- Saya masih ingat seorang rakan saya yang berada di gred 54 ketika SBPA diumumkan awal Januari lalu. Beliau merupakan pegawai senior yang telah menerima gaji mati. Beliau begitu marah, apabila SBPA menyebabkan gaji beliau dan gaji pegawai baru gred 54 menjadi sama.
- Apabila SSM Plus diumumkan, baliau mula sedar, di bawah dasar baru ini, gaji beliau akan mati pada tahun hadapan dengan nilai RM8000 lebih sahaja. Sedangkan dalam SBPA, gaji beliau akan mati lebih kurang 8 tahun lagi dengan nilai lebih RM11,000.
- Lantas, beliau berkata begini.."Menyesal aku tak sokong SBPA!!!!"
- Saya juga ada kenalan di gred sokongan 2. Beliau begitu gembira dengan semakan gaji 13% yang diterima. Selepas berkira-kira, dianggarkan beliau mendapat tambahan hampir RM300.00. Jumlah itu termasuk semakan semula COLA berjumlah RM50.00
- Beliau terus mengambil keputusan begini. "Bulan depan boleh overlap Bank Rakyat ni, boleh dapat dalam RM5000.00."
- Bagaimana dengan anda? Apakah anda akan menggunakan lebihan gaji untuk membuat pelaburan atau menggunakan penyata gaji anda untuk menambah hutang?
- Rakan saya di gred 54 menyesal SBPA tidak dilaksanakan apabila beliau berfikir dalam jangka masa yang panjang. SBPA hanya akan dilihat menguntungkan jika kita berfikir. Jika kita melihat dengan hati, SBPA menjadi amat tidak adil.
- Rakan saya di gred sokongan 2 hanya memikirkan satu jumlah wang dalam jangka masa pendek. Dia sebenarnya tidak berfikir dan tidak juga melihat dengan hati. Dia hanya menerima dan merancang untuk mendapatkan sesuatu yang dia inginkan selama ini.
- SBPA sebenarnya bagus dan amat bagus. Cuma, pada saya JPA tersilap strategi semasa pelancarannya. Perkara utama yang patut ditonjolkan adalah berbezaan skala gaji SSM dan SBPA. Bukanya gaji baru yang akan diterima setelah menerima SBPA.
- JPA dari dulu amat gemar mengamalkan push strategy. Memaksa penjawat awam menerima tanpa menerangkan perkara yang lebih penting. Maka, saya seru JPA berubah. JPA sepatutnya mengamalkan Pull strategy. Menerangkan dan mengajak penjawat awam untuk sama-sama berfikir dan seterusnya menerima perubahan tanpa sebarang perbalahan. ADIOS
Search This Blog
Thursday, April 5, 2012
KELUHAN SSM PLUS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment