Search This Blog

Sunday, March 25, 2012

JADUAL GAJI MIN-MAX SSM


  1. Apabila SSM diberi nafas baru, pasti paling ramai menunggu rupabentuk skala gaji Min-Max yang dikatakan oleh PM tempoh hari. Malah banyak blogger yang cuba membayangkan berapa panjang titik akhir gaji SSM dibawa ke hadapan.
  2. Sebenarnya, apabila SBPA dibatalkan, kuasa yang ada pada SSM tidak sebesar kuasa yang pada SBPA. Maka, secara kasarnya, jadual gaji SSM yang dikenali sebagai Min-Max, lebih merupakan satu bentuk perkiraan semula.
  3. Saya kemukakan satu contoh, jika anda berada di gred DG41 dengan gaji pokok anda adalah RM3000.00 sebulan pada tahun 2011 di T8, maka dengan kenaikkan 13% gaji baru anda pada adalah RM3000 + RM390 = RM3390. 
  4. Pada tahun 2012, kenaikkan gaji anda adalah pada bulan April. Maka kenaikkan gaji untuk gred DG41 adalah RM220.00. Gaji yang akan anda terima adalah RM3610.00. Maka tunggakan yang akan anda terima pada bulan April adalah RM390 X 3 + RM220.00 iaitu RM1390.00 sahaja.
  5. Jika gaji akhir di bawah jadual gaji matriks SSM adalah P2T25 RM5500, maka di bawah gaji akhir jadual gaji min-max SSM akan bergantung kepada nilai T. Jika T akhir adalah 30 sama dengan SBPA, maka gaji akhir adalah RM220X5+RM5500 = RM6600.00. Jumlah ini kurang hampir 15% jika dibandingkan dengan gaji akhir SBPA.
  6. Ini adalah satu contoh pengiraan bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional. Untuk kumpulan Sokongan 1, kenaikkan gaji hanyalah RM80 setahun. Gaji akhir jadual gaji min-max SSM hanya sekitar tambahan 5 tahun. Pertambahan yang hanya akan diterima adalah maxima RM400. Ertinya, jika gaji akhir kini seorang PAP adalah RM1400, gaji akhir nanti akan jadi RM1800 iaitu kurang hampir RM700 daripada gaji SBPA.
  7. Itu tidak termasuk gred-gred rendah yang terus dikekalkan. N1, R1 dan pelbagai gred 1 lain. Kumpulan ini bukan sahaja sukar untuk dibangunkan kerjaya mereka, malah amat sukar untuk memenuhi kuota kursus 7 hari setahun.
  8. Peluang kanaikkan pangkat kumpulan ini juga kecil, iaitu hanya 2%. Jika kumpulan ini dimansuhkan, dan dibawa ke kumpulan gred 17 dan ke atas, bagi sesetengah perkkhidmatan, peluang kenaikkan pangkat akan mencecah ke gred 42. 
  9. Gred 42, akan mendapat gaji akhir RM6600. Bayangkan perbezaan di antara SBPA dan SSM melalui perbezaan nilai gaji akhir ini. Kita sudah memilih, maka yang perlu dilakukan sekarang adalah redha. Redha dengan pilihan kita melalui CUEPACS.
  10. Dalam sedar tidak sedar, kita sebenarnya amat jauh dengan CUEPACS berbanding organisasi lain. Malah ada di antara kita yang tidak pernah berdaftar sebagai ahli CUEPACS. ADIOS.

No comments: