- Dalam segala ketenangan itu, Muallaf merasakan jasadnya semakin ringan. Dalam masa yang sama dia merasakan dirinya diangkat ke satu tingkat yang lebih tinggi. Melayang bersama gerak angin dan bayu.
- Dalam melayang-layang dia dapat melihat segala pemandangan yang indah. Dapat dia melihat singgahsana dan permaisuri yang bersemayam disebelahnya. Cantiknya tidak dapat digambarkan.
- Dapat dia merasai dingin dan sejuknya suasana sekitar. Kedamaian yang tidak pernah wujud di mana-mana di planet ini. Pelangi yang ada 21 warna sentiasa melingkari istananya di sana.
- Sekeliling istananya ada sungai yang amat jernih. Airnya boleh terus diminum. Rasanya tidak ada bandingan. Tidak layak lagi dipanggil sedap...lebih daripada itu. Di langitnya ada 7 buah bulan yang setiap satunya punyai warna yang berbeza.
- Dia terus menutup matanya. Alhamdullillah. Aku sampai juga ke tempat idaman semua manusia. Tempat ini andainya bukan syurga, namun aku merasakan akulah umatMu yang amat bertuah. Syukur Tuhanku.
- Di alam sebenar, ada satu suasana yang kelam kabut. Anggota bomba dan penyelamat begitu sibuk mengeluarkan mayat yang tersepit. Semua menjadi hairan, dalam kemalangan yang begitu dahsyat, keadaan mayat sedikitpun tidak terjejas.
- Mayat seorang lelaki Cina kelihatan begitu bersinar. Dalam sebuah teksi yang remuk, mayat seperti dijaga oleh sesuatu. Tidak terdapat satu garisan luka di tubuh dan muka jenazah.
- Dari wajah jenazah, terukir senyuman yang paling manis. Dari dahi jenazah seperti terpancar cahaya putih. Cahaya yang selalunya ada pada jenazah para wali dan anbia. Namun di wajah seorang yang baru memeluk Islam cahaya itu tetap ada.
- Yaw Ah Ba. Ini Cina ni. Kita kena hantar ke hospital biar keluarga dia tuntut dan uruskan. Bukan..dia memang Cina. Tetapi dia Islam. Tak perlu hantar ke hospital. Kita uruskan. Kerana..kita adalah saudaranya. Saudara seagama.
- Tamat.
Search This Blog
Monday, August 22, 2011
MUALLAF YANG BERPUASA - AKHIR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment