Search This Blog

Sunday, June 24, 2012

MENANTI PRU 2012 - MENILAI PERANAN PEMBANGKANG



  1. Dalam sistem demokrasi siknifikan kewujudan pembangkang hanya benar bila wujud kekeliruan yang amat nyata dalam kerajaan. Kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk 'check & balance- tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.
  1. Sayangnya perkara penting ini tidak berlaku di Malaysia. Kehadiran parti pembangkang lebih berminat menjadi pengadu domba untuk tujuan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.
  1. Apa sahaja yang diusahakan oleh kerajaan akan dipolemikkan. Bangkangan  terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak menyerlahkan salah guna peranan oleh pembangkang. Selalunya polemik oleh pembangkang hanya bermatlamat mengalih isu hangat di negeri yang diperintah seperti di Selangor yang melibatkan pengambilan padang awam PKNS.
  1. Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa. Satu untuk dikomersilkan dan satu lagi untuk diwakafkan. 
  1. Kalau dikaji, padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi. Atas nilai pasaran yang tinggi, pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.
  1. Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut. Hanya penduduk setempat yang mengerti nilai sebenar sebuah padang rekreasi.
  1. Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ). Maka, memang jelas ada unsur-unsur politikus kotor yang cuba merobek padang rekreasi rakyat ini.
  1. Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat. Keluasan yang diperlukan hanya 18.63% sementara kawasan baki akan kekal sebagai padang. Usah kita persoalkan mengenai siapa yang akan menggunakan padang tersebut. Perkara utama, padang itu akan tetap menjadi padang.
  1. Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.
  1. Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.
  1. Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat. 
  1. Ada parti politik yang dulunya galak bertakbir memperjuangkan SAR kini menjadi patung yang dinyawakan oleh tuan-tuan mereka untuk menentang SAR sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya. Maka, asas perjuangan berbentuk lakonan ini semakin menjijikkan rakyat.
  1. Para pimpinan dan 'ulama' serta 'ustaz' mudah yang diperolehi dengan menyertai parti ini telah berjaya meletakkan diri serendah-rendah tahap dan semacam sudah hilang arah haluan perjuangan. 
    Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.
  1. Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - pada mereka yang penting.....RAKYAT PERLU DIKELIRUKAN. ADIOS

No comments: