Search This Blog

Friday, July 13, 2012

MENANTI PRU2012 - TARIKH SEMAKIN DEKAT


  1. Apabila PM membayangkan bahawa tarikh PRU semakin hampir, PM sebenarnya telah menggambarkan beberapa perkara tersirat. Tarikh pilihanraya adalah senjata sebenar mana-mana kerajaan demokrasi untuk mempastikan kemenangan dalam pilihanraya. Pastinya, tarikh pilihanraya akan ditentukan berdasarkan beberapa faktor.
  2. Faktor pertama adalah tempoh pemerintahan yang sah. Jika diambil kira tarikh pemerintahan kerajaan selepas PRU2008, maka tarikh pemerintahan akan tamat pada April 2013. Hanya 9 bulan dari sekarang. Namun adalah amat tidak bijak jika mana-mana pemerintah menunggu sehingga tarikh pemerintahan tamat. Jika ini berlaku, maka kerajaan sebenarnya gagal mempergunakan peluang yang diberikan kepadanya oleh rakyat pada tahun 2008. Berdasarkan faktor pertama ini, tarikh PRU 2012 akan berlaku selewat-lewatnya pada Januari 2013. 
  3. Faktor kedua adalah keyakinan kerajaan terhadap sokongan rakyat. Menilai sokongan rakyat sebenarnya adalah menilai keberkesanan usaha kerajaan ke arah meningkat pencapaian sosio-ekonomi negara dan rakyat. Kejayaan program transformasi kerajaan kebelakangan ini begitu siknifikan kepada pembentukan semula persepsi rakyat kepada kerajaan BN. Rakyat secara tidak langsung kembali menyokong kerajaan yang telah berjasa sejak 1955 ini. Berdasarkan faktor ini, tarikh pilihanraya boleh dijalankan pada Disember 2012.
  4. Faktor ketiga adalah kumpulan sasar yang menjadi sumbangan kepada 30% jumlah undi dalam PRU. Kerajaan BN telah menjalankan pelbagai program langsung kepada kumpulan sasar. BR1M untuk rakyat berpendapatan rendah yang mencecah hampir 1 juta. Bantuan tayar kepada pemandu teksi yang jumlahnya hampir 100 ribu. Bantuan awal persekolah kepada hampir 2 juta rakyat Malaysia yang memerlukan. Penyenaraian Felda di papan utama berserta pakej RM15 ribu untuk ayah, ibu, dan anak-anak sehingga mengelukan lidah pembangkang dan ANAK. Kejayaan semua program ini menggambarkan 30% pengundi sebenarnya telah kembali yakin dengan kepimpinan BN. Maka November/Disember boleh menjadi tarikh terbaik PRU.
  5. Faktor keempat adalah sokongan penjawat awam. Kini terdapat hampir 1.6 juta penjawat awam di Malaysia. Jumlah ini sebenarnya mewakili hampir 20% jumlah undian PRU. Pada tahun 2008, kealpaan Pak Lah kepada keperluan penjawat awam menyebabkan BN hilang majoriti 2/3. Alpanya mudah sahaja, setelah memberi penyelarasan gaji 30%, Pak Lah terlupa memberi bonus. Maka saya amat yakin kerajaan akan memberi bonus sebanyak satu bulan bonus pada tahun ini. Jika ada bonus, PRU boleh dijalankan dalam musim haji. 
  6. Faktor kelima adalah kekuatan BN dan komponen-komponen parti gabungan BN itu sendiri. Sekarang masih terdapat masalah dengan UMNO di NS dan Perak. Sokongan Cina kepada MCA dan Gerakan perada pada tahap yang kurang baik. Namun, golongan India telah 100% kembali menyokong BN setelah sedar mereka hanya digunakan oleh PKR dan DAP. India sebenarnya mewakili 18% undian di Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, sokongan kepada BN tidak pernah berbelah bahagi. Jika kepimpinan dalam BN dan gabungan parti BN diatasi segera, maka BN mampu dengan mudah kembali meraih 2/3 kerusi parlimen. Jika terdapat perubahan pucuk pimpinan negeri secara tiba-tiba, ertinya pilihanraya akan datang 30 hari kemudian.
  7. Faktor keenam adalah melihat pola sokongan kaum Cina kepada BN. Jika kaum Cina terus menentang BN dan memberi sokongan kepada DAP, saya nasihatkan usah dihiraukan. DAP adalah parti pelbagai bangsa. Dalam masa 3 bulan, Melayu boleh mengusai DAP melalui evolusi UMNO. Maka, saya meramalkan kerajaan tidak akan mengambil kisah sokongan kaum Cina memandangkan saluran yang digunakan adalah parti berbilang kaum. Biarkan mereka khayal dan kemudian ambil alih DAP melalui jentera UMNO.....Pahlawan Melayu Gagah Perkasa. 
  8. Faktor ketujuh adalah kelemahan Pakatan Rakyat. Kelemahan pembangkang boleh dilihat daripada dua sudut. Pertama kerajaan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan PKR di Selangor. Rakyat dengan jelas sekali ditunjukkan di Pulau Pinang yang memerintah adalah DAP dan bukannya Pakatan Rakyat. Di Selangor yang memerintah adalah PKR dan DAP bukanya Pakatan Rakyat. Maka, kelemahan dan kesalahan terdedah satu per satu. PAS di PP dan Selangor hanya menjadi boneka...patung yang tidak diberi nyawa dan maraung-raung memohon simpati DAP dan PKR. Dari sidut ini, dengan sedikit perang saraf...undi PAS akan beralih ke BN. Lepas musim haji, pilihanraya boleh diadakan.
  9. Kedua adalah kesan pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan. Mana nada suara PKR dan DAP di dua negeri ini. Jawapannya tiada. Senyap sunyi. PAS hari ini semakin hilang arah tujuan. Dari memperjuangkan sebuah negara Islam...PAS semakin bersekongkol dengan DAP...Parti yang mahu menghalau Melayu dari Malaysia melalui pilihanraya dan demonstrasi menggunakan NGO. PAS hari ini dilonggokkan dengan artis yang tamat tempoh sahlaku di pasaran. Maka PAS tidak lagi kelihatan seperti PAS. PAS sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan DAP. Rakyat yang muak di dua negeri ini sebenarnya mahukan pilihanraya secepat mungkin. 
  10. Jika kita melihat secara kritis, BN perlu bekerja keras untuk memenangi hati rakyat. Pembangkang pula hanya perlu mencari satu kesalahan BN. Kemudian memukul gendang...rasuah, rasuah, rasuah, rasuah,rasuah..... Maka rakyat telah muak dengan tuduhan tanpa bukti ini. Rakyat mahu melihat hasil bukannya tuduhan melulu. Jika kerajaan gagal, rakyat mahu pembangkang tunjukkan cara perlaksanaan yang berkesan. Sayangnya sehingga hari ini pembangkang tidak pernah menunjukkan kaedah perlaksanaan yang berkesan. Mereka tidak tahu...dan mereka sebenarnya tidak pernah ambil tahu. ADIOS.

No comments: