Search This Blog

Sunday, April 29, 2012

PENGALIHAN KELUAR ARTIKEL PANDANGAN SEORANG GURU TENTANG PTD

Kepada semua pembaca budiman, saya telah menerima amaran dari SKMM mengenai artikel di atas yang didakwa telah mencemarkan nama baik seseorang. Lantaran saya seorang PTD, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk terus memuliakan perkhidmatan saya. Maka saya akan patuh dengan arahan SKMM sebagai sebuah agensi kerajaan untuk mengalihkan artikel tersebut keluar daripada blog saya.

Di bawah ini saya sertakan, surat dari SKMM yang menerangkan maksudnya yang tersendiri. Harapan saya agar semua pembaca dapat membezakan antara 'yang mulia' dan 'yang durjana'. Saya juga berharap agar semua pembaca mampu 'menggunakan kuasa berfikir sebelum menggunakan kuasa bicara'. Apabila, ada manusia lain yang mula membaca fikiran anda melalui penulisan anda, anda akan tahu 'apakah nilai diri anda yang sebenar?'.


Rujukan Kami        : SKMM(T)09-SIMD/960/2012/Jld.3(188)
Tarikh                   :  27 April 2012
Tuan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.           Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima aduan daripada Mohd. Noor Bin Ascalberkenaan blog tuan di mana pengadu mendakwa bahawa terdapat kandungan dan maklumat peribadi beliau yang telah dipaparkan tanpa kebenaran sehingga telah menyebabkan imej, kredibiliti dan maruah  beliau secara peribadi dan sebagai penjawat awam terjejas di capaianhttp://drzainalabidinsait.blogspot.com/2012/04/pandangan-seorang-guru-tentang-ptd.html
3.           Untuk pengetahuan pihak tuan, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.
 4.       Oleh yang demikian, pihak puan adalah diminta untuk mengalihkan kandungan tersebut dan mengawalselia kandungan laman blog pihak tuan, serta mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan kandungan laman blog tuan tidak melanggar undang-undang Malaysia, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (AKM 1988). Kegagalan untuk berbuat demikian, apabila disabitkan, pihak puan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh dikenakan denda selanjutnya satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama mana kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Sekian, untuk tindakan segera pihak tuan.
Terima kasih.
Unit Media Baru
Bahagian Perkhidmatan Digital Sekuriti,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia


No comments: