Bila saya melihat beberapa video demonstrasi BERSIH dan saya bandingkan dengan beberapa video 13 Mei 1969, saya ingin mengemukakan satu pandangan saya sebagai orang Melayu yang sentiasa Melayu di mata dan Melayu di hati. Di bawah ini saya sertakan beberapa URL video 13 Mei untuk pandangan balasan anda.
http://www.youtube.com/watch?v=Jrm-zHar_JE
http://www.youtube.com/watch?v=GtkDPvHyVm0
http://www.youtube.com/watch?v=7Yoy1tRRO9U
http://www.youtube.com/watch?v=C9W9vY8F4FA
Untuk menilai semula pandangan umat sebangsa saya, saya sertakan beberapa komen mengenai video 13 Mei 1969 supaya kita sedar bahawa di Malaysia kini masih ramai sebenarnya ORANG MELAYU YANG MASIH BIJAK MENILAI sehingga ke hari ini.
1.
assalamualaikum......... saudara2 melayu sekalian...
melayu xpernah hilang~ ilmuan2 melayu xpernah hilang~ silat lagenda pertahanan melayu xpernah hilang~jgn lah risau saudara2ku ilmuan2 silat melayu sudah bersiap sedia hanya menuggu masa yang sesuai dan keadaan kritikal~ cuma perlu kita sedarkan raja2 melayu supaya tunjukan kembali kuasa raja2 melayu pengasas negara melayu~ kemana hilang raja2 yg berdaulat yg digeruni? sedih kini hanya tinggal nama~ yg penting berusaha dan berdoa~ hidup malaya
2. saya drpd parti pas....dan saya sokong apa yang dikatakan oleh tuanku..APA MAKNA ADA PEMBANGKANG..?
3. selagi ada sekolah jenis kebangsaan cina / tamil / kebangsaan selagi itulah tolerransi kaum tak akan dapat dipupuk... masing2 memperjuangkan tamadun bangsa...
4. Biadap dan kurang ajarnya puak rasis DAP. Melayu dalam PAS dan PKR masih juga pekak, buta & tuli. Benar kata TUN MAHATHIR "MELAYU MUDAH LUPA"
Daripada dua (2) sumber di atas, maka saya simpulkan persamaan di antara Demonstrasi BERSIH dengan Perarakan DAP yang menjadi titik tolak peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pendapat saya adalah seperti berikut:
a. Kedua-duanya golongan ini menghina anggota polis dengan menggelarkan anggota polis sebagai anjing, babi, dan sebagainya. Maksudnya sentiasa ada golongan yang menghasut rakyat untuk membenci anggota polis memandangkan PDRM didominasi oleh Melayu. Membenci polis, akan membuatkan kuasa Melayu menjadi lemah.
b. Kedua-dua dalang dalam perhimpunan ini merupakan bangsa bukan Melayu. Peristiwa 13 Mei didalangi oleh Cina, sementara peristiwa BERSIH dimulakan oleh India. Maksudnya kuasa Melayu di negara kita sentiasa diintai oleh bangsa lain yang dulunya hanya menumpang di negara kita.
c. Peristiwa 13 Mei menggunakan orang-orang Melayu dalam DAP, Gerakan dan PPP. Dalam peristiwa BERSIH, pemimpin-pemimpin Melayu dari Parti PAS, DAP, PKR juga digunakan. Maksudnya sentiasa ada Melayu yang boleh dibodohkan untuk membunuh bangsa sendiri.
d. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi tragedi dengan pembunuhan Mak Timah di Chow Kit dan seorang anggota UMNO di Setapak. Ada satu video BERSIH juga mengharapkan 5 orang Melayu yang menyertai demontrasi mati dalam BERSIH 3. Maksudnya, bagi golongan ini nyawa Melayu bukanlah bernilai sangat pada bangsa lain tetapi nyawa Melayu lebih bersifat sentimen. Melayu sanggup bertakbir, hanya untuk memindahkan kuasa kita kepada bangsa lain.
e. Peristiwa 13 Mei 1969 bermula di KL dan BERSIH juga bermula di KL. Maksudnya, golongan ini mahu dunia luar campurtangan dalam politik Malaysia. Golongan ini sedar, jika ada campurtangan dari dunia luar, BN akan kalah. Ini adalah kerana BN adalah sebuah kerajaan ISLAM, dan dunia luar adalah anti-Islam. Secara tidak langsung ini menunjukkan BN adalah Islam. Bukan PAS, jauh sekali PKR.
Saya sebenarnya boleh menulis dan terus menulis. Saya juga sedar, jika pembaca dari parti pembangkang, anda tetap akan menafikan kebenaran tulisan saya. Saya percaya bahawa anda adalah orang Melayu beragama Islam. Maka, saya cadangkan begini. Apabila bubar sahaja Perlimen, kita sama-sama membuat Solat Sunat Istiharah. Kita pohon petunjuk ALLAH siapa yang patut kita pilih. PAS tak pernah cadangkan begini. UMNO jauh sekali. Tetapi saya percaya, kita semua tahu tujuan sebenar sembahyang istiharah. Petunjuk ALLAH adalah tepat. Mahukah anda mencubanya?
ADIOS
No comments:
Post a Comment