Search This Blog

Thursday, April 12, 2012

DARI GURU MENJADI PTD : MENGAPA?


  1. Saya memulakan kerjaya sebagai guru di sebuah SBP yang hebat di Negeri Sembilan. Saya menjadi guru kerana saya terpegun dengan kehebatan beberapa orang guru saya yang amat berdedekasi. Antara nama yang mampu saya sebutkan adalah Tn. Hj. Yusuf bin Hj. Jaffar, Muhamad bin Nawi, Tan Sri Awaluddin, Cikgu Mokhtar, Cikgu Zahari dan beberapa nama lain yang sukar saya ingati. Selalunya bila nama guru itu terlekat dalam fikiran kita, mereka adalah PENDIDIK YANG HEBAT. Bila nama mereka gagal kita ingati, mereka sebenarnya gagal menjadi pendidik kepada kita. Itu pendapat peribadi saya.
  2. Tiga tahun pertama saya amat suka mengajar. Malah hingga ke hari ini saya masih lagi mengajar secara percuma kepada anak-anak jiran saya. Ada di antara pelajar saya yang amat berjaya. Sehingga kini, mereka masih memanggil saya Cikgu. Malah setiap kali saya dipanggil Cikgu, saya rasa amat tersentuh.
  3. Pada tahun kelima saya mengajar, saya dilantik menjadi Setiausaha PIBG sekolah. Kebetulan, Timbalan YDP seorang PTD. Apabila beliau mempengerusikan mesyuarat, segalanya nampak lancar dan hebat. Idea, percakapan, dan cara beliau penuh dengan sifat kepimpinan. Berbeza amat jauh dengan cara Pengetua saya mempengerusikan mesyuarat. Pengetua selalunya hanya bercakap, bercakap, bercakap, bercakap, dan bercakap serta terus bercakap sehingga jam 7 petang. Hasilnya, guru-guru menyampah, menyampah, menyampah, dan menyampah serta terus menyampah.
  4. Sebulan kemudian, saya melihat Tan Sri Razali berucap dalam bahasa Melayu di PBB. Rupanya beliau juga seorang PTD. Hebat. Lantas saya terus tergerak hati untuk menjadi PTD. Padahal, sebelum itu saya amat mengkagumu Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. Bukunya Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian, hampir lapan kali saya baca. Sehingga isinya hampir kesemua saya hafal. Malangnya pentadbir di sekolah saya tidak membaca buku tersebut.
  5. Pada tahun 1993 saya menduduki peperiksaan JICA. Hanya dengan sekali cuba, saya terpilih untuk ke Jepun. Sedangkan sebelum itu, ada rakan-rakan guru yang lebih daripada 3 kali mengambil peperiksaan tersebut, namun masih gagal. Saya tahu, kebolehan saya sebenarnya melebihi kelulusan ijazah saya dalam bidang sains (bukan sastera ya!)
  6. Saya terus mengambil keputusan untuk menjadi PTD. Saya isi borang peperiksaan. Ketika itu ada banyak kertas peperiksaan PTD. Ramai calon yang hebat. Berbincang selepas peperiksaan. Saya tahu banyak jawapan mereka yang salah. Saya diam. Tidak berbincang. Pada saya perbincangan sebelum peperiksaan, bukannya selepas peperiksaan.
  7. Dua bulan kemudian saya dipanggil temuduga. Ada tiga penel. Salah seorang darinya adalah Tan Sri Mohd Nasir. Ada tiga soalan yang saya tidak mampu jawab. Saya hanya minta maaf kerana tidak boleh menjawab soalan tersebut. Kesemuanya soalan ekonomi. 
  8. Kemudian semasa temuduga berkumpulan saya dipilih untuk menjadi pengerusi untuk kedua-dua bahasa. Saya hanya meniru cara Timbalan YDP PIBG sekolah saya mempengerusikan mesyuarat. Namun dalam kepala saya, saya rasa saya telah gagal kerana tidak mampu menjawab tiga soalan ekonomi. Namun saya teruskan sesi tersebut sesempurna mungkin.
  9. Pada 01 Disember 1996, saya dipanggil untuk melapor diri sebagai PTD. Saya sendiri terkejut. Namun saya amat bersyukur. Bukan kerana saya boleh meninggalkan bidang perguruan, tetapi saya tahu kelayakan saya jauh lebih hebat daripada apa yang saya sangka. Semasa saya berjumpa pengetua untuk memaklumkan perkara tersebut, pengetua mengalirkan air mata. Antara kata-katanya yang tidak mampu saya lupa adalah.." Pendidikan kehilangan seorang pendidik yang sangat berwibawa. Awak pergilah, awak lebih diperlukan di sana." Saya juga sebenarnya ketika itu mengalirkan air mata. Ketika hendak meninggalkan sekolah tersebut, saya lihat setiap inci sekolah itu, saya masuk semua kelas yang pernah saya ajar. Hanya Tuhan yang tahu kehibaan dalam jiwa saya. Meninggalkan profesion yang sekian lama menjadi cita-cita saya.
  10. Pada tahun 1997 ketika keputusan SPM keluar, saya ambil cuti dan luangkan masa bersama kesemua bekas pelajar saya. Hampir semua pelajar mengulang ucapan yang sama. "Kami adalah pelajar yang paling bertuah kerana pernah diajar oleh Cikgu." Sehingga kini saya terus menjadi PTD. Namun dalam jiwa saya, semangat pendidik terus subur dan akan terus sebur. DURJANAKAH SAYA?????? ADIOS

32 comments:

Unknown said...

tahniah cikgu..

UrbAnWiTch said...

cikgu.. i found your blog hahahaha

drzainal said...

Thank you for still call me Cikgu. I miss that word.

Unknown said...

hi, i just nak tanya...sekiranya saya dipanggil untuk ke jawatan ptd...tetapi berkhidmat sebagai guru..apakah prosedur yang perlu dibuat..tq

drzainal said...

Pergi sahaja ke temuduga tersebut. Apabila sudah dipanggil ke jawatan ptd sila mohon pelepasan jawatan dengan izin.

Unknown said...

terima kasih dr. I was in a state of confusion because I thought it would be complicated. Thank you very much sir. Selamat Hari Raya.

Unknown said...

Assalam.. Saya guru yang bakal menghadapi temuduga PTD minggu depan. Soalan yang pasti ditanya, kenapa mahu jadi PTD..? Apa jawapan terbaik yang boleh diberi..? Sebelum ini pernah gagal sekali, yang dipersoalkan adalah gaji dan masa sebagai guru yang lebih baik untuk wanita berkeluarga, mengapa mahu menyusahkan diri menjadi PTD.. Terima kasih

drzainal said...

Jawapan hendaklah diberikan secara perbandingan. Kemukakan beberapa banyak tokoh PTD yang terlibat dalam pembangunan Msia. Simpulkan sebagai PTD, peluang menyumbang ke arah membentuk negara bangsa lebih tervuka, luas, dan berobjektif. Sebagai guru, peluang ini hanya datang berflatformkan dunia pemdidikan.

Unknown said...

HI Dr sekali lagi. Baru baru ini i ada bertanya dengan seorang penjawat awam. Oleh kerana saya baru dipostingkan sebagai guru, dan saya belum sah jawatan, bolehkah saya mintak izin untuk letak jawatan. Adakah perlu bayar sebulan gaji. And Dr. saya juga mempunyai hasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat PHD. Saya agak ragu sekiranya saya masuk skim PTD impian saya akan terbantut..Mohon jasa baik dr untuk memberi penjelasan. Terima kasih.

drzainal said...

Sekali meletak jawatan dalam kerajaan kita tidak boleh memohon lagi untuk mana-mana jawatan kerajaan. Saya nasihatkan anda berfikir.

Me said...

Pernah tak menyesal meninggalkan sekolah? Seronok tsk kerja sbg ptd?

drzainal said...

Mula-mula seronok menjadi PTD. Semakin lama bila jawatan semakin tinggi, saya rasa tanggungjawab semakin besar. Pesanan saya, usah dikeluhkan jika anda lambat naik pangkat.

Unknown said...

salam..saya sedang berkhidmat di sekolah.telah sah jawatan dan telah dijemput menduduki peperiksaan PTD kali yg kedua. saya telah menduduki peperiksaan kali pertama tahun 2013 dan saya dipanggil untuk temuduga tetapi saya tidak hadir kerana pengetua mengatakan bahawa saya perlu menebus kontrak pengajian di institut perguruan yg menyatakan bahawa saya perlu berkhidmat selama 5 tahun jika saya ingin menjadi seorang PTD.saya masih sangsi.sekarang saya sudah berkhidmat selama 2 tahun di sekolah.sekiranya saya berjaya dan dipanggil melapor diri sebagai PTD,adakah jawatan saya sekarang akan terjejas? ada yg mengatakan bahawa jawatan tidak akan terjejas kerana hanya bertukar kementerian dan masih di gred 41.diharapkan agar tuan dapat merungkai persoalan saya.

drzainal said...

Saya dahulu pun begitu. Namun semua perkara boleh diselesaikan. Itu saya amat percaya.

cikgu adi said...

Assalamualaikum wbt tuan...
Boleh minta pandangan sedikit berkaitan PTD ini? klu seorang guru yang sudah disahkan jawatan,dan telah berkhidmat selama 3 tahun di KPM, bagaimana ya prosedur untuk bertukar jabatan? kalau guru di bawah SPP...klu PTD ni,guna SPA..bagaimana pula dengan gaji yang diberikan semasa KURSUS KADET PTD? bagi yang sudah lama bekerja, banyak komitmen untuk di bayar...andaikata hanya elaun sahaja yang diberikan, rasanya nak makan maggi pun xdapat disebabkan komitmen untuk bayar hutang rumah dan kereta.nak guna simpanan,sy masih belum dapat buat apa-apa simpanan disebabkan bnyak komitmen yang gunakan kewangan.mohon pandangan dari tuan.

drzainal said...

Rasanya begitulah. Namun, tuan adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan Pengurus Sumber Manusia JPN yang berkenaan.

Anonymous said...

Kalo guru dah brtgas dkt 6 tahun aply n dapat ptd mcmana la tgga gaji dia?adakah stat dr mula?atau pn leh smbung?

drzainal said...

Gaji akan sentiasa disambung. Namun proses tersebut akan memakan masa. Ketika itu lah yang sengsara.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Entry yang saya cari2. Terima kasih atas perkongsian. Saya telah jadi guru selama 5 tahun. Telah memohon dan akhirnya mendapat tawaran jawatan di bawah Jab Penerbangan Awam. Minat untuk menjadi guru telah pudar. Saya rasa tidak adil untuk pelajar2 saya sekiranya saya kekal jadi guru tetapi mengajar hanya sekadar memerlukan kerja. Dalam pengalaman Dr, berapa lama penyambungan gaji asal tu boleh dibuat? Byk komitmen jugak ni..

drzainal said...

Saya dahulu meninggal kerjaya perguruan ketika kontrak masih berjalan pada tahun 1996. Semua proses termasuk rayuan demi rayuan mengambil masa hampir 2 tahun. Syukur semuanya selesai dengan lancar. Gaji disambung dan perkhidmatan guru diambilkira dalam jumlah perkhidmatan saya.

Cikgu Runsing said...

Salam Dr..
saya dapat tawaran ke PTD. sedangkan saya ada baki 2 tahun kontrak dengan KPM.Apa yang perlu saya lakukan?

drzainal said...

Sila berhubung dengan JPN untuk memendekkan baki tempoh kontrak. Buat ikut saluran. Pengalaman saya dulu, saya pergi begitu sahaja. Kemudian baru betulkan. Mengambil masa 4 tahun untuk selesai.

Cikgu Runsing said...

Terima kasih Dr..
Saya cuba usaha sedya mungkin..
Masih menunggu surat tawaran daripada JPA untuk urusan dengan JPN.. terima kasih sekali lagi..

Malaysia for all said...

Hi assalamualaikum Dr Zainal. saya seorang guru yang baru posting dan belum sah dalam jawatan lagi dan berhasrat untuk meletak jawatan atas sebab-sebab peribadi. Adakah saya perlu bayar apa-apa ganti rugi (eg: sebulan gaji). Mohon pencerahan. Terima kasih. :)

drzainal said...

Meletak jawatan adalah hak hakiki namun ada syarat yang perlu dipatuhi. Sebelum disahkan jawatan, anda boleh meletak jawatan dengan notis ringkas. Ingat, jika anda meletak jawatan, anda sukar untuk mendapatkan kerja dengan kerajaan lagi dalam sebarang sektor.

WaWa said...

Salam Dr.
Adakah penjawat awam tetap boleh apply post di jabatan lain apabila ada iklan jawatan kosong? Saya ingat dah sign kontrak hingga akhir hayat ni...😊

drzainal said...

Boleh. Bergantung kepada kesediaan dan kelulusan kita.

Anonymous said...

Salam dr..ada yg mengatakan bahawa jika guru memohon & mendapat tawaran di jabatan lain..gaji adalah gaji baru..bukannya bersambung..boleh kah sy mendapat kepastian dari dr kerana dr telah melaluinya.

drzainal said...

Salam tuan. Gaji kita akan diselaraskan selepas proses pengesahan jawatan dalam perjawatan baru. Pelarasan ini perlu dipohon oleh tuan. Ingat, kita bertanggungjawab ke atas perkhidmatan kita. Nasihat saya, jangan ambil mudah.

Unknown said...

Salam Dr,
Saya adalah seorang Pensyarah Skim DH. Dahulu saya seorang tenaga pengajar Skim DG. Telah 3 kali meohon PTD melalui SPA dn 2 kali sahaja hadir peperiksaan. tetapi tidak melepasi peperiksaan ( seingat saya beribu yg hadir exam ketika itu ) .
Membaca coretan Tuan Dr, dan soalan soalan pembaca lain, saya agak keliru. adakah cara / saluran lain bagi penjawat awam seperti saya memohon menjadi PTD ( cth Isi borang lain yang khas untuk penjawat awam sedia ada untuk mohon bertukar menjadi PTD selain isi borang dalam SPA online? ) saya agak keliru. Mohon pencerahan.

SH said...

An article with great motivation for me. I'm a DG scheme teacher with a PTD ambition too. Failed the previous 2 attempts, and still not giving up !!

Unknown said...

Assalamualaikum dr..saya nak tanya laluan kerjaya yang seorang guru minta dalam jabatan kerajaan selain PTD?