Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

ALI BABA NAK KE PUTRAJAYA 3

Panda terus melompat atas Ali Baba. Terhenjut-henjut panda atas Ali Baba. Ali Baba tak nak mengalah. Dialihkan panda ke bawah. Terus Ali Baba duduk si atas panda. Panda mengelupur. Tertanggal gelang akar liana Ali Baba hadiah dari Lacuridar. Terpelanting ke depan. Berebut-rebut monyet-monyet itu mendapatkan gelang akar tersebut. "Aku punya, aku punya!", jerit seekor demi seekor. Ali Baba dan Panda tidak sedar akan peristiwa tersebut. Kedua-duanya sibuk melayan serakah masing-masing.

Tiga ekor monyet gembira melihat aksi tersebut.
"Jom kita buat filem, Ali Baba dan Panda", kata Monyet Tertua.
"Tak best la tajuk tu, kita ubah la...Panda dan Ali Baba." Kata Monyet Tengah
"Kan sama saja tu, dua-dua ada panda, dua-dua ada Ali Baba." Kata Monyet Termuda.
"Mana sama, satu Ali Baba dulu, satu lagi panda duli!" Herdik Monyet Tengah. Begitulah monyet-monyet itu terus bertengkar menyerlahkan sifat kemonyetan mereka. Makin lama monyet-monyet itu bertengkar, makin terserlah sifat monyet mereka. Bertengkar, kemudian bergayut, kemudian melompat-lompat.
"Oii monyet diam lah!" Tiba-tiba Zamin memekik. Terkejut ketiga-tiga ekor monyet tersebut.
"Tak nampak ke, jalan tengah sesak ni." Sambung Zamin.
Monyet-monyet tersebut terus bergayut ke depan. Ketiga-tiga ekor sibuk mengira kereta di jalan. Sibuk mengenal warna kereta yang akan dipotong.

Zamin bengang. Dipanggilnya Lacuridar datang kepadanya.
"Lacuridar, tolong picit bahu ni, sengal pulak rasanya." Pinta Zamin
Lacuridar tangkas datang. Melenggang dia. Pinggulnya yang besar sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Terus dia hampir dengan Zamin.
"Tak kan minta picit saja kot." Rengek Lacuridar.
"Apa lagi yang kau offer?" Tanya Zamin.
"Apa yang kau order" Jawab Lacuridar. Jawab Lacuridar sambil membuka butang kebayanya.
"Aku nak kau picit sahaja. Kau dah kena kongsi. Malas la aku nak minta macam-macam." Tingkah Zamin.

Lacuridar menarik muncung panjang. Sial, bentak hatinya. Zamin pondan tambah hati jahatnya. Keras dia memicit bahu Zamin. Makin keras makin teransang pula Zamin.
"Oiiiii!.."

Bersambung.......

No comments: