Search This Blog

Thursday, June 28, 2012

MENANTI PRU2012-PERANAN BLOG PRO KERAJAAN


  1. Jika dalam PRU 2008, undi kepada BN merosot kerana BN gagal, malah tidak menyedari peranan Internet dalam mengubah persepsi rakyat. Pakatan Rakyat ketika itu telah memulakan satu eksperimen yang sebenarnya amat berguna kepada semua parti-parti politik di Malaysia.
  2. Medium Internet, khususnya blog telah menjadi bahan bacaan alternatif dalam menjadi sumber rujukan kedua semua pengundi. Sehingga kini, golongan generasi Y dan sebahagian daripada generasi X mula menjadikan blog sebagai sumber rujukan harian.
  3. Fenomena ini sebenarnya membentuk satu budaya baru kepada rakyat Malaysia dalam proses mencari informasi. Informasi dari satu blog dibandingkan dengan informasi dari blog yang lain. Persamaan informasi dalam beberapa blog akan menjadikan informasi dalam blog tersebut sahih.
  4. Kesahihan sesuatu informasi akan menukar informasi tersebut menjadi pengetahuan (knowledge). Knowledge ini sebenarnya akan dijadikan panduan oleh pengundi untuk memilih calon pilihanraya. Maka, bilangan blog akan menjadi faktor penentu pilihanraya 2012.
  5. Dalam PRU 2008, Malaysiakini khususnya dijadikan sumber rujukan utama oleh rakyat Malaysia untuk menilai barisan kepimpinan BN. Ketika itu, barisan kepimpinan PR tidak dinilai memandangkan rakyat belum melihat keberkesanan pemerintahan PR kecuali di Kelantan. 
  6. Melalui penilaian rakyat kepada kepimpinan BN, rakyat meletakkan harapan kepada calon-calon pemimpin dari PR. Harapan ini sebenarnya adalah satu masej supaya PR tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin BN.
  7. Ada juga blog yang dibangunkan untuk menolak calon. PRU 2008 dahulu, blog antikhairy mempunyai pengaruh yang besar. Keberkesanan kepimpinan BN ketika itu hanya dinilai melalui seorang individu yang dipanggil Khairy Jamaluddin. Blog ini gagal mengalahkan KJ, namun berjaya mengurangkan majoriti 2/3 milik BN.
  8. Setelah PR memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, dan Kedah maka kepimpinan PR mula dinilai. Perkara pertama yang dinilai adalah PARTI MANA YANG SEBENARNYA BERKUASA DALAM PR?
  9. Turur dinilai adalah watak dan perangai sebenar pemimpin PR yang berselindung di bawah PAS dan DAP. PKR pula hanya dinilai dari segi 'MENUNAIKAN JANJI BULAN BINTANG DALAM PRU 2008. 
  10. Ada dua blog yang sentiasa saya ikuti iaitu Mymassa dan gerakan-anti-pkr. Membaca blog ini dan membandingkannya dengan blog-blog lain sama ada dari dalam Malaysia, Singapura, Indonesia, bahkan USA sendiri membolehkan saya menyimpulkannya begini..."70% INFORMASI DARI KEDUA-DUA BLOK INI BOLEH MENJADI KNOWLEDGE KEPADA PENGUNDI". Adios

1 comment:

Anonymous said...

dari sumber mana kamu refer ne? kmi sdg buat kajian sjrg mengenai tajuk yg sama