Search This Blog

Thursday, April 26, 2012

PANDANGAN SEORANG GURU TENTANG PTD : SAJAK BALASAN


Apabila saya menyiarkan artikel mengenai Pandangan Seorang Guru Tentang PTD, artikel itu telah mendapat pelbagai pandangan sama ada secara lisan mahupun melalui blog ini. Malah isteri saya yang juga seorang guru turut mengemukakan komen beliau. Dari kesemua komen, terdapat seorang pembaca yang mengemukakan komen beliau melalui sajak. Setelah membaca sajak tersebut, saya dapati, Pengulas ini mempunyai nilai pemikiran kritikal yang tinggi. Lantas, saya ingin kongsikan Sajak yang indah ini bersama pembaca budiman sekalian.
HAYATILAH SAJAK YANG BERTAJUK.....
Sajak Khas dari seorang PTD Durjana : Guru Mulia

Guru Mulia,
Pembela harapan anak bangsa,
Mendidik kami hingga berjaya,
Jadi PTD berkat usahamu jua,
Mengapa penat lelahmu ini yang kamu cerca?

Guru Mulia,
Kami tak cemburu apatah lagi nak dengki,
Kami sedar asal usul diri kami,
Tanpamu guru, kami takkan berada di sini,
Mengapa kami terus dicaci,
Bukankah kami bekas murid yang pernah engkau sayangi,
Didikanmu dulu tak pernah kami lupai,

Guru Mulia,
Dulu engkau pernah berkata,
Hasad dengki, fitnah, keji mengkeji itu mendatangkan dosa,
Sedangkan tujuan kita semuanya sama,
Demi berkhidmat pada nusa dan bangsa,
Bagi membela nasib rakyat dan juga negara.

Guru Mulia,
Kenapa pangkat dan kuasa yang kau pertikaikan,
Rezki manusia di tangan Tuhan,
Siapakah kita hendak persoalkan,
Ketentuan Tuhan sama-samalah kita Redhakan,
Jangan sampai anak bangsa kita berantakan,
Dek hasutan setan durjana yang patut engkau hindarkan,

Guru Mulia,
Manusia ini tidak lari dari melakukan kesilapan,
Mana yang salah kita sama-sama betulkan,
Bukan dengan cara membentak penuh penghinaan,
Kerana itulah amalan kegemaran si syaitan,

Guru Mulia,
Jangan doakan kami mati dihina,
Kan lebih baik doakan kesejahteraan kita bersama,
Membenci sesama insan dilarang agama,
Semoga pesanan PTD Durjana ini menghentikan sengketa
Kami doakan guru-guru kami dimana jua mereka berada,
Semoga bahagia dan berjaya selama-lamanya,
Moga Allah meredhai akan segala jasa mereka.

Hasil nukilan : MRMZ

diambil dari facebook seorang PTD Durjana untuk cikgu mulia (http://www.facebook.com/groups/ptd2010/)
***saya sahaja nak share dengan semua apa yang saya dah baca.. inilah contoh seorang PTD yang berwibawa
April 21, 2012 7:46 PM
 Delete
ULASAN :

Rangkap pertama menunjukkan betapa penulis amat menghargai jasa seorang guru yang pada pendapat penulis telah berjaya membentuk penulis menjadi seorang manusia yang berjaya. Penulis juga hairan bagaimana seseorang itu menghina orang yang pernah mereka bentuk, ajar dan didik dengan kasih sayang satu ketika dulu.

Rangkap kedua menunjukkan betapa penulis telah sentiasa patuh dengan apa yang diajar oleh gurunya malah penulis sentiasa mengamalkan apa yang diajar oleh seorang guru itu dalam kerjaya beliau.Penulis juga tidak pernah lupa dengan semua pesanan guru-guru beliau.

Rangkap ketiga menunjukkan penulis hairan bagaimana guru itu sendiri gagal mengamalkan apa yang selama ini diajar kepada semua pelajarnya. Penulis merasakan guru telah berbohong kepada dirinya dengan menerapkan nilai-nilai murni sedangkan guru itu sendiri mengamalkan nilai-nilai sebaliknya itu sendiri.

Rangkap keempat menunjukkan penulis itu mula gusar dengan keimanan seorang guru. Pada pendapatkan penulis guru kini telah mula terhakis nilai keikhlasannya ketika menjalankan tugas. Penulis bimbang, guru hari ini tidak lagi memikirkan mengenai pelajar-pelajar mereka, sebaliknya hanya memikirkan tentang balasan duniawi, pangkat, dan nama.Malah penulis mula merasakan gurunya sudah mula melawan takdir yang telah ditetapkan.

Rangkap kelima menunjukkan penulis lebih layak dipanggil guru berbanding guru itu sendiri memandangkan penulis lebih rasional dan bijak dalam membuat perbandingan. Malah penulis sebenarnya mula menjadi pendidik yang terbilang melalui sajaknya ini.

Rangkap terakhir membuktikan penulis tidak langsung mempunyai rasa dendam kepada kumpulan guru, malah penulis akan menggunakan kedudukan beliau untuk mendaulatkan kedudukan guru di mata dunia di samping sentiasa berdoa supaya bertemu dengan guru-guru beliau di dalam syurga.

SAYA SELAKU PEMILIK BLOG INI MENDOAKAN BALASAN SYURGA UNTUK INSAN SEMULIA PENULIS SAJAK INI. AMIN.

Adios.

No comments: