- Apakah demonstrasi merupakah kaedah terbaik dalam mengemukakan sesuatu tuntutan? Sehingga kini, rekod menunjukkan keberkesanan demonstrasi dalam mengemukakan tuntutan berada di bawah tahap 10%. Selebihnya, demonstrasi hanya menjadi alat kepada golongan yang berkepentingan untuk memperjuangan perjuangan mereka yang kurang jelas.
- Kita lihat bagaimana Saddam jatuh melalui demonstrasi di Iraq. Perjuangan tersebut sebanarnya didalangi oleh USA untuk menakluki minyak di Iraq dan seterusnya mengawal pasaran minyal dunia. Hasilnya Saddam tumbang. Tapi, apa yang rakyat Iraq dapat? Kelukaan dan penderitaan yang semakin bertambah.
- Di Libya pula, Gadaffi digulingkan oleh satu gerakan yang juga ditaja. Tumbang kerajaan Islam yang paling berkebajikan dan paling berkuasa di dunia. Begitu gembira para demonstrator. Gembira kerana mereka fikir mereka telah menang. Namun, hakikat yang berlaku sebaliknya. Rakyat Libya semakin menderita, hilang segala bentuk kebajikan yang diterima dan semakin ketinggalan jauh dari segi ekonomi.
- Contoh terakhir adalah China. Peristiwa berdarah medah Tiennamen. Ramai pendemonstrasi dibunuh bagaikan nyawa mereka tidak berharga. Kesannya, China semakin menjadi kuasa ekonomi penting dunia. Produk China, semakin menaluki pasaran dunia.
- Sebenarnya demonstrasi akan menyebabkan ekonomi lumpuh melalui pembentukan suasana hura-hara dalam negara. Lama kelamaan demonstrasi akan menjadi budaya negara. Setiap tuntutan akan diikuti dengan demonstrasi secara besar-besaran.
- Para penganjur demonstrasi sebenarnya memang berniat untuk menimbulkan huru-hara untuk menunjukkan kekuatan mereka melalui pengaruh yang berjaya dibangkitkan semasa demonstrasi. Saya mahu anda fikir begini...Mana lebih sukar, untuk mengajak orang membuat baik, atau untuk mengajak orang membuat onar? Maka, pengaruh penganjur demonstrasi sebenarnya bersifat sementara atau lebih dikenali sebagai sentimen.
- Demonstrasi sebenarnya perlu diurus dengan bijak oleh kerajaan. Kerajaan sebenarnya tidak perlu takut dengan demonstrasi. Lambat laun, rakyat akan tahu bahawa demonstrasi adalah perbuatan yang MAHA SIA-SIA. Benarkan sahaja. Cuma, kerajaan perlu meletakkan syarat-syaratnya.
- Saya cadangkan, Penganjur BERSIH perlu membayar bon jaminan yang nilainya 10 kali ganda dengan kos yang diperlukan oleh kerajaan untuk mengurus demonstrasi dan dicampur dengan 10 kali ganda dengan nilai kos kemusnahan yang diakibatkan oleh demonstrasi yang dianjurkan sebelum ini. Katakan akan wujud BERSIH4.0, maka segala kos kerosakan dalam BERSIH3.0 dikira, kos pengurusan kerajaan dalam BERSIH3.0 dikira. Jika digandakan sepuluh kali, maka nilai bon jaminan BERSIH4.0 akan bernilai hampir RM50 juta. Jika selepas penganjuran, berlaku keadaan yang sama, maka bon ini akan dirampas.
- BERSIH adalah NGO. Maka, syarat kedua adalah tidak boleh ada pemimpin dari mana-mana parti politik menyertai demonstrasi. Nilai setiap pemimpin politik juga hendaklah dibonkan oleh kerajaan. Semakin tinggi pangkat seorang pemimpin itu, maka semakin tinggi nilai yang perlu dibonkan. Ini perlu kerana pengaruh pemimpin kadangkala mampu membuat keadaan menjadi huru-hara.
- Kegagalan penganjur membayar bon jaminan, akan menyebabkan kerajaan menggunakan kuasanya untuk membatalkan perhimpunan tersebut. Sekiranya penganjur masih lagi berdegil, maka saya cadangkan kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Ini beerti, semakin banyak demonstrasi, semakin tinggi hasil yang akan dipungut oleh kerajaan. Maka, demonstrasi akan menjadi cabang penyumbang ekonomi negara. Hahahahah. ADIOS
Search This Blog
Friday, May 4, 2012
BERSIH: MENGURUS DEMONSTARASI GANAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment