- Saya percaya pembaca semua mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai BERSIH. Pembaca semua sebenarnya terbahagi kepada dua golongan. Satu sentiasa menyokong. Manakala satu kumpulan lagi akan menentang.
- BERSIH mengutarakan 8 tuntutan. Justeru, BERSIH telah mengadakan 3 siri demonstrasi untuk menyatakan betapa seriusnya kumpulan ini ke arah membentuk satu bentuk pilihanraya yang telus. Kononnya. Mereka gambarkan kekuatan melalui sokongan khalayak yang turun ke jalanraya.
- Siri ke-3, merupakan siri yang paling sadis. Amukan dan keganasan menjadi sebahagian daripada agenda BERSIH. Kemudian apa? Membunuh! Membakar balai polis? Menghina sesama bangsa. Mengutuk rakan satu agama? Sedang orang lain gelak ketawa lihat kebodohan kita.
- Sehingga tamat siri 3, satupun daripada 8 tuntutan tidak menampakkan sebarang perubahan. Apa ertinya itu? Bayangkan berapa banyak masa yang peserta perlu buang untuk merancang dan terlibat aktif dalam BERSIH. Kesannya, tuntutan tinggal tuntutan. Bukankah tuntutan itu sebenarnya tidak relevan?
- Saya berpendapat 8 tuntutan BERSIH hanya merupakan retorik politik. Isu yang boleh menaikkan kemarahan penyokong terhadap kerajaan. Sedang isu tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.
- Fikir begini. Apakah kerajaan Malaysia begitu kejam sehingga terus membiarkan rakyat mengamuk dan menggila di jalan-jalan raya untuk menghapuskan tuntutan. Pasti tidak bukan! Yang sebenarnya, tuntutan tersebut yang tidak lagi revelan di Malaysia.
- Banyak peserta BERSIH yang terang-terang mengutuk UMNO sebagai penyumbang pilihanraya yang tidak bersih. Itu juga retorik politik pembangkang. Mana mungkin, semakin tidak bersih, semakin banyak kerusi BN hilang. Atau mungkin, bila pilihanraya menjadi semakin kotor, maka pembangkang akan menang. Itu menunjukkan pembangkanglah yang menyumbang kepada pilihanraya yang kotor.
- Kalau kita berfikir, UMNO tidak pernah menang sebarang kerusi dalam pilihanraya sejak 1955 lagi. Sebabnya UMNO tidak pernah bertanding dalam pilihanraya. Yang bertanding adalah Perikatan dan BN. Mengapa UMNO sentiasa disalahkan????
- Jika anda pengundi Melayu anda tanya dua soalan kepada calon pembangkang. Pertama, jika pembangkang menang, siapa yang akan menjadi Menteri Besar? Kedua, jika pembangkang kalah, siapa yang akan menjadi ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri? Di NS, Melaka, Johor, Perlis, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak, Perak...siapa Ketua Pembangkang? Bukankah ketua pembangkang nanti yang akan menjadi Menteri Besar/Ketua Menteri.
- Jadi saya merasakan sudah sampai masanya rakyat Malaysia memboikot BERSIH. Kita kena percaya perjuangan BERSIH hanyalah manipulasi pembangkang yang mahu menggulingkan Melayu dari terus menerajui Malaysia. Jangan sia-siakan masa anda semata-mata untuk membunuh bangsa sendiri. ADIOS.
Search This Blog
Thursday, May 10, 2012
BERSIH : APA PERLUNYA SIRI 4.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment