- Aku sebenarnya baru sahaja memeluk Islam pada bulan lalu. Aku masuk Islam bukan sebab aku nak kahwin dengan perempuan Melayu, tapi sebab aku dah dapat petunjuk dari Allah.
- Dulu dalam I.C. aku ada agama. Agama datuk nenek aku. Tapi dalam hidup aku sebenarnya tak pernah ada agama. Kosong...sekosong-kosongnya. Angkat colok dan goyang-goyang...habis sembahyang.
- Kebetulan rumah aku tak sampai 30 meter dengan sebuah surau. Setiap pagi aku dengar azan. Asal pagi sahaja, aku dengar azan. Mula-mula memang sakit hati. Aku tengah mengantuk....tiba-tiba ada suara memekik dari surau tu. Memang aku bengang.
- Tapi satu hari tu aku demam. Badan aku panas sangat. Malam aku tak boleh tidur. Puas aku pusing kanan-kiri. Akhirnya aku tertidur juga. Tapi aku tak tahu bila aku tidur.
- Dalam tidur aku mimpi aku macam dah mati. Yang peliknya cara orang uruskan aku mati macam uruskan jenazah orang Islam. Aku dimandikan di surau depan rumah aku. Lepas mandi aku terus terus bangun. Yang aku hairan tu, masa aku bangun tak ada seorangpun jemaah yang lari. Sebaliknya semuanya menadah tangan berdoa dan bersyukur kepada Allah.
- Aku sendiri rasa terharu. Rasa segar dan rasa syahdu yang amat sukar untuk aku gambarkan. Pada masa yang sama aku rasa tenang yang amat. Gembira dan sedih bercampur-campur.
- Badan aku rasakan menjadi ringan. Aku nampak ada cahaya yang terang datang dari surau. Lantas aku terus bergerak ke arah cahaya tersebut. Semasa bergerak aku rasakan kaki aku seperti tidak mencecah tanah. Ringan dan seperti dihembus bayu.
- Bila aku sedar aku betul-betul berada di surau. Di barisan paling hadapan. Siap mengadap ke kiblat. Jemaah lain seperti membiarkan aku sendiri. Seolah-olah aku tiada di situ. Kemudian Imam datang menghampiri aku. Bersalaman dengan aku. Terasa satu tenaga mengalir dari Imam masuk ke dalam jantung aku.
- Imam terus lafazkan syahadah. Aku terus ikut melafazkan syahadah. Maka bermula lah aku sebagai Islam. Aku bukan mencari Islam. Tetapi aku dipilih untuk menjadi Islam. Dan hari ini adalah hari pertama aku berpuasa.
- Bersambung........
Search This Blog
Monday, August 1, 2011
MUALLAF YANG BERPUASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment