- Kalau kita sentiasa mengikuti ceramah dan ucapan ketua pembangkang mengenai Petronas, kita akan dapati penubuhan Petronas adalah salah satu langkah yang paling bijak pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Pembangkang sesungguhnya ketandusan idea untuk menubuhkan sebuah konglomerat sehebat Petronas.
- Kalau pembaca semua masih ingat ketika ketua pembangkang berdebat mengenai harga minyak satu ketika dahulu, kaedah yang akan digunakan untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menggunakan wang Petronas. Dalam erti kata lain, RM30 billion setahun daripada pendapatan Petronas akan dikembalikan kepada rakyat. Kononnya lah!!!!
- Kali kedua ketua pembangkang hendak menggunakan wang Petronas adalah untuk menghapuskan semua tol lebuhraya di Malaysia. Secara kasarnya, jumlah wang Petronas yang akan digunakan akan menghampiri angka RM100 billion.
- Tahun ini ketua pembangkang sekali lagi ingin menggunakan wang Petronas untuk menghapuskan PTPTN. Jumlah wang Petronas yang akan digunakan adalah dalam lingkungan RM40 billion setahun.Kemudian apa? Menggunakan wang Petronas untuk menghapuskan subsidi gula? Subsidi perubatan? Subsidi makanan? Dan seribu macam subsidi lagi yang kita dapati hasil budi baik kerajaan BN?
- Kalau kita mampu berfikir dan kita mampu gunakan kuasa berfikir sebelum gunakan kuasa bicara maka kita akan dapati pada tahun pertama pembangkang memerintah, sebanyak RM170 billion wang Petronas akan terus keluar daripada akaun kerajaan. Tambahan penghapusan beberapa subsidi lagi, jumlah wang Petronas yang akan digunakan mungkin mencecah RM250 billion. Banyak tu!!!!
- Kalau kita berfikir lagi, pada tahun kedua pembangkang memerintah sebanyak RM70 billion wang Petronas akan digunakan untuk subsidi minyak dan PTPTN. Sebanyak RM17 billion lagi akan digunakan untuk menyelenggara lebuhraya. Sebanyak RM28 billion lagi untuk menghapuskan segala macam subsidi. Jumlah wang Petronas yang akan digunakan adalah RM115 billion.
- Tahun ketiga pembangkang pemerintah saya rasakan Petronas tidak lagi wujud di Malaysia. Petronas akan menjadi liabiliti kepada negara. Syarikat konglomerat yang dulunya menjadi aset utama dan tabung kecemasan negara akan musnah begitu sahaja. Maka, ketika itu, semua rakyat Malaysia akan tahu apa ertinya Kawalan Kerajaan BN ke atas Aliran Tunai Petronas.
- Jika Petronas tiada, tahukah pembaca berapakah harga petrol yang akan kita bayar? Tahukah anda berapakah kos makanan yang akan kita bayar? Tahukah anda berapakah kos pembelajaran di universiti yang perlu kita tanggung? Jawapannya...jangan bayangkan...anda mungkin kena kencing manis kerana anda mudah 'dikencing' oleh pembangkang.
- Saya mahu dengar begini. Untuk menghapuskan semua subsidi, PTPTN, tol dan sebagainya, pembangkang akan menubuhkan syarikat konglomerat kedua yang lebih hebat daripada Petronas. Hasil daripada syarikat tersebut akan digunakan untuk menanggung segala subsidi kerajaan. Maka, pembangkang pun dengan bangganya membentang masterplan syarikat tersebut. ITU SEMUA MIMPI, PEMBANGKANG TAK AKAN MAMPU MELAKUKANNYA.
- Memang pembangkang selalu memberi contoh negara yang tiada cukai dan banyak subsidi seperti Brunai dan Arab Saudi. Tapi harus diingat negara-negara tersebut TIADA PILIHANRAYA. Kita batalkan semua parti politik dan KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU kemudian kita hapuskan segala cukai dan tambah segala subsidi! Saya setuju, SAYA ORANG MELAYU. UMNO tak kisah UMNO parti Melayu. Saya percaya MCA dan MIC pun tak kisah. MCA dan MIC pun kadang-kadang lebih Melayu dari orang Melayu. DAP dan PKR amacam? Ada Brannnn? ADIOS
Search This Blog
Saturday, April 21, 2012
PETRONAS KEPADA PAKATAN RAKYAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment