Zamin terkejut mendengar jeritan itu.
"Zamin, berhenti, kat depan tu ada Geng Hanzir", usul Ali Baba. Sejak dulu lagi Ali Baba memang mahu membawa Geng Hanzir bersama-sama ke Putrajaya. Ali Baba tahu, binatang yang dipanggil Hanzir itu cukup berkuasa. Habis semua perkara dikuasai Hanzir. Pembawa Hanzir ke bumi ini telah melatik Hanzir menjadi perampas yang cukup licik. Sedikit demi sedikit tanah bumi ini dirampasnya. Ali Baba sedar binatang hanzir perlu dikuasai. Hanzir akan sentiasa menaiki kapal angkasa untuk pulang ke plenet asal mereka. Malah hanzir akan terus mengangungkan lambang kapal angkasa mereka sebagai lambang perjuangan mereka.
Kereta Ali Baba berhenti betul-betul di hadapan kumpulan Hanzir.
"Kawan, mahu naik ke?", Ali Baba mengajak penuh sopan.
"Awak orang mahu pegi mana?, kroh..kroh...", tanya Hanzir Sim, selaku ketua geng Hanzir.
"Putrajaya....kalau awak orang ikut, kami orang kasi layanan besar." Pujuk Ali Baba.
"Mari turun kita bincang dulu..krohh..krohhh.." Balas Hanzir Sim.
Ali Baba, Zamin, dan Hanzir Sim lantas duduk berbincang. Ketiga-tiga ekor monyet bergayut-gayut kegembiraan. Monyet Tertua, kerana terlalu gembira bergayut sambil meludah-ludah. Ada dua tiga palit ludah monyet itu terkena kepala Ali Baba. Ali Baba capai seketul batu. Prappp dibalingnya, tepat ke kepala Monyet Tertua. Bodoh si monyet itu dua tiga jam. Makin bodoh makin terkinja-kinja. Sekejap menarik ekor panda, sekejap masuk dalam kain Lacuridar.
Di bawah, Hanzir Sim masih meminta macam-macam. Ali Baba hanya mengangguk. Zamin hanya bertindak sebagai pencatat minit. Semua yang dicakap dicatatnya. Sampaikan Ali Baba batuk dan Hanzir Sim krohhh...krohhh pun dicatat juga. Sebenarnya Zamin sendiri tidak faham apa yang dicatatnya. Malah Zamin sendiri enggan faham apa yang dicatatnya.
"Kami orang mahu jadi nombor dua dalam ini kereta...krohhhh..krohhh!", pinta Hanzir Sim
"Saya kasi kamu orang jadi nombor satu!" Jawab Ali Baba
"Kami orang tak mahu ada halal haram dalam ini kereta krohhhh-krohhh.." Tambah Hanzir Sim
"Saya sudah bagi semua halal dalam ini kereta!" Jawab Ali Baba
"Itu panda kami orang mahu...krohhhh....krohhhh.." Tambah Hanzir Sim
"Itu panda saya sudah boring...ambillah.", pantas Ali Baba jawab.
Panda tersenyum. Panda lebih suka bangsa satu planet daripada Ali Baba. Bagi Panda Ali Baba songsang.
Ali Baba jeling ke Lacuridar. Lacuridar senyum. Ali Baba pun senyum sambil matanya melirik ke belukar tidak jauh dari tempat kereta itu berhenti. Berlari Lacuridar ke belukar tersebut.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment