Search This Blog

Saturday, April 21, 2012

ERTI PTPTN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Aku cukup hairan dengan para mahasiswa yang suka berdemonstrasi walaupun tentang isu kecil. Aku lagi hairan dengan parti politik yang suka menggunakan dan memperbodohkan mahasiswa untuk kepentingan politik mereka. Yang paling menghairankan aku, universiti yang ambil mahasiswa yang mudah diperbodohkan itu. 


Cuba kita lihat syarat memehon PTPTN. Syaratnya seperti di bawah:



Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau
  4. Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS;
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
  6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  7. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (5) dan (6), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
  8. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; dan
  9. Tiada penaja lain.
  10. Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan
Berdasarkan syarat di atas semua pelajar layak aku rasa memohon PTPTN. Kalau SPM tak dapat 3 kepujian, aku rasa tak payah sambung belajar. Baik tolong mak bapak menoreh getah. Tak pun terus join parti politik yang asyik dok berjanji tu. Untung-untung boleh jadi calon bulan Jun nanti. Kat Malaysia ni mudah jer. Asal jer tentang dasar kerajaan nampak pengundi nampak bijak. 

Aku rasa, PTPTN ni paling banyak membantu orang Melayu sambung belajar. Atas sebab tersebutlah aku rasa ada parti politik yang bersifat perkauman tentang habis-habisan. Aku tengok semenjak ada PTPTN ni, result bebudak U sekarang, amboi mak. Kalau dapat 3.00 tu rendah tu. Betul jugak tu, kalau dapat first class, kan tak payah bayar PTPTN. Jadi, daripada sibuk deminstrasi, baik korang semua study. Parti politik tu bukannya nak tolong bayar pun hutang korang. 

Aku nak pesan kat bebudak U yang berkhemah kat Dataran Merdeka tu. Masa aku jadi student dulupun, aku terpengaruh juga dengan politik geng jahanam ni. Tapi, bila aku sendiri pernah bekerja bawah dia di Kementerian Kewangan dulu, aku sendiri pun benci kat dia. Aku rasa mamat tu pandai cakap jer. Percayalah cakap aku. ADIOS

No comments: