- Sebelum kita membuat korelasi di antara BERSIH dan Nyanyuk, saya mahu pembaca memahami apa itu nyanyuk. Nyanyuk merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Nyanyuk bukannya sejenis penyakit berjangkit, namun pengidapnya tidak akan mengakui bahawa dia telah nyanyuk. Sama seperti orang gila. Nyanyuk adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya akan sentiasa ingin memberi idea dan pendapat sedangkan ketika itu daya fikirannya telah mencapai tahap sifar.
- Nyanyuk dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Semakin hari, nyanyuk akan menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.
- Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.Secara akaliahnya, nyanyuk adalah amaran Allah kepada umatnya supaya segera menjadi manusia biasa. Nyanyuk lebih kepada salah satu nikmat Allah kepada umat manusia supaya kita segera menolak pemimpin yang tergolong dalam kumpulan nyanyuk ini. Maka, Allah perturunkan ciri-ciri nyanyuk kepada mereka.
- Nyanyuk adalah penyakit yang sinonim dengan warga tua. Nilai nyanyuk meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.
- Tanda-tanda awal nyanyuk adalah lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menganggarkan lebih satu bilion warga tua yang berusia lebih 60 tahun atau 10 peratus penduduk dunia menghidap nyanyuk. Peningkatan ini, ada kaitannya dengan penduduk dunia yang semakin berusia, jangka hayat wanita meningkat hingga 80 tahun dan 75 tahun bagi lelaki. Selain itu, tahap penjagaan kesihatan yang lebih baik, kadar perkahwinan menurun, perceraian bertambah dan mereka yang berkahwin tetapi tidak ramai anak.
- Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai nyanyuk ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan.Ubat-ubatan yang diberi pada peringkat awal, boleh membantu memori pesakit seperti kognitif, aktiviti harian dan tingkah laku.
- Kesimpulannya, apabila manusia nyanyuk, manusia itu tidak akan sedar bahawa dia telahn nyanyuk. Seandainya seorang pemimpin menjadi nyanyuk, maka pemimpin itu tidak sedar bahawa dia telah nyanyuk. Malah pemimpin itu akan merasakan yang dia semakin hebat kerana ingatannya pasti akan bertumpu kepada masa-masa kegemilangan dia pemimpin sesebuah parti politik. Masa pada seorang pemimpin yang nyanyuk adalah masa yang dipilih olehnya sendiri, bukan masa sebenar mengikut kelender yang pengikutnya ikuti.
- Bahayanya adalah semua manusia mempunyai kemungkinan untuk nyanyuk. Semakin kita tua, semakin kita menghampiri maut, semakin kita hampir kepada nyanyuk. Maka, apabila kita betul-betul tua, contohnya melepasi 80an atau menghampiri 90an, sahlah kita telah nyanyuk. Pasti, kita yang nyanyuk ini tidak tahu dan tidak sedar yang kita telah nyanyuk. Kalau kita pemimpin, yang akan sedar dahulu adalah lawan kita. Kemudian, keluarga kita. Pengikut dan pembodek, tidak akan sedar kerana golongan ini sebenarnya telah nyanyuk kuasa politik.
- Saya tidak katakan siapa yang nyanyuk dan si nyanyuk mana yang keluarkan petua nyanyuk tentang BERSIH. Tetapi bila yang berkata itu telah terlalu tua, nilai semula kata-katanya. Kalau setiap katanya nampak songsang....dialah si nyanyuk itu. Justeru jangan percaya fatwa dari pemimpin itu. Dia yang nyanyuk, kita belum lagi. Jangan jadi nyanyuk sebelum ditentukan olahNya. ADIOS.
Search This Blog
Saturday, May 12, 2012
BERSIH: MENGURUS FATWA NYANYUK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment