Search This Blog

Friday, June 22, 2012

MENANTI PRU2012 - UCAPTAMA AGM PPTD


  1. Mesyuarat Agung PPTD 2012 berlangsung di INTAN Bukit Kiara pada 22 Jun 2012 mulai Jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 petang. Ada lima(5) perkara menarik dalam Mesyuarat Agung kali ini. Gambaran Mesyuarat Agung 2012 mula menunjukkan gelombang perubahan di kalangan PTD terutama sekali apabila PRU 13 semakin hampir.
  2. Fenomena pertama adalah jumlah kehadiran yang begitu besar. Kehadiran dalam Mesyuarat Agung kali ini menghampiri angka 800 orang, atau menyamai 10% jumlah PTD di Malaysia. Golongan PTD Muda mendominasi sidang dewan. Lebih membanggakan hampir semua KSU meluangkan masa untuk turut sama memeriahkan Mesyuarat Agung kali ini.
  3. Kedua, perubahan secara total dalam pucuk pimpinan PPTD. PPTD mulai 22 Jun 2012 diketuai oleh Dato' Seri Zainal Rahim bin Seman, KSU Kementerian Sumber Manusia. Malah barisan EXCO lama,   tidak seorang pun kekal kali ini. Perubahan kali ini menggambarkan PTD memerlukan lonjakan dan suara yang lebih lantang dalam pembangunan Malaysia.
  4. Ketiga, Ucapan Penangguhan Presiden baru PPTD iaitu  Dato' Seri Zainal Rahim bin Seman. Dato' Seri Presiden dengan lantang berjanji untuk menjenamakan semula PTD sesuai dengan taraf 'Premier' yang sering diwar-warkan selama ini. Presiden mahu perkataan Premier ini menjadi identiti dan entiti khusus pada setiap PTD. Berada dalam jiwa, dan berada dalam barisan utama pembangunan negara.
  5. Keempat, usul dari Sdr. Nazli bin Taib. Usul beliau adalah mudah. Menubuhkan sayap khusus PTD yang diberi nama Sayap PTD Muda khusus untuk PTD di Gred M41-M48. Usul ini diterima tanpa dibahaskan. Dengan wujudnya Sayap PTD Muda, maka suara PTD Muda akan menjadi gelombang perubahan PTD pada masa hadapan.
  6. Yang paling menarik adalah Ucaptama dari Datuk Dr. Mohamed Ghazali bin Md Noor, tokoh PTD di peringkat antarabangsa. Beliau yang lebih lancar menggunakan bahasa Inggeris dengan jelas membuktikan sumbangan PTD dalam ketemadunan negara. Fakta yang dikemukakan bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.
  7. Antara fakta menarik ialah beliau telah membuktikan bahawa untuk membentuk satu tamadun negara-bangsa, sesebuah negara perlu mengekalkan satu kerajaan yang sama untuk tempoh minimum 100 tahun. Jepun, contohnya mengekalkan pemerintahan selama 157 tahun untuk menjadi negara maju.
  8. Kerajaan Islam Uthmaniah, Abbasiyah, dan Kerajaan lain juga tumbang apabila rakyat cuba untuk menukar pemerintah tanpa mengira apa juga alasan. Kerana itu, tamadun hampir semua kerajaan Islam hanya kekal sekitar 100 tahun. Kemudian, apabila pemerintahan bertukar, maka kemerosotan tamadun akan melanda negara tersebut. Kemerosotan tamadun akan diikuti oleh kemerosotan segala-galanya dan menjadi punca kejatuhan negara.
  9. Contoh yang paling nyata adalah tempoh penjajahan di Malaysia. Portugis, Belanda, dan Inggeris. Ketiga-tiga penjajah ini hanya mampu bertahan dalam tempoh sekitar 150 tahun. Apabila berlaku perubahan pemerintahan di negara mereka, maka satu demi satu tanah jajahan mereka akan menuntut kemerdekaan. 
  10. Kita hanya perlu membaca kembali buku sejarah untuk melihat benarnya fakta ini. Anda mungkin tidak mempunyai baca untuk membaca. Saya melakukannya untuk anda. Menakjubkan, semua fakta tersebut adalah benar. Maka...sanggupkan anda menukar pemerintahan negara kita yang semakin gigih membina tamadun negara-bangsa ini? ADIOS

No comments: