Search This Blog

Monday, February 7, 2011

MENGUNDI - SATU PENILAIAN SEMULA

PRU13. Ramai yang tertanya-tanya bilakah PRU13 akan diadakan. Keputusan PRK dewasa ini begitu memihak kepada BN. Malah gelombang PRK yang diwujudkan oleh PR diteruskan atas kehendak Alam. Di peringkat awal PRK memihak kepada PR, namun di pusingan akhir ini, PRK memihak kepada BN, malah PR ditinggal jauh ke belakang. Umum tahu kekuatan BN dan PR. Umum juga tahu kelemahan PR dan BN. Persoalannya ialah apakah yang kita rasa kita tahu itu fakta sebenar, atau mungkin fakta yang berputar-putar pada satu titik yang kita panggil "UMPAN" untuk mendapat undi. Maka kita perlu menghargai kuasa UNDI yang diberikan kepada kita itu, agar harga undian kita tidak jatuh mendadak.

Kekuatan BN adalah pada rekod perkhidmatan yang cemerlang. BN dikenali sebagai kuasa yang mampu membawa perubahan kepada rakyat seterusnya nikmat ini akan tempias kepada kerajaan. BN juga dikenali sebagai parti yang sudah kukuh bergabung. Setiap parti diasaskan oleh satu bangsa dan berjuang untuk kehendak bangsa tersebut. Justeru BN menjadi tapisan terakhir yang memilih kehendak yang benar-benar tepat untuk dilaksanakan. Perlaksanaan kehendak ini pastilah sukar untuk memenuhi kesemua kehendak rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Kelemahan BN adalah pada calon-calonnya. BN sebenarnya hilang makna tanpa calon yang berwibawa. Kalau kita meneliti keputusan PRU12, calon-calon BN yang tewas adalah calon yang sepatutnya tewas. Dalam erti kata lain, calon tersebut tidak sepatutnya diangkat sebagai calon. Calon yang mempunyai kes biarpun tidak benar akan membawa pandangan negatif masyarakat kepada BN. Kelemahan BN ini sebenarnya adalah kekuatan PR. Malangnya calon PR tidak dinilai oleh rakyat. Maka, jika BN meletakkan calon yang tidak betul, rakyat terus akan memberi undi kepada calon PR.

Keadaan inilah yang perlu dinilai semula oleh pengundi. Mengundi PR kerana calon BN yang tidak betul. Apakah berbaloi? Sekurang-kurangnya untuk masa yang kita ambil untuk berbaris. Kita analisa begini, dalam PR komponen apakah yang paling dominan? Apakah yang menyebabkan PR wujud? Bilakah PR wujud? Faktor yang mempengaruhi aras dominan komponen PR adalah pecahan jumlah pengundi. Jika ramai India, maka PKR akan dominan, DAP untuk Cina dan PAS untuk Melayu. Bagi kawasan yang tidak ada bangsa dominan, PR tidak mempunyai komponen yang dominan. PR pula wujud semata-mata untuk mewujudkan situasi 1 lawan 1 dengan BN. PR sebenarnya bukan diwujudkan oleh Anwar sebaliknya oleh Tg. Razaligh ketika beliau bersama S46 dulu dengan tujuan yang sama. Anwar hanya menjadi agen yang menyambung satu tugas bersandarkan pengalaman beliau sebagai TPM.

Amat hairan apabila kita melihat orang-orang PAS yang bercerita tentang halal-haram bertungkus lumus bekerja untuk calon DAP atau PKR yang bukan Islam. Sebaliknya kita tidak pernah melihat orang-orang DAP dan PKR bekerja keras untuk menyokong calon PAS. Mengapa mereka khususnya DAP menyokong PAS? Jawapannya mudah, kerana mereka percaya PAS boleh dicucuk hidung. PAS boleh mendengar kata mereka. PAS hanya boleh angguk. Lihat sahaja apa berlaku di Selangor, Pulau Pinang, dan Perak di bawah Nizar. Tidak pernah kita melihat ADUN PAS bercakap, apalagi berhujjah dalam Dewan, sebaliknya ADUN PAS sibuk berhujah di pentas jalanan menjaja keburukkan orang BN. Jadi untuk pengundi bukan Melayu, mengundi PAS adalah satu tindakan yang bijak, sebaliknya untuk orang Melayu mengundi PAS hari ini semakin tidak relevan dan siknifikan.

Bagaimana dengan mengundi BN? Apakah BN bagus sangat! Calon-calon yang kabur-kabur, berlari tanpa tujuan, skandal sana-sisi, dan macam-macam lagi. Siapa yang cakap begitu? Pastilah orang-orang PR. Kalau calon BN ini sesak dengan tuduhan peribadi ertinya calon BN tidak mempunyai masalah dalam tadbir urus negara. Malah kelemahan peribadi ini hanya satu tuduhan yang sembrono. Tiada bukti kukuh. Malah hari ini rakyat tidak lagi percaya pada tuduhan-tuduhan sebegini. Maka PR mula pening kepala!!!

Masalahnya sekarang kita bukan hanya ada dua pilihan. Kita ada banyak pilihan. BN atau DAP. BN atau PAS. BN atau PKR. Di mana PR? Tidak wujud bukan. Di mana UMNO, MCA, MIC dan sebagainya komponen BN? Tidak wujud bukan. Di sini kita lihat, siapa sebenarnya yang bersifat perkauman. Siapa yang sebenarnya Jahiliah. Tapi mengapa kita tidak pernah berfikir atau terfikir. MUDAH. Rakyat Malaysia memang malas berfikir. Kita lebih gemar mendengar cerita-cerita rekaan dari mencari fakta.

Jadi, mungkin Mei, Jun atau Julai PRU13 akan tiba. SILA NILAI SEMULA UNDIAN ADA. Untuk apa anda mengundi.

No comments: