1. Salah seorang rakan baik saya kemalangan jalanraya pada 21 Feb. 2011. Kejadian berlaku ketika arwah bermomotosikal ke tempat kerja di UKM. Kejadian betul-betul di petak kuning persimpangan lampu isyarat Taman AST Seremban kira-kira pada jam 6.45 pagi.
2. Dilihat dari sudut kerosakkan yang melanda motosikal arwah, kemalangan tersebut tidak sepatutnya membawa maut. Hasil bedah siasat menyatakan bahawa kematian disebabkan oleh 'multiple injuries cause by vehichal accident'.
3. Ketika melihat jenazah terdapat satu kesan lebam yang melampau di dada beliau. Kesan seperti hentakan kuat dari pemegang motosikal.
4. Persoalannya kereta tersebut didaftar di Singapura. Dipandu oleh seorang wanita berbangsa bukan Melayu dengan kadar kesombongan mencecah 100% atau mungkin tahap pendidikan dan pendedahan undang-undang yang tinggi.
5. Pemandu tersebut enggan memberikan kerjasama sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku. Jawapan yang diberikan adalah sentiasa sama...'talk to my lawyer'....
6. Arwah hanya bekerja sebagai pemandu di UKM. Balu yang ditinggalkan adalah seorang surirumah sepenuh masa. Anak-anak yang ditinggalkan masih kecil. Ada tiga semuanya, 11, 10 dan 8 tahun. Bayangkan masa depan mereka...
7. Difahamkan kereta yang didaftar di luar Malaysia tidak diberi perlindungan insuran di Malaysia. Mengkhuatirkan...bagaimana tuntutan insuran hendak dibuat????
8. Maka, saya mencadangkan agar
a. pemandu luar negara khususnya dari Singapura yang terlibat dengan kemalangan maut ditahan di Malaysia sehingga kes mahkamah selesai,
b. sepatutnya menyediakan bon bernilai RM150,000.00 dalam akaun bank tempatan, dan
c. diharamkan terus daripada memandu di Malaysia.
JIKA ANDA BERSETUJU DENGAN CADANGAN SAYA SILA TULIS YES DALAM RUANG KOMEN.
No comments:
Post a Comment