1. Malam ini saya cuba untuk membaca blog Namewee. Sayangnya blog tersebut ditulis dalam bahasa Cina. Nyata sekali blog tersebut tidak ditujukan kepada orang Malaysia, sebaliknya hanya kepada orang Cina atas tujuan tertentu.
2. Pada saya Namewee seorang yang keliru. Saya tidak pernah menyalahkan beliau. Kerana beliau sebenarnya tidak bersalah. Yang bersalah dalam soal ini adalah para pendidik sekolah SJKC yang mendidik Namewee dan sekalian banyak murid-murid yang sama sedekian rupa.
3. Kerana itu produk dari sekolah sebigini tidak merasakan 'MEREKA SEBAHAGIAN DARIPADA MALAYSIA' sebaliknya merasakan 'MALAYSIA SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA'.
4. Kalau kita fikirkan dengan lebih mendalam para pendidik di SJKC hanya menjalankan amanah sahaja. Amanah tersebut diberikan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Jadi yang bersalah adalah siapa dalam soal ini? Namewee, Guru-guru SJKC, atau Pemimpin-pemimpin Cina? Harap ada orang yang sudi beri jawapan.
5. Kalau anda pergi kepada seseorang seperti Namewee dan tanyakan soalan berikut:-
a. Bacakan rukun negara Malaysia.
b. Nyanyikan lagu negaraku.
c. Bila Malaysia merdeka.
d. Siapa nama Perdana Menteri sekarang.
e. Siapakah Menteri Besar anda sekarang.
Agak-agak anda apakah mereka dapat menjawab semua soalan tersebut!
6. Saya beri satu situasi. Sambutan kemerdekaan. Kenapa dua tiga tahun kebelakangan ini sambutan kemerdekaan menjadi hambar? Jawapannya mudah, kerana sambutan kemerdekaan dalam tahun-tahun kebelakangan ini jatuh pada bulan Ramadhan. Maka orang Melayu tidak begitu bersemangat meraikan perayaan ini berbanding membuat persediaan berbuka dan menyambut Aidilfitri. Ini membuktikan semangat kemerdekaan ini hanya dirasai oleh orang-orang Melayu. Hanya diraikan oleh orang-orang Melayu.
7. Bangsa lain sebenarnya ada sebab yang kuat untuk tidak merayakan dan menghayati kemerdekaan ini. Mereka sebenarnya tidak pernah dijajah. Mereka sebenarnya dibawa masuk oleh penjajah. Dalam erti kata lain, tidak ada bezanya antara 'YANG MEMBAWA DAN YANG DIBAWA'. Soalan lanjutan, apakah ada bezanya pesakit AIDS dengan pembawa HIV positif. Jawab sendirilah.
8. Gesaan. Saya rasa saya tak perlu menggesa apa-apa sama ada kepada kerajaan ataupun Namewee. Saya tidak mempunyai kuasa untuk menggesa. Sebabnya mudah, saya orang Melayu. Saya bangsa yang pernah dijajah. Bangsa saya sendiripun tidak mahu mendengar gesaan saya. Jadi, saya hanya menulis di blog ini. Semoga ada orang membacanya.
9. Sabar. Saya memang boleh bersabar. Tetapi apakah kesabaran saya ini berbaloi. Atau sekadar menjadi tunggul dalam negara sendiri. Atau juga apakah orang-orang Melayu lain boleh bersabar. Yang kelihatan sekarang, pemimpin Melayu hari ini kuat benar sabarnya. Bila pemimpin kita bersabar, kitapun bersabarlah.
10. Saya suka menulis 10 perkara. Namun kali ini tiada apa yang hendak saya tulis di perkara 10 ini. Jadi saya ucapkan terima kasih kerana anda telah membaca blog saya. Semoga anda semua berfikir.
No comments:
Post a Comment