Search This Blog

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU WAHAI INSAN MULIA


  1. Hanya satu hari yang berkaitan profesion yang disambut secara besar-besaran di dunia iaitu Hari Guru. Malah tidak semua Cikgu yang berpeluang menyambut Hari Guru. Cikgu Memandu, Cikgu Jahitan, dan Cikgu Kawad tidak pernah diberi peluang untuk turut sama meraikan Hari Guru yang mulia ini.
  2. Hari Guru mengingatkan kita bagaimana hebatnya Guru-guru kita satu ketika dulu. Pada Hari Guru kita akan menentang pasukan guru. Selalunya pasukan Guru yang menang. Guru-guru juga hebat dalam persembahan pentas. Nyanyian, lakonan, dan lawak mereka di pentas selalunya menjadi.
  3. Saya terkenangkan seorang guru saya yang paling hebat. Tuan Hj. Yusuf bin Hj. Jaafar. Pada saya beliau lebih daripada seorang guru. Keikhlasan beliau melampaui sifat kemanusiaan. Pada saya beliau bukan seorang Guru. Beliau lebih daripada itu. Tuan Hj. Yusuf adalah anugerah Allah kepada manusia iaitu anak-anak murid beliau yang paling terpilih dan bertuah. SELAMAT HARI GURU WAHAI MANUSIA HEBAT.
  4. Isteri saya juga seorang guru. Pagi tadi sebelum beliau ke sekolah saya telah mengucapkan Hari Guru kepada beliau. Isteri saya nampak sibuk pagi tadi. Mencari kasut sukan, seluar sukan, tuala kecil dan macam-macam lagi. Tadi semasa saya menelefon beliau, isteri saya sedang sibuk bersukan menentang anak-anak muridnya. SELAMAT HARI GURU WAHAI WANITA HEBAT.
  5. Ketika dalam darjah 5, bakat saya dalam metamatik dikenalpasti oleh seorang guru. Tuan Haji Muhammad bin Nawi. Beliau mengembangkan bakat saya dengan mengiktiraf teori penggenap sepuluh saya dalam operasi. SELAMAT HARI GURU WAHAI GURUKU.
  6. Semasa dalam tingkatan 3, bakat saya dalam bidang penulisan dikenalpasti oleh seorang guru Bahasa Melayu. Cikgu Yusri. Beliau seterusnya meminjamkan kepada saya koleksi novel-novel beliau. Sehingga kini saya telah membaca lebih 1000 buah novel Melayu. Semuanya kerana Cikgu Yusri. SELAMAT HARI GURU WAHAI GURU TAMPANKU.
  7. Ketika saya di tingkatan 4 dan 5 bakat pidato dan bahas saya dikesan oleh seorang guru. Guru tersebut memaksa saya menyertai pemilihan peringkat sekolah. Saya menang sehingga menjadi juara negeri. Pada tahun 1989 saya menang pidato Piala Tan Sri Ainuddin Wahid kali pertama. Semuanya kerana bakat saya dikenalpasti oleh beliau. SELAMAT HARI GURU TAN SRI ALIMUDDIN.
  8. Saya juga ada seorang guru yang sebenarnya bukan guru. Guru Al-Quran saya. Puan Hajjah Rodiah binti Abd. Kadir. Beliau mengajar sayabacaan, tajwid dan tarranum. Saya rasa hampir 7 tahun saya menuntut ilmu dengan beliau. Hasilnya, saya mengajar anak-anak dan isteri saya membaca Al-Quran. Pada saya beliau guru...SELAMAT HARI GURU KAK RODIAH.
  9. Dalam ratusan ribu guru yang ada di Malaysia dari dulu hingga kini saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kecuali kepada seorang guru iaitu GURU YANG PERNAH MENUDUH KERJAYA SAYA SEBAGAI DURJANA. Kepada guru tersebut saya ucapkan SELAMAT BERSARA CIKGU...anda telah melacurkan peranan Guru itu sendiri.
  10. Akhir sekali saya ingin memohon maaf kepada semua guru yang pernah mendidik saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Doa saya semoga kita bertemu lagi di sana. Amin.

No comments: