dalam PRU depan. Biar PR terpadam dari sejarah Malaysia.
2. TPM - moga terus memartabatkan KPM di mata dunia. Biar guru-guru di Malaysia yang selama ini dok mintak itu dan ini lebih ikhlas berjuang untuk rakyat dan anak-anak kita.
3. Khairi Jamaluddin - Moga dapat menjadi ketua pemuda dalam pemilihan yang berikutnya. Jaga Nori elok-elok...insyaallah akan memperoleh kemenangan.
4. KSN - jangan la sambung kontrak lagi. Bagi la laluan untuk orang lain. Llama-lama jadi KSN pun idea karat nanti.
5. Anwar Ibrahim - moga tahun baru hijrah ini menginsafkan saudara, biarlah tak jadi PM pun asal saja negara ini aman dan makmur. Ya Allah kau limpahkanlah kesedaran kepada hambamu ini. Moga pintu taubatnya terbuka untuk dia sama-sama menghuni syurga bersama orang-orang yang beriman. AMIN
6. Nik Aziz - letaklah jawatan. Tuan Guru dah tua. Bagi la kat yang muda-muda. Cukup-cukuplah gunakan Islam tu.....saya merayu Tuan Guru meletak jawatan demi kepentingan umat Islam Malaysia. UMNO dah tukar Presiden dua kali.....Tuan Guru dok keras kat atas tu nok buak gapo....
7. Hadi Awang- Moga sihat, panjang umur dan terus berjaya. Moga Dato' mampu menyatukan UMNO dan PAS.
8. MELAYU DALAM DAP - moga sedar perjuangan anda sia-sia.
9. MELAYU DALAM KEADILAN - moga dianugerahkan kecerdikan agar dapat melihat yang mana kaca, yang mana permata...keluarlah dan sertailah PAS atau UMNO sahaja.
10. Tok Mat Hasan - moga diberi Allah pengikut yang setia, pengikut yang berkomitmen, pengikut yang bijak, dan pengikut yang berjuang demi Islam dan Melayu.
11. Tok Zambry - moga terus diberi kekuatan mentadbir negeri yang porak kacau bilau politiknya. Ramai orang sayang negeri Perak ni Tok.
12. Nizar - moga para doktor dapat menghasilkan pil yang boleh merawat penyakit gila kuasa ini dan terus memaksa Nizar menelan sebotol...kalau tak sembuh terus golllll
13. Ngeh&Kor - Moga rakyat Perak menolak pemimpin seperti ini bukan sahaja dalam arena politik malah dalam semua bidang dan cabang kehidupan.
14. Isteri saya - moga cinta kita dan kebahagian kita terus kekal abadi.
15. Anak-anak saya - moga akan memperoleh kejayaan dalam SPM dan PMR 2010 dan semoga Allah menjadikan anak-anak Abah orang yang beriman, bertakwa dan berjaya di dunia dan akhirat.
16. Abang Iparku Amai - moga kau tak lupakan anak-anak kau (Nana/Faan/Kili) walaupun kau dan beristeri baru setelah kau ceraikan isterikau dan kau tinggalkan anak isteri kau lima tahun tanpa khabar berita...dan pasti mereka menderita.
17. Adik Ipar Nazri - moga kau tak takut bini lagi. Aku tahu bini kau gemok dan besar. Tapi kau kan suami. Walaupun aku pernah tengok dia lempang kau....tapi aku kesal kau tak lawan tapi hanya menangis saja. Orang kampung tolonglah tengok-tengok adik iparku ini dari terus didera oleh bini gemoknya itu.
18. Seluruh raykat Malaysia, sekali lagi

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

No comments: