- Apabila kita mendengar bacaan bajet 2012 oleh PM pada jumaat lalu, kita cuba bayangkan berapakah manfaat yang diperolehi oleh kita. Tanpa mengira kedudukan dan bangsa kita, kita sebenarnya mengharapkan sesuatu akan datang kepada kita.
- Yang paling tidak sabar menunggu 2012 adalah kakitangan kerajaan. Bilangan kakitangan yang hampir mencecah 1.4 juta orang mula berkira-kira berapakah jumlah pendapatan bulanan pada tahun 2012. Jangan risau....memang banyak meningkat.
- Orang pencen juga menanti penuh sabar akan ketibaan tahun 2012. Kenaikkan gaji bermaksud kenaikkan pencen. Pengenalan kenaikkan pencen 2% setahun pastinya membuatkan orang pencen mula mencari makanan tambahan untuk lebih sihat dan dapat hidup lebih lama.
- Ibubapa pelajar juga melonjak gembira. Dengan pemansuhan 100% yuran sekolah maka beban Januari setiap tahun akan 50% berkurang. Para pentadbir sekolah pula sedang ligat berfikir bagaimana untuk terus menipu ibubapa dengan memanipulasikan PIBG. Tak percaya tunggu...pengetua dan guru besar akan menaikkan lagi yuran PIBG.
- Bebudak U mula-mula gembira dapat baucher buku. Masing-masing nak buat modal tambahan beli prepaid. Bila dimaklumkan baucher tak boleh ditukar dengan wang...kedai-kedai buku pula melonjak gembira. Namun...bila orang banyak membaca....negara akan cepat maju.
- Masa macam ni yang paling gelabah adalah parti pembangkang. Mulalah mereka-reka bajet pakatan rakyat. Nag bagi itu dan ini. Kerajaan bagi 1, pembangkang nak bagi 2. Padahal semua tak tahu tentang kewangan negara. Tak apalah...sekurang-kurangnya pembangkang ni pandai buat kelakar.
- Calon-calon yang bakal bertanding pada PRU akan datang pun mula pasang angan-angan. Yang dari parti kerajaan mula merancang nak bunuh kawan sendiri. Yang dari parti pembangkang mula pasang strategi nak sebar fitnah berskala besar. Lepas tu ada pulak nak merancang jadi anggota kabinet dalam kabinet bayangan. Kelakar oiiiii
- Satu dunia pulak nak tahu bila parlimen nak bubar. Paling lama sampai april 2012. Kalau ikut logik, mungkin bubar dalam bulan November atau pertengahan Disember 2012. Member gua kata...alhamdullillah....inilah peluang nak bagi BN sapu bersih.
- Pengundi bukan Melayu akan terus mengundi calon bukan Melayu. Pengundi Melayu pulak undi PAS dan PKR. Bila menang DAP kontrol semua puak-puak tu. Yang jadi MB pun jadi tongkol kayu...EXCO apa lagi.....dah jadi batu nesan.
- Aku...aku dapat semua....gaji baru, yuran free, baucher buku, kawasan pilihanraya, mesuk kabinet, jadi MB, ataupun jadi EXCO. Syaratnya....aku terus sokong semua dasar kerajaan. Kalau tak dapat secara langsung....aku dapat secara tidak langsung. Jadi, pembaca semua...jangan tamak...ikut je macam aku. Salam.
Search This Blog
Monday, October 10, 2011
BAJET 2012 - PEMBELA RAKYAT MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment