Search This Blog

Monday, July 16, 2012

MENANTI PRU 2012 - TARIKH YANG TEPAT


  1. Sebelum kita membuat ramalan mengenai tarikh PRU2012, saya mahu pembaca semua melihat dan mengkaji tarikh-tarikh penting di Malaysia mulai Julai 2012 sehingga Disember 2012. Kita tidak perlu memikirkan mengenai tarikh-tarikh penting pada tahun 2013, kerana seperti yang saya katakan dalam artikel yang lalu, Januari hingga April adalah masa yang paling tidak bijak untuk memjalankan PRU-13. 
  2. Kita berpuasa pada 21 Julai 2012, dan ertinya Aidilfitri akan jatuh pada 19 Ogos 2012. Merdeka pada 31 Ogos 2012, dan sambutan bulan kemerdekaan akan tamat pada 15 September 2012. Hari Raya Korban akan jatuh pada 26 Oktober 2012 diikuti oleh Awal Muharram pada 15 November 2012.
  3. Satu tarikh yang amat penting adalah 21 September 2012, iaitu hari pembentangan bajet Malaysia. Pembentangan bajet adalah 'tool' terakhir kerajaan BN untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia kepada kepimpinan dan kesan kemajuan yang dibawa oleh BN mulai 2008 hingga 2012. Maka bajet kali akan menjadi bajet yang paling kritikal kepada kerajaan BN. Artikel berikutnya akan menyentuh tentang bajet. Jangan lupa membacanya.
  4. Maka kerajaan BN hanya mempunyai masa mulai 10 Ogos 2012 hingga 26 Oktober 2012 untuk menentukan tarikh PRU-13 yang sebenar. Hanya ada 78 hari untuk menentukan satu hari yang amat penting dalam sejarah Malaysia kali ini. Saya yakin akan ada dua kemungkinan sejarah akan tercipta.
  5. Kemungkinan pertama ialah jika BN menang besar. Jika ini berlaku, maka PKR akan terus berkubur. Dengan berkuburnya PKR maka PR juga akan terus berkubur. Selama ini PAS dan DAP adalah sangat mustahil untuk duduk bersama. PAS dan DAP bercakap 2 bahasa, berjuangan 2 agenda, dan segalanya adalah 2 yang tidak sama. PKR tampil untuk mensamaratakan kedua-duanya. Maka, kedua-dua menjadi hilang sifat kemuliaan atas dasar perjuangan yang tersasar.
  6. Kemungkinan kedua jika BN kalah dalah PRU-13. Maka sejarah beru akan terus tercipta. Melayu akan menjadi kelam kabut. Yang lain akan jadi 'kadok naik junjung'. Perkhidmatan awam akan panik sebentar. Memang tidak salah mencipta sejarah, yang salahnya adalah mencipta sejarah yang salah. Kejatuhan Melaka adalah penciptaan sejarah....SEJARAH YANG SALAH. Salah cipta sejarah memerlukan ratusan tahun untuk mencipta semula sejarah yang BETUL.
  7. Saya yakin BN akan mengambil langkah yang betul. Mencipta kemenangan dalam PRU dimulakan dengan memilih tarikh PRU yang betul. Antara faktor yang mesti diambil kira adalah Bajet, Sensitiviti Umat Islam, Sensitiviti kaum lain, kekuatan BN, dan kesediaan BN. 
  8. Bajet akan memenuhi 80% kehendak rakyat. Umat Islam perlu dibiarkan tenang menyempurnakan Ibadah Haji. Kaum lain perlu diberi peluang untuk turut sama terlibat dalam menikmati kemewahan negara. Masalah dalaman UMNO, MCA, MIC dan gabungan parti-parti lain perlu diselesaikan sebelum Parlimen boleh dibubarkan.
  9. Saya yakin bajet yang akan dibentangkan nanti akan menyelesaikan 90% masalah yang dihadapi oleh BN. Kemudian BN akan memerlukan masa untuk menambahkan kekuatan dalaman parti-parti gabungan khususnya melalui pemilihan calon yang berwibawa. Jika semuanya selesai, BN masih perlu bersabar sehingga kumpulan jemaah haji pertama pulang ke tanahair.
  10. Berdasarkan semua fakta tersebut maka saya menjangkakan PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN PADA 17 NOVEMBER 2012. Sekiranya ini menjadi kenyataan, maka PRU-13 AKAN DIADAKAN PADA 8 DISEMBER 2012. Jika anda tidak percaya......ANDA CUMA PERLU TUNGGU DAN LIHAT. Adios..

No comments: